H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Monday, March 8, 2010

1

Kita Perlukan Suasana Luar Biasa

  • Monday, March 8, 2010
  • aburidhwan
  • Share
  • Setiap kali berada di suasana kem, saya selalu ingatkan diri supaya perbetulkan niat dan sentiasa berusaha untuk tingkatkan diri. Sebenarnya, kem ini adalah salah satu tempat yang telah memproses dan mendidik saya sepanjang berada dalam proses pendidikan ini.


    Suasana kem atau latihan dalam bentuk rekreasi merupakan salah satu wasilah atau jalan untuk mendidik diri kita. Program yang berbentuk kem lebih bersifat menguji ketahanan fizikal, berbentuk lasak dan memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk menghadapi segala bentuk aktiviti yang disusun dan dirancang.

    “ Tidur tidak cukup.”
    “Tempat yang sempit dan terhad.”
    “Nyamuk dalam hutan yang menyakitkan.”
    “Menguji kesabaran.”
    “Perlu mendaki bukit bukau yang curam.”
    “Kesuntukan masa menjalankan tugasan.”
    “Perbincangan dan pembentang.”
    “Makanan yang sedikit dan kurang menyelerakan.”
    “Pengorbanan masa, tenaga dan masa tidur.”

    Ini gambar ringkas tentang kem atau aktiviti berbentuk rekreasi.

    Saya baru saja pulang dari kem Rekreasi Pelapis Fasilitator PESAT KTD bertempat di Kem Jeram Pasu, Kelantan. Kem itu bertempat di dalam Hutan dan yang pasti suasananya berbeza daripada suasana kita yang biasa. Tempat yang gelap, sumber elektrik yang terhad dan suasana yang mencabar dengan “gangguan” nyamuk yang sentiasa mencari mangsanya.

    Bagi saya, inilah tempat yang sangat sesuai untuk melahirkan pemimpin. Saya teringat kata-kata seorang Murabbi saya : “ Untuk melahirkan pemimpin yang luar biasa, ia memerlukan suasana yang luar biasa.” Suasana-suasana yang ada sekarang SUKAR untuk membentuk jiwa kepimpinan dan jiwa manusia yang sanggup berkorban.


    Biah dan suasana sangat penting dalam pembinaan dan pembangunan diri. 3 elemen penting dalam menjayakan proses pendidikan ialah Murrabi Mithali, Manhaj yang sahih dan Biah Solehah.

    Murabbi saya pernah menyebut :

    “Manusia memerlukan tekanan untuk membangunkan dirinya. Aku melihat pemuda-pemuda yang lahir dan membesar dalam kesenangan dan kemewahan terkurung mindanya dengan persekitaran yang biasa menyelubunginya. Fikirannya tidak boleh menjangkau lebih jauh dari dunianya yang sedia ada, menjadikan dia dengan dunianya sahaja. Mereka terbelenggu dalam dunia mereka sendiri sedang dunia sebenar terhampar luas.”

    Kita perlukan suasana yang luar biasa, untuk melahirkan individu dan insan yang luar biasa. Dan suasana yang susah, payah, dan diluar kebiasaan kita di kem adalah tempat yang sangat SESUAI dan TEPAT untuk membina generasi kepimpinan di masa hadapan. Latihlah untuk menghadapi kesusahan dan kesukaran, kerana di sinilah jiwa kita dibentuk untuk sentiasa tabah dan peka terhadap orang yang berada di sekeliling kita.

    Semakin kerap anda melibatkan diri dalam suasana sebegini, saya yakin anda akan merasai satu kenikmatan yang sukar digambarkan oleh kata-kata. Jika hajatkan natijah yang LUAR BIASA, kita perlukan usaha yang LUAR BIASA dan melalui suasana-suasana yang LUAR BIASA!

    Ustaz Ali Irfan Jamaludin (Ketua HALUANSiswa Kelantan)

    1 Responses to “Kita Perlukan Suasana Luar Biasa”

    Amirah_Rusli said...
    March 22, 2010 at 7:30 AM

    salam...
    ana setuju dengan artikel ustaz...
    secara praktikalnya ia boleh dilihat dalam suasana KTD skarang...
    kami tidak dididik dengan material yang gah2 di mata masyarakat biasa..
    tapi hati kami terdidik dan terbangun dengan satu sifat iaitu sifat kesederhanaan..
    wujud satu rasa yang memotivasikan jiwa kami iaitu kamilah yang perlu membuat perubahan kepada KTD samada dalam bentuk fizikal ataupun kepada produk2 KTD supaya lebih berquality dalam aspek rohani dan profesion mereka...InsyaAllah


    Post a Comment

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com

    Subscribe