H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti
Thursday, December 16, 2010
Muhasabah Diri
Assalamualaikum,Pertama sekali saya ingin mengajak hati saya dan hati anda untuk sama-sama kita beristighfar kepada Rabb Yang Maha Mulia..Maha Pemurah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini...masih lagi mengurniakan kita kehidupan yang bahagia di samping keluarga,bergembira di samping sahabat handai.
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana dgn titisan darah dan peluh bagindalah kita dapat hidup dalam keimanan kepada Allah SWT.Tanpa pengorbanan baginda kita tidak akan mengecapi 2 nikmat yang terbesar sekali iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.
Saya sering memujuk hati saya untuk selalu berfikir...bahawa selagi kita bernafas pada keesokan harinya..itu tandanya kita masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bertaubat kepadaNya.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Apabila kita bangun sahaja,terus kita ingatkan bahawa kita punya masa lagi untuk berseronok...masih ada peluang lagi untuk kita terus melakukan dosa kepada Pencipta kita.Setiap hari kita bangun kita masih lagi lalai untuk menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T..Semakin lama kita diberi peluang semakin lama kita mencambahkan benih-benih dosa kita sendiri.
Ya!inilah realitinya kita...apabila kita berhadapan dengan sahabat, adik-adik atau "junior" kita..apabila sahabat kita memberi kemaafan kepada sahabat yang lain kita menempelak dia..kita katakan "alaahh engkau nie...makin bertambahlah lemak budak tu...dia buat banyak salah kat engkau tapi engkau senang je nak maafkan dia"..atau pun mungkin kata-kata ini lahir dalam hati kita jika emak kita maafkan adik kita yang buat kesalahan.."alah ummi nie selalu jer bagi peluang kat adik..kalau macam nie tak berubahlah dia".Namun sedarkah kita bahawa kita juga mengalami situasi yang sama ketika berhadapan dengan dosa-dosa kita???walaupun dosa-dosa kita makin bertambah dari hari ke hari..tetapi Allah tetap memberikan kita peluang untuk bertaubat kepadaNya.Kita masih lagi di samping keluarga kita..masih lagi di samping ibu bapa kita yang sentisa mengambil tahu pasal kewangan kita,sahabat-sahabat yang masih lagi ber'sms" dengan kita..bertanyakan khabar,bertanyakan result kita..dan saya yakin sehingga hari ini kita masih lagi boleh tersenyum.
Mari kita fikir sejenak......
Tidakkah kita fikir bahawa apabila sahaja kita bangun kita tidak boleh membuka mata..dunia terasa seakan-akan tidak mahu lagi bertemu kita...sinar cahaya seakan-akan merajuk dengan kita yang tidak pernah mensyukuri manfaat yang diberikan olehnya.Ibu-bapa hanya mampu menangis kesedihan apabila menyedari keadaan kita..ahli keluarga tergamam kerana baru semalam sahaja kita bergurau bersama mereka.Sahabat-sahabat datang menziarahi kita..hanya mampu memegang tangan mengucup dahi dan pergi meninggalkan kita.Mereka hanya mampu menangis dan terus menangis.Tetapi adakah pada masa itu kita akan menjerit,menangis,melolong dan berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian orang sekeliling kita untuk kembali mendapat kita.Kita mahu terus hidup bersama mereka...mahu meminta maaf kepada ibu bapa kerana sepanjang kita hidup tidak pernah kita memahami ibu bapa kita.Pada masa itu,menangislah air mata darah sekalipun kita tidak akan mengubah keadaan,menjeritlah sekuat hati kita pun ianya terus akan berjalan dan berjalan.
Wahai saudaraku,
Kita hanya ingin meminta kepada Allah untuk hidupkan kita kembali untuk kita sambahyang sunat 2 rakaat sahaja....hanya 2 rakaat tidak lebih.Tetapi Itu tidak mungkin terjadi kerana kita sudah tidak bernyawa lagi!!kita sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat tangan kita yang selama ini kita berbangga dengannya.Kita tidak mampu lagi untuk menyikat rambut kita yang selama ini kita berbangga dengan ketampanan dan kecantikan kita.Kita tidak mampu lagi untuk mengangkat kaki kita yang selama ini kita berbangga dengan otot pejal kita bahkan kita tidak mampu lagi untuk bergerak bebas tubuh badan kita kerana kita sudah kaku.Pada saat itu hanya pada amalanlah kita bergantung sama ada kita bakal mendapat teman yang bercahaya mulia atau gelap hina di dalam kubur nanti.
Wahai saudaraku,
Selalu beringatlah dengan kata-kata ini "jika kita menangis banyak di dunia ini,kita akan tersenyum bahagia di akhirat sana,tetapi jika kita ketawa banyak di dunia ini maka kita akan menangis dengan penuh penyesalan di akhirat kelak"...insyaAllah saya menulis ini bukanlah bermakna saya yang sempurna..tetapi saya menulis ini adalah pertamanya untuk mengingatkan diri saya sekali.Kita dilahirkan tanpa seurat benang semua..tidak pernah ada bayi yang lahirnya dia terus lengkap berpakaian.Jadi kita semua serupa...tidak berhak untuk menentukan keimanan siapa yang lebih tinggi.Allah SWT sahaja yang layak untuk menilai kita.Harapan saya semoga kita semua beroleh manfaat dari kalam ini.
InsyaAllah,sekian wassalam..
Oleh: Salman Al Farisi (HALUANSiswa Kelantan)
Asas Hijrah Mentauhidkan Allah Secara Total

1431H melabuhkan tirai, 1432H mendepani kehidupan kita. Pelbagai ragam dan pengalaman kehidupan telah kita rakamkan. Semoga 1431H yang kita lalui memberikan kebaikan kepada kehidupan kita, dan alangkah malang kiranya ianya berlalu dengan kerugian. Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sentiasa bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) dengan kekotoran (dosa dan maksiat).” (As-Syam:8-9)
Memperingati Hijrah Rasul pasti tidak lengkap tanpa kita menelusuri pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dalam meneruskan misi rahmatan lil ‘alamin saat mereka melewati marhalah awal dakwah. Saban tahun tatkala kita melewati tahun hijrah, serah dan kisah mereka akan kita ulang dan hidangkan buat umat Islam hari ini. Apakah hidangan yang indah dan mulia ini mampu membangkitkan selera iman kita atau hati kita masih hambar dan tidak berselera untuk menjadikan ibrah hijrah mereka sebabagi momentum perubahan dalam kehidupan kita?
Asas Hijrah Mentauhidkan Allah
Hijrah Rasulullah SAW sarat dengan pelajaran buat kita semua. Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW adalah untuk menyerukan tauhid untuk menghidupkan kembali agama nabi Ibrahim AS. Baginda diperintahkan menyerukan seluruh umat manusia agar membebaskan diri dari segala bentuk penyembahan terhadap selain Allah SWT baik berupa manusia, benda, makhluk, ideologi mahupun berhala. Justeru mereka tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apa pun. Mereka tidak bertuhankan satu sama lain kecuali Allah SWT. inilah dakwah Rasulullah SAW dan inilah juga dakwah kita saat ini. Hijrah kita seharusnya semakin menepati kepada tugas asasi kita iaitu mendakwahi diri kita, ahli keluarga kita dan seluruh manusia kepada Allah SWT.
Hijrah Rasulullah SAW sebelumnya bermula dengan siksaan dan penderitaan. Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang bersama dengan baginda pada saat sebelum hijrah disiksa dan ditindas selama 13 tahun. Namun selama itu juga Rasulullah SAW tetap tidak menghentikan dakwahnya. Baginda masih terus berdakwah, baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, baik ketika siang mahupun malam, terhadap penduduk Mekah dan kabilah-kabilah yang datang ke sana di musim haji.
Persoalannya sudahkah kita memulai dakwah? Apakah kita termasuk dalam sunnah terbesar yang Rasulullah SAW tunjukan kepada kita, menjadi aktivis dakwah! Inilah kerja payah yang telah Rasulullah SAW jalankan saat sebelum hijrah, saat daulah Islam tidak berbina lagi. Hijrah kita akan lebih bermakna tatkala kita mendaftarkan diri sebagai aktivis dakwah, kerana inilah sebenarnya tugas asasi kita.
Mencontohi Golongan Ansar
Kejayaan hijrah Rasulullah SAW sebenarnya bermula sebelum baginda memulakan hijrahnya lagi. Saat baginda berhadapan dengan kesukaran dan tekanan, akhirnya Allah swt membuka jalan kemenangan buat Rasulullah SAW. Tahun demi tahun berlalu dan musim berganti, dakwah Rasulullah SAW semakin mengukuh di bumi. Allah SWT telah menyiapkan sekelompok pendukung baginda dari Yathrib yang kemudiannya dikenali dengan Madinah. Allah SWT telah melapangkan hati mereka untuk menerima Islam. Kelompok kecil ini kemudiannya menjadi barisan hadapan kaum muslimin di Yathrib. Mereka pulang mebawa cahaya baru, berita gembira dan peringatan. Mereka melebarkan sayap dakwah yang suci ini. Akhirnya pada musin haji yang berikutnya jumlah mereka yang datang ke Mekah semakin bertambah, iaitu 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka berjanji setia kepada Rasulullah SAW untuk melindungi Rasulullah SAW sebagaimana mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka bertanya:
“Wahai Rasulullah, apa yang kami dapat apabila membaiatmu?”
Baginda menjawab: “Syurga”.
Mereka berkata: “Kami terima. Kami tidak akan menimbang-nimbang lagi. Kami sepakat.” Merekapun berbaiat untuk melindungi Allah dan Rasulnya.
Subhanallah, generasi Ansar dari Yathrib mengajar kita untuk bersama-sama mempertahankan dakwah Rasulullah SAW. Orentasi mereka adalah janji Allah dan janji Rasul iaitu meraih syurga yang hakiki. Mereka tidak berlengah dan tidak memberi asalasan untuk bersama menyertai perjuangan Rasulullah SAW.
Bagaimana dengan kita? Sudah berapa kali kita meraikan Ma’al Hijrah dan apakah komitmen kita terhadap dakwah dan Islam ini semakin kukuh atau sebaliknya? Kita boleh meletakkan apa sahaja slogan hijrah kita saban tahun, tetapi akar umbinya hijrah kita mestilah bersandarkan tauhid kepada Allah, mewarisi tugas dakwah sebagai tugas asasi kita dan mendaftatkan diri sebagai generasi ansar dalam mempertahankan Allah dan Rasul.
Selamat Berhijrah!
Sudah Bersiap Untuk Kematian?
Satu hari Fudhail bin Iyaadh duduk bersama seorang lelaki tua dan Fudhail bertanya kepadanya:“Berapakah umur anda?"
Orang tua itu menjawab: “60 tahun.”
Fudhail berkata: “Tidakkah anda sedar bahawa anda telah mengembara selama 60 tahun menuju Allah SWT dan sudah hampir tiba ke penghujung perjalanan”
Lelaki tua itu termenung dan kelu. Kemudian dia berbisik kepada Fudhail: “Inna lillahi wa Inna Ilaihi Rojiun” (Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali).
Fudhail bertanya: “Adakah anda faham apa yang anda ucapkan. Anda berkata bahawa anda adalah hamba Allah dan anda akan kembali kepada-Nya. Barangsiapa yang memahami hakikat bahawa dia adalah hamba Allah dan dia akan kembali kepada-Nya, wajib sedar bahawa dia akan ditahan pada Hari Keadilan. Barangsiapa yang sedar bahawa dia akan ditahan dan disoal, dia wajib sedar bahawa dia akan diminta pertanggungjawabkan apa yang telah dia lakukan. Barangsiapa yang sedar bahawa dia diminta pertanggungjawabkan segala yang dilakukan semasa dia hidup, dia akan membuat persiapan mulai sekarang.”
Lelaki tua itu bertanya: “Apa yang patut saya lakukan?”
“Mudah saja”: Kata Fudhail, “Buatlah amal soleh dalam sisa-sisa usia yang masih ada. Allah SWT akan mengampuni anda. Jika tidak, anda akan dipertanggungjawabkan apa yang telah anda lakukan dan apa yang akan anda lakukan”
Anak-anak yang dikasihi. Dialog ringkas yang tarbawi ini memberikan kita pedoman mengenai satu hakikat bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT untuk kematian. Sejak hari kelahiran kita lagi kita adalah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah SWT melalui pintu kematian.
Marilah kita melalui permusafiran kita menuju Allah SWT dengan menyemak diri kita dan mulakan proses melakukan sebanyak mungkin amal soleh dan terus menerus bertaubat dan meninggalkan terus aktiviti-aktiviti dosa dan yang menyebabkan kemurkaaan Allah SWT.
Oleh: Hj Rosdi Baharom - Penasihat HALUANSiswa Kelantan
Sunday, June 13, 2010
Kriteria Amal Terbaik
Marilah kita sama-sama perteguhkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah, suruhan dan tegahanNya. Marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan lagi kepada kita untuk terus berada di dalam HidayahNya dan dapat meneruskan amalan dan عبودية kepada Allah s.w.t.Kita telahpun diperingatkan Allah s.w.t bahawa setiap masa dan setiap keadaan kita didalam ujian bagi mencapai darjat insan yang terbaik amalannya. Firman Allah s.w.t di dalam ayat 2 Surah al Mulk, bermaksud:
“ Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalan. Dan dialah (Allah) Maha perkasa lagi Maha Pengampun. “
أبو على الفضيل بن عياض telah ditanya tentang ayat أحسن عملا di dalam ayat tersebut. Maka beliau berkata “ أحسن العمل أخلصه وأصوبه “ - ‘ terbaik amalan itu adalah penuh keikhlasan dan betul amalan itu ‘
Kemudian beliau ditanya lagi (ما أخلصه وما أصوبه ؟ ) ‘ apakah maksud penuh keikhlasan dan betul amalan itu ? ‘ Beliau menjawab :
ان الله لا يقبل العمل ما لم يكن خالصا صوابا ، فاذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل ، واذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل ، واخلاصه أن يكون لله وصوابه أن يكون على السنة .
‘Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan yang tidak ada keikhlasan dan tidak betul. Sekiranya amalan itu betul tetapi perlaksanaan tidak ikhlas, maka tidak diterima. Demikian juga sekiranya perlaksanaannya ikhlas, tetapi amalan tidak betul, maka tidak juga diterima. Keikhlasan maksudnya dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t . Dan betul amalan maksudnya itu mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.‘
Seseorang itu disukat dan dinilai ilmu, iman dan amalan yang lahir daripada keimanan tersebut. Dan amalan pula disukat dan dinilai sejauh mana mencapai darjat أحسن عملا.
Terbaik amalan yakni penuh keikhlasan dan betul amalannya, yakni ikhlas semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.
Di dalam al Quran al Karim terdapat banyak ayat yang menyeru dan mengajak kepada amalan di tahap ( الأحسن ) – terbaik. Antaranya firman Allah dalam ayat 55 Surah az Zumar, bermaksud:
“ Hendaklah anda semua ikut sebaik-baik (panduan hidup) diturunkan kepada anda semua daripada Allah s.w.t “
Dan firman Allah s.w.t lagi di dalam ayat 17 – 18 Surah az Zumar, bermaksud:
“ Maka berilah berita gembira kepada hamba-hambaKu (hamba-hamba Allah) yang penuh perhatian mendengar perkataan-perkataan (perintah Allah) , lalu mereka mengikut sebaik-baiknya. Mereka itulah orang yang telah diberi Hidayah oleh Allah s.w.t. Dan mereka itulah orang-orang yang beraqal sempurna “
Bahkan di dalam al Quran, Allah s.w.t memerintah supaya menolak السيئة (keburukan) dengan cara terbaik, di dalam ayat 34 Surah Fussilat, bermaksud:
“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. “
Demikian juga Allah s.w.t melarang mendekati / menggunakan hartabenda anak-anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik. Firman Allah s.w.t di dalam ayat 152 Surah al An’am, bermaksud:
“Dan janganlah kamu hampiri (gunakan) hartabenda anak yatim melainkan dengan ara yang terbaik (untuk mengawal dan mengembangkannya) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus harta bendanya sendiri ) “
Oleh itu setiap Mukmin sewajarnya rasa terpanggil untuk sentiasa melaksanakan semua amalan dan semua perkara dalam bentuk yang terbaik, bahkan Rasulullah s.a.w telah bersabda :
عن شداد بن أوس ، ان رسول الله (ص) يقول : ان الله كتب الاحسان على كل شئ فاذا قتلتم فأحسنوا القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته .
Maksudnya : Daripada Syadad bin Aus bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya Allah telah menentukan (memfardhukan) “الأحسان “ dalam semua perkara. Jika kamu membunuh maka bunuhlah dengan cara yang terbaik dan jika kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik. Tajamkanlah pisau sembelihan dan berilah kerehatan kepada binatang yang disembelih itu “
(Hadis riwayat Imam Muslim).
Asal makna kalimah “ كتب “ mengandungi makna wajib dan fardhu kerana itu kebanyakan ulama’ menjelaskan bahawa “الأحسان “ terbaik di dalam amalan menurut kacamata Islam adalah sesuatu yang fardhu yang ditentukan oleh Allah s.w.t ke atas orang-orang yang beriman.
Lebih jelas lagi tafsiran “الأحسان “ di dalam عبودية kepada Allah telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang panjang, hadis “ متفق عليه “ Daripada Abi Hurairah r.a menceritakan tentang Jibril a.s datang berjumpa Rasulullah s.a.w, bertanya tentang Islam, Iman dan ‘ihsan’. Apabila ditanya tentang احسان, maka Rasulullah s.a.w menjawab
‘ أن تعبد الله كأن نك تراه, فان لم تكن تراه فانه يراك ‘
maksudnya “Hendaklah anda beribadah kepada Allah seolah-olah anda melihatNya, dan jika anda tidak melihatNya pun maka (yakinlah) Allah s.w.t melihat anda.”
Semoga kita mampu melahirkan tindakan amal yang terbaik dan diterima oleh Allah s.w.t., insyaAllah.
Petikan isi penting dari Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Hj Omar Hj Salleh
Mars HALUAN
Create a playlist at MixPod.com




