H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Thursday, December 16, 2010

0

Sudah Bersiap Untuk Kematian?

  • Thursday, December 16, 2010
  • aburidhwan
  • Share
  • Satu hari Fudhail bin Iyaadh duduk bersama seorang lelaki tua dan Fudhail bertanya kepadanya:

    “Berapakah umur anda?"

    Orang tua itu menjawab: “60 tahun.”

    Fudhail berkata: “Tidakkah anda sedar bahawa anda telah mengembara selama 60 tahun menuju Allah SWT dan sudah hampir tiba ke penghujung perjalanan”

    Lelaki tua itu termenung dan kelu. Kemudian dia berbisik kepada Fudhail: “Inna lillahi wa Inna Ilaihi Rojiun” (Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali).

    Fudhail bertanya: “Adakah anda faham apa yang anda ucapkan. Anda berkata bahawa anda adalah hamba Allah dan anda akan kembali kepada-Nya. Barangsiapa yang memahami hakikat bahawa dia adalah hamba Allah dan dia akan kembali kepada-Nya, wajib sedar bahawa dia akan ditahan pada Hari Keadilan. Barangsiapa yang sedar bahawa dia akan ditahan dan disoal, dia wajib sedar bahawa dia akan diminta pertanggungjawabkan apa yang telah dia lakukan. Barangsiapa yang sedar bahawa dia diminta pertanggungjawabkan segala yang dilakukan semasa dia hidup, dia akan membuat persiapan mulai sekarang.”

    Lelaki tua itu bertanya: “Apa yang patut saya lakukan?”

    “Mudah saja”: Kata Fudhail, “Buatlah amal soleh dalam sisa-sisa usia yang masih ada. Allah SWT akan mengampuni anda. Jika tidak, anda akan dipertanggungjawabkan apa yang telah anda lakukan dan apa yang akan anda lakukan”

    Anak-anak yang dikasihi. Dialog ringkas yang tarbawi ini memberikan kita pedoman mengenai satu hakikat bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT untuk kematian. Sejak hari kelahiran kita lagi kita adalah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah SWT melalui pintu kematian.

    Marilah kita melalui permusafiran kita menuju Allah SWT dengan menyemak diri kita dan mulakan proses melakukan sebanyak mungkin amal soleh dan terus menerus bertaubat dan meninggalkan terus aktiviti-aktiviti dosa dan yang menyebabkan kemurkaaan Allah SWT.

    Oleh: Hj Rosdi Baharom - Penasihat HALUANSiswa Kelantan

    0 Responses to “Sudah Bersiap Untuk Kematian?”

    Post a Comment

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com

    Subscribe