H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Wednesday, March 31, 2010

1

Meriahnya Hari Rehlah HALUAN Kelantan

  • Wednesday, March 31, 2010
  • BroHamzah
  • Takzirah Rehlah oleh Ustaz Muhd Noor Bin Awang Kecik


    HALUANSiswa Memeriahkan Hari Rehlah Tarbawiyah HALUAN Kelantan

    KELANTAN, 31 MAC 2010 – HALUANSiswa Kelantan telah dijemput oleh HALUAN Kelantan untuk memeriahkan Hari Rehlah Tarbawiyah anjuran Koperasi Pendidikan Al-Hilal (KAFFAH), HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darul Naim. Hari Rehlah ini telah diadakan di Resort Sri Pantai, Melawi Bachok Kelantan yang bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.




    Pelajar KTD yang ceria dan bersemangat


    Dengan kehadiran lebih 150 orang ahli KAFFAH, HALUAN dan pelajar KTD,dimulakan dengan Tazkirah Rehlah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor Awang Kechik. Dalam penyampaiannya, beliau menjelaskan bahawa antara tujuan diadakan rehlah ini adalah untuk melahirkan suasana Islam dalam rehlah, meningkatkan ukhuwah islamiyah di kalangan peserta dan meningkatkan kesedaran akan kepentingan rehlah sebagai jalan tarbiyah.

    Selain itu, Ustaz juga mengingatkan bahawa segala aktiviti di dalam rehlah ini adalah ibadah dan ia haruslah dilakukan dengan sehabis baik bagi mendapat keredhaan Allah SWT.



    Aktiviti Terompah Gergasi





    HALUANITA dan remaja dalam aktiviti "Tolak Tali"





    Selain itu, rehlah ini juga diserikan dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua peserta rehlah sama ada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak lelaki serta wanita. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, tolak tali, larian berganti dalam guni, terompah gergasi, bola sepak tiga kaki dan sebagainya. Bagi setiap kategori ianya akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Untuk aktiviti sukaneka ini, ia diketuai oleh Saudara Ruqaimi Rabbani salah seorang ahli HALUAN dan juga staff KTD dan dibantu oleh pelajar-pelajar KTD yang lain.


    Aktiviti Pantai


    Seterusnya aktiviti diteruskan dengan jamuan makanan tengahari dan solat Zohor secara berjemaah pada jam 1.30 petang. Hari Rehlah Tarbawiyyah ini diakhiri dengan ucapan Kalimah Akhirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir Saad,Pengerusi KAFFAH dan juga YDP HALUAN Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa segala aktiviti yang dilakukan perlu kepada penyediaan jiwa dan hati. Proses ini penting agar ia meninggalkan kesan kepada jiwa dan hati setiap peserta yang mengikuti program ini.




    Tarik kuat-kuat

    Kemudian, program diteruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para peserta bagi aktiviti sukanekan dan juga cabutan bertuah. Akhirnya, program diakhiri dengan sesi nasyid yang disampaikan oleh pelajar KTD dengan menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gelombang Keadilan dan Palestina Tercinta sebagai ingatan kepada saudara muslim yang berada di bumi bergolak Palestin.
    Semoga Rehlah ini mendapat keredhaan Allah SWT.InsyaAllah

    Read more...

    Sunday, March 28, 2010

    0

    HALUANSiswa Bersama Menjayakannya

  • Sunday, March 28, 2010
  • BroHamzah


  • HALUANSiswa Kelantan diberi tanggungjawab untuk membantu HALUANPalestin dan juga HALUAN Kelantan untuk menjayakan satu Majlis Charity Lunch Save Palestine. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. Syukur. Terima kasih kepada semua kerana bertungkus lumus menjayakannya.

    Kota Bharu , 27 Mac– Dengan bertemakan Menerobosi Tembok Kematian, HALUANPalestin dengan kerja sama Kolej Teknologi Darul Naim, HALUAN Kelantan dan Sekretariat Misi Cakna Palestin telah mengadakan Majlis Charity Lunch Save Palestin yang diadakan di Hotel New Pasific. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu terhormat Timbalan Menteri Kelantan, Yg Berhormat Dato’ Haji Ahmad Haji Yaakob yang juga merangkap Penasihat Sekretariat Misi Cakna Palestin.

    Tetamu Kehormat


    Majlis diteruskan dengan Ucapan Timbalan Menteri Kelantan, Yg Berhormat Dato’ Haji Ahmad Haji Yaakob yang juga merangkap Penasihat Sekretariat Misi Cakna Palestin. Beliau memberi sedikit gambaran sejarah Palestin dari dahulu dan menjelaskan kenapa kita perlu mempertahankan bumi Palestin. Tegasnya lagi, isu ini harus diperjuangkan oleh semua pihak terutama umat Islam.

    Suasana Majlis


    Menurut Pengarah Program, En Zaini Ghazali majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengutip derma dan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi Lifeline4gaza dengan matlamat untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin. Turut hadir dalam majlis ini adalah Presiden Haluan Malaysia, Y Berbahagia, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman yang juga merupakan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darul Naim. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa Isu Palestin ini seharusnya dilihat sebagai isu yang besar dan menjadi agenda utama umat Islam untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bantuan. Dan inisiatif yang dilakukan oleh Haluan ini adalah sebagai salah satu jalan untuk membantu dan menyumbang kepada rakyat Palestin.

    Shoutul Harokah diiringi syabab-syabab HALUANSiswa yang bersemangat

    Majlis ini juga diserikan dengan persembahan Nasyid yang diundang khas dari Indonesia iaitu Kumpulan Nasyid Shoutul Harakah. Dendangan nasyid yang dibawa bertemakan perjuangan Palestin dan membangkitkan kesedaran berkaitan isu Palestin. Turut sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Noorazman Bin Mohd Shamsudin yang berkongsi pengalaman beliau ketika menyertai rombongan viva Palestin baru-baru ini.
    Kehadiran lebih daripada 400 orang tetamu dari pelbagai negeri, agensi koprat dan juga badan-badan kerajaan yang ada memperlihatkan sikap kepekaan mereka untuk sama-sama membantu meringankan beban rakyat Palestin. Semoga Allah SWT merahmati mereka atas segala usaha ini.





    Read more...

    Tuesday, March 23, 2010

    0

    Tahniah Buat Pasangan HALUANSiswa

  • Tuesday, March 23, 2010
  • BroHamzah
  • Aisyah Suhaimi dengan Pasangannya Abu Fida Idris


    Nurul Iman Bt Idris bersama pasangannya Umar Afifi Bin Zainudin
    HALUANSiswa Kelantan ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat 2 pasangan ahli HALUANSiswa yang telah mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lepas. Semoga rumahtangga yang dibina ini diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT.
    Read more...
    1

    HALUANSiswa Bersama KeARAH @ ALERT 1

  • BroHamzah


  • Seramai 143 pimpinan remaja berserta lebih 60 fasilitator HALUANsiswa dari seluruh negara telah berkampung selama tiga hari dua malam di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat untuk menghadiri ProACTIVE Leaders Retreat (ALERT) 2010 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS 5) di sini.


    Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", program yang kali kelima diadakan ini menampilkan beberapa tokoh, antara lainnya Tuan Haji Mohd. Abdoh Zainal Abidin yang membentangkan kertas kerja "Youth in Islamic Renaissance", al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi Osman, "Islam and Da'wah" dan Tuan Haji Abdul Nasir Salleh, "Collective Da'wah".



    Turut bersama dengan program tahunan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional ini ialah beberapa tokoh belia iaitu saudara Mohd. Fadhli Mohd. Diah (Setiausaha KeARAH Nasional), al-Fadhil Ustaz Ahmad Muhtad Yusoff (Timbalan YDP II HALUAN Kedah) dan Ustaz 'Ali 'Irfan Jamalludin (Ahli Majlis Tertinggi HALUANsiswa) sebagai panel forum yang mendiskusikan usul "Dakwah atau Dakwa?" bersama moderator, Ustaz Afdholul Rahman Che Ani. Turut turun hadir untuk berkongsi dalam PeWARIS kali ini ialah Cikgu Azmi Bahari, Ustaz Fazlon dan Cikgu Md Adi.

    Kemuncak ALERT2010 ialah Ucaptama Khas oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Youth in Islamic Renaissance" pada Sabtu malam. Beliau kemudiannya menyempurnakan Simbolik Perlancaran Portal Rasmi KeARAH Nasional. Beliau sempat menyatakan rasa gembira beliau berhadapan dengan peserta ALERT2010 selaku pemimpin remaja di negeri masing-masing dan melafazkan harapan tinggi beliau kepada mereka untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti kepada masyarakat.






    Terdahulu, peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar antara lainnya XPDC Utopia yang menyaksikan bandar Kangar dibanjiri dengan gelombang hitam, kuning dan putih setelah para peserta menyerbu jalan, lorong dan kedai untuk masuk berhadapan dengan masyarakat secara lebih dekat dengan jalan-jalan mencari mentee. Selain XPDC Utopia, peserta juga menjalani modul CounterStrike, Think Tank, Synergy dan Break the Ice.
    Read more...
    0

    Charity Lunch Save Palestine

  • BroHamzah

  • 27 MAC 2010
    SABTU
    11.30-2.30 PETANG
    Ballroom, HOTEL NEW PACIFIC
    Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu
    Read more...

    Sunday, March 21, 2010

    0

    Rasulullah SAW sebagai Qudwah Amaliyah Kita

  • Sunday, March 21, 2010
  • BroHamzah
  • Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Sudah menjadi kewajiban setiap orang untuk mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam melebihi daripada cintanya kepada semua makhluk. Buah cinta itu sangatlah agung dan besar yang akan dapat dipetik di dunia dan akhirat, tetapi dalam kenyataan hidup hari ini banyak kita temui kekeliruan dalam memahami cinta kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dengan pemahaman yang sangat sempit. Maka penjelasan hakikat cinta kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam secara jelas dan benar merupakan cara terbaik untuk meluruskan kekeliruan sebagian orang muslim dalam membuktikan kecintaannya kepada baginda.

    Firman Allah Subhanahuwata’ala:

    Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuaatir kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah (Subhanahuwata’ala) dan Rasul- Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah (Subhanahuwata’ala) mendatangkan keputusannya. Dan Allah (Subhanahuwata’ala) tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

    (At Taubah 24).


    Di antara tanda-tanda mencintai Nabi Sallallahu’alaihiwasallam adalah sepertimana yang dinyatakan Al Qadhi 'Iyadh:


    Termasuk tanda mencintai Nabi Sallallahu’alaihiwasallam adalah membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya.
    (Syarah Sahih Muslim – oleh Nawawi)

    Justeru itu, dalam realiti Islam yang dagang pada hari ini, fokus kita adalah menghidupkan sunnah Nabi SAW yang terbesar iaitu sunnah dakwah dan sunnah tarbiah.


    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Baru-baru ini kita dapati ramai sahabat/ah yang melangsungkan walimah urus. Tahun ini sahaja insha Allah akan ada ramai lagi yang akan membentuk baitul Muslim. Ada juga yang dalam proses persediaan dan sebagainya. Apakah yang kita inginkan atau harapkan daripada pembentukan baitul muslim?

    Kita inginkan lahirnya zuriat yang soleh. Lahirnya generasi yang mewarisi pusaka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:


    “Dan orang-orang yang berkata: Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami an keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.

    (Al Furqan : 74)


    Kita ingin melihat rumahtangga muslim di mana berlaku di dalamnya perlaksanaan ajaran Islam dan hukum-hukum Allah. Suami muslim bertanggungjawab terhadap keluarga, membuat persediaan-persediaan, memelihara adab-adab Islam dan memberikan kefahaman Islam kepada orang-orang di bawah jagaannya. Kita ingin melihat isteri yang soleh menjadikan rumahtangga seperti taman yang memberikan ketenangan kepada suami dan menjadi pembantu suami yang ta’at kepada Allah. Kita ingin melihat ibu-ibu muslimah lagi solehah menjaga anak-anak atas landasan syara’ kerana ibulah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Musuh-musuh Islam telah melakukan berbagai-bagai cara dan program untuk merosakkan wanita-wanita Islam. Bila wanita-wanita Islam rosak, tidak lahirkan ibu-ibu yang solehah dan seterusnya tidak lahirlah zuri’at yang soleh, dan seterusnya lagi tidak lahirlah generasi yang soleh. Hakikat ini telah pun berlaku dalam masyarakat kita.

    Kita ingin melihat anak-anak Muslim dan putera-puteri Muslim yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala Menjaga hak-ahak ibu bapa. Bergaul dengan rakan-rakan mereka dengan adab-adab Islam.Kita ingin melihat rumahtangga muslim yang menjadi contoh yang baik dengan sifat-sifat Islam dan jauh daripada sifat-sifat jahiliyah. Namun segala-galanya bermula daripada aspek pemilihan yang berasaskan asas-asas yang telah diberikan oleh Nabi SAW.

    Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memberikan isyarat:

    “Perempuan-perempuan itu dikahwini kerana empat perkara - kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana dinnya. Tetapi hendaklah kamu utamakan dinnya.”

    Hendaklah saudara-saudara mengutamakan yang mempunyai din. Ulama’ telah menjelaskan bahawa sesiapa yang tidak mengambil berat tentang din maka akan rugilah di dunia dan akhirat. Dinlah yang akan menyelamatkan manusia. Bukanlah bermakna Islam mengenepikan langsung kecantikan, keturunan dan harta, tetapi semua ini janganlah dijadikan matlamat utama dalam pemilihan. Din adalah matlamat dan pemilihan utama. Yang mempunyai din dan akhlak itu dikira cantik pada nilai Islam. Inilah Jamal Haqiqi, bukan Jamal Haiwani.

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Akhir-akhir ini media sosial atau web 2.0 telah mendapat tempat yang meluas di kalangan remaja dan mahasiswa. Di Malaysia sahaja, ada 6.2 juta orang adalah warga facebook.Kadar pertumbuhannya tumbuh dengan cukup pantas. Ramai ahli HS yang mempunyai blog dan FB sendiri. Untuk usaha ini memberi impak, bahan-bahan yang nak disampaikan perlu ada perancangan dan sinergi di bawah HS bloggers united. Dengan itu baharulah akan ada kesannya kepada sasaran dakwah kita.Menyedari peri pentingnya media sosial ini, kita semua perlu mengambil media sosial ini untuk digunakan bagi menyebarluaskan fikrah Islamiyah seluas-luasnya. Gunakannya sebaik mungkin dengan menjaga asas-asas syara'. Misalnya di alam maya ini kita akan kurang sensitif dari segi perhubungan antara lelaki dan perempuan.

    Sabda Rasul SAW:

    'Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah sekehendakmu'

    HR Bukhari

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik lepasan SPM 2009. Kejayaan antum adalah kejayaan kita juga, kegembiraan antum adalah kegembiraan kita juga. Kesedihan antum adalah kesedihan kita juga.

    Rasulullah SAW bersabda:

    "Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya ."

    Hadith riwayat Muslim.


    Dari maklumat yang saya dapati, ada seorang pelajar yang keputusan SPMnya 7A1 telah mengesahkan untuk menyambungkan pengajiannya di KTD. Tahniah diucapkan. Beliau akan sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. Ini satu perkembangan yang positif. Input yang baik akan menghasilkan output yang baik. Insha Allah, kita harapkan akan lebih ramai lagi input-input yang baik akan menyambung pengajian di sana.

    Sebagai ulangan, berikut adalah bidang-bidang yang amat diperlukan oleh ummah dewasa ini:-

    -Guru dan ustaz/ustazah di sekolah-sekolah angkat Haluan

    -Pensyarah KTD

    -Tokoh-tokoh deeniah dan professional

    -Khatib dan imam

    -Penceramah agama

    -Motivator dan kaunselor

    -Wartawan dan kolumnis akhbar

    -Jurulatih kecergasan

    -Penulis dan penterjemah

    -Bloggers

    -Juruhebah dan penceramah radio dan TV

    -Usahawan
    -Peguam
    -Pensyarah bidang undang-undang, perubatan, sains sosial(sains politik, mass comm, kaunseling)
    -Jururawat

    Semua bidang ini amat berguna di dalam usaha kita melaksanakan kerja mendidik dan berbakti kepada masyarakat kita.

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,


    Sepanjang bulan lalu dan bulan ini, kita dapati ahli-ahli HS terlibat dengan pelbagai aktiviti dalaman mahupun bersama masyarakat seperti berqiyam di Masjid Putra Jaya, melakukan khidmat kesihatan dan motivasi di Sabah, menganjurkan program Palestin, menjadi fasilitator program Jati Diri, worksyop Minda Medik, Pewaris dan pelbagai lagi.

    Semuanya adalah adalah medan kita meningkat diri dan berkhidmat kepada masyarakat dalam bentuk yang praktikal. HS perlu disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang tarbawi sebegini. Jika kita tidak sibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam, maka kita akan disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia.

    `Antara tanda yang Allah SWT melupakan kita ialah ia membiarkan kita disibukkan dalam hal-hal yang tidak bermanfaat(menjurus kepada ubudiyah)'

    Al Hadith

    Untuk bulan ini dan bulan yang mendatang kita akan lebih giat lagi melaksanakan usaha-usaha yang murni ini. Antaranya projek Seminar Baitul Muslim, Brotherhood Futsal Challenge, Lifeline 4 Gaza, Himega dan Reaksi. Pandai-pandailah kita tawazun dalam akademik kita, program tarbiah kita dan program dakwah ke masyarakat.

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,


    Akhir kalam, dengan tarbiah imaniah yang mantap, penyusunan yang rapi dan kerja yang berterusan ini akan memacu kita menggapai redha Ilahi. Teruskan usaha ini tanpa mengenal rasa jemu. Amat berbaloi jika keletihan kita bermesyuarat, berprogram dan melakukan khidmat kepada masyarakat dalam rangka ubudiyah kepada Allah SWT. Selesai satu program, disusuli dengan program yang lain pula. Namun yang pentingnya program/projekyang dilaksanakan itu `fun', mendidik jiwa dan ada impak kepada masyarakat. insha Allah.

    Dalam surat Al-Insyirah Allah berfirman: Faidza Faraghta Fanshab (“Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain”. (Al Insyirah: 7).

    menegaskan agar perintah Allah kepada nabi saw dalam melakukan aktivitas dan kerja tidak mengenal kata henti dan istirahat artinya bahwa setelah menunaikan tugas dan aktiviti maka cari aktiviti dan kerja lainnya..!! karena pada hakikat amal tak kan pernah selesai dalam kehidupan di dunia ini.. Selama hayat masih dikandung badan, sellagi mata masih berkelip; maka jangan pernah berhenti dalam beramal, berbuat, bekerja dan beraktiviti terutama untuk meraih dan menggapai pahala dan ridha Allah SWT.

    Al Faqir Ilallah,


    Sdr Solehuddin Shuib

    Pengerusi HALUANSiswa Nasional

    Shah Alam, Selangor

    11 Mac, 2010

    25 Rabiul Awwal, 1431H
    Read more...

    Saturday, March 20, 2010

    0

    KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"| Break The Siege

  • Saturday, March 20, 2010
  • aburidhwan



  • KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

    DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI ANDA

    TARIKH:
    26 Mac 2010



    LOKASI:
    DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA


    MASA:
    7.00mlm hingga 11.30mlm


    SPEACIAL APPEARANCE:
    Shoutul Harokah http://www.shoutulharokah.com
    MUADZ http://www.facebook.com/profile.php?id=1046803257


    INTRODUCING:
    Kumpulan Daie


    HARGA TIKET:
    Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
    VIP - RM30.00
    (Derma kepada Palestin)


    ANJURAN:
    LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org
    HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my
    HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my
    Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim.org.my
    KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my
    Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com
    Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemalaysia.net
    Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
    Viva Palestina Malaysia http://www.facebook.com/pages/Viva-Palestina-Malaysia/193531139517
    Persatuan Aqsa Syarif
    & Gabungan NGO-NGO di Malaysia


    TENTATIF
    7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
    8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
    9.00PM: Konsert Nasyid
    11.45PM: Tamat


    JUALAN TIKET
    Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

    Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
    Adam Kadir | 013 404 4787
    M.Zakiran | 019 939 0304

    Petaling Jaya@UM
    Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
    Nu’man | 013 434 0685

    Subang
    Mus’ab | 012 954 7861

    Kuala Lumpur@UTM KL
    Fauzan | 019 566 0576
    Abu Dzar | 013 356 8932

    Gombak@UiAM
    Syed Zulfaqar | 013 384 5475
    Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

    Kajang@Bangi@Sepang@UKM@UPM
    Zamri | 013 779 5217
    Abu Ubaidah | 013 628 4940

    Negeri Sembilan
    Hudzaifah | 019 987 4594
    Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

    Melaka
    Khalid Al-Walid | 019 734 1984
    Read more...
    0

    Baitul Muslim ; Satu Perkongsian

  • BroHamzah

  • Pembentukan Baitud Dakwah : Peringkat Kedua Dalam Merealisasi Rukun Amal
    Seminar Baitul Muslim Kebangsaan 2010
    Kolej Zaaba, UKM (20 Mac 2010)

    Oleh : Tuan Haji Rosdi Bin Baharom ( Abu Munzir)
    Catatan oleh : BroHamzah ( Yang turut hadir dalam Seminar Baitul Muslim)


    Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke atas kepada Allah SWT di atas nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT. Pernah suatu masa dahulu ana merasai satu perasaan kebimbangan yang bersangatan untuk tidur di waktu malam. Bimbang sekiranya jika tidur itu, keesokannya ana tidak akan bangun lagi. Takut sekiranya, ana tidak akan bangun buat selama-lama daripada tidur yang sementara.


    Sebelum mulakan majlis ini, ana ingin melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana mempertemukan dengan generasi harapan Islam. Antumlah generasi yang akan mewarisi kegemilangan Islam. Mudahan majlis pada pagi ini akan merahmati kita semua dalam amal islami ini.


    Kenapa kita bincangkan tajuk ini secara serius?

    Pembentukan Baitul Muslim, adalah benteng untuk mendapat keredhaan Allah SWT.Istilah baitul muslim atau baitud dakwah itu tidak menjadi masalah. Mungkin juga kita boleh namakan juga baitud jihad. Ia merupakan kubu’ bagi menghadapi suasana pada masa kini. Ia merupakan peringkat kedua dalam rukun amal selepas pembentukan individu muslim. Ana mulakan penyampaian pada pagi ini dengan satu pesan sebagai MINDSETTING kita semua.


    Satu pesanan


    Kemampuan sesuatu umat atau bangsa hanya mampu memelihara kelangsungan bangsa bergantung kepada sejauh mana sesuatu bangsa itu mampu membangunkan satu generasi yang mampu melaksanakan tuntutan agama. Justeru, penyediaan generasi mendatang perlu dibangunkan dengan penuh kerapian dan kesungguhan. Pembinaan ini mestilah berdasarkan pembinaan aqidah yang mantap dan dinamik.


    Pertarungan yang kita tidak sanggup ditewaskan


    Musuh Islam memahami hakikat pentingnya pembentukan generasi mendatang dan musuh Islam juga memahami pembentukan ini berasakan aqidah salimah. Mereka tahu, kita memerlukan generasi pewaris dalam meneruskan perjuangan mempertahankan aqidah ini. Musuh Islam juga merancang dan membelanjakan apa juga untuk memisahkan generasi mendatang dari aqidah ini. Kita tidak boleh tewas dalam proses pembentukan generasi ini.


    Maka pertarungan yang hebat ini adalah antara kita yang bersungguh-sungguh menyediakan generasi baru, yang dibekali dengan sebanyak mungkin sifat-sifat yang kuat, dengan musuh yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melenyapkan aqidah ini dari generasi mendatang ini.


    Krisis pembentukan generasi pewaris


    Apabila berlakunya kecacatan dalam proses pembentukan generasi pewaris maka kesannya akan memberi sesuatu impak yang besar kepada generasi pewaris ummah Islam. Satu hakikat yang sukar ditolak dalam pertembungan kita dengan Jahiliyah ialah ia merupakan pertembungan sosial dalam kehidupan seharian. Inilah gelanggang bertembungan yang sangat dahsyat yang berlaku pada era ini. Gelanggang pertembungan antara Islam dan Jahiliyah.

    Wasilah Asasiyah


    Satu wasilah asasi untuk masuk ke gelanggang ini ialah dengan berbentengkan sebuah keluarga muslim dengan anggapan bahawa ia mewakili sebuah masyarakat yang sebenarnya. Bagi seorang dai’ , wasilah ini bertujuan melahirkan satu kelompok dakwah. Keluarga adalah tempat pengasuhan dan tiang seri yang mendokong masyarakat Islam. Tempat pemeliharaan anak-anak yang sedang tumbuh membesar, yang mampu mengembangkan fizikal, daya pertimbangan dan jiwa mereka.


    Namun, realitinya anak-anak kita dibesarkan oleh tangan-tangan orang lain. Maka seharusnya kita sedar, proses pembentukan keluarga muslim adalah tanggungjawab kita. Ana teringat satu kata-kata yang disampaikan oleh seorang pendakwah United Kingdom (UK), Hisham Al-Awadi.


    Kata Hisham Al-Awadi :


    “ We get married to increase our iman. Please do not sin!!.”


    Kita berumah tangga untuk membina/ meningkatkan iman. Jadi, tolonglah jangan lakukan DOSA. Dosa ini adalah satu bebanan dan akan mencacatkan pembinaan rumah tangga yang kita bina.Oleh itu,jangan bina rumah tangga atas dosa. Syaitan akan bertungkus lumus untuk gagalkan kita dan galakan kita berbuat dosa dalam membina baitul dakwah.


    Rukun AMAL menurut Al-Banna


    “ Yang dikatakan dengan AMAL adalah buah ILMU, PEMAHAMAN dan IKHLAS.” Sedangkan urutan amal yang dituntut dari seorang anggota jamaah yang munazim serta memiliki jiddiyah adalah :

    Pertama, pentingnya pembentukan individu yang kuat.
    Kedua, ialah pembentukan keluarga muslim yang terancang. Dan pada hari ini, fokus kita ialah pembentukan dan pembinaan baitul muslim.

    Tegakan Baitud Dakwah


    Kewajipan kita adalah perbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain ke jalan Allah merupakan kewajipan asasi. Di samping dua kewajipan tersebut terdapat kewajipan lain yang tidak kurang pentingnya iaitu MENEGAKKAN BAITUN DAKWAH.

    Kita sangat memerlukan Baitud Dakwah teladan sebagai tiang yang kuat dalam pembangunan masyarakat Islam. Ia adalah tapak subur bagi tunas-tunas baru. Ia bertanggungjawab mencetek generasi anak yang akan menjadi pewaris masa depan untuk survival ummah Islam.


    Pemilihan calon pasangan


    Maka, untuk membangunkan yang dilandasi TAQWA, seorang muslim wajib memilih pasangan yang baik keislamannya, dan memahami tugas risalah hidupnya. Kita perlu fahami bahawa suami, Isteri dan anak-anak sebagai sumber pahala.


    Memilih pasangan yang akan menjadi SAHABAT DAKWAH yang baik, yang selalu mengingatkannya bila lupa, memberi dorongan berdakwah dan menghalanginya. Perjalanan ini jauh, selalu ditusuk duri, tergelincir dalam lumpuh, dan banyak ranjaunya. Maka, kita benar-benar berhajatkan kepada pasangan yang soleh, solehah dan musleh. Mustafa Masyhur ada berpesan :


    “ Seorang puteri Muslim sejati tidak patut menerima seorang pemuda yang akan menjadi pasangan hidupnya kecuali ia adalah seorang muslim sejati yang mendukung dakwah islamiyah.”


    Individu yang ingin kita pilih adalah individu yang mana ruh dakwah menyala dalam hatinya. Jiwa nya besar dengan cita-cita dakwah.Dan calon impian kita adalah calon yang Allah SWT melihatnya dengan penuh rahmat.


    Rumah tangga yang ingin dibangunkan itu sepatutnya menjadi pusat pancaran cahaya. Pusat dakwah islamiyah. Pada dirinya adalah TARBIYAH. Ciri-ciri keimanan yang Allah kehendaki dan sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Niat utama baitul muslim ialah meningkatkan iman kepada Allah SWT. Ia akan menjadi teman dakwah dan jihad.

    Berusahalah membangunkan baitu dakwah agar terwujud rumah tangga itu sebagai projector yang memancarkan cahaya dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. Inilah adalah salah satu jalan dan dasar yang penting dalam tarbiyah Islamiyah.

    Penutup


    Ayuh wahai pemuda pemudi yang menjadi harapan ummah. Di tangan antum, tersimpannya suatu harapan dan cita-cita kami generasi lama. Ayuh kita teruskan fasa pembinaan amal ini ke peringkat amal seterusnya iaitu rukun pembentukan baitul muslim dengan dorongan keimanan dan berpaksikan aqidah Islamiyah.
    Read more...

    Sunday, March 14, 2010

    1

    Musibah Melanda Sahabat HALUANSiswa

  • Sunday, March 14, 2010
  • BroHamzah
  • Suhaib Shafiee (berbaju putih) dan bersama sahabatnya Saiful Rahman

    14 Mac 2010,sekitar jam 9.30 pagi kami HALUANSiswa Kelantan menerima satu berita yang mengejutkan. Salah seorang ahli HALUANSiswa Kelantan Saudara Suhaib Shafiee telah mengalami kemalangan di sebuah negeri di Utara iaitu Perlis. Ketika itu beliau sedang berada dalam sebuah Kem Remaja peringkat Kebangsaan anjuran HALUAN Malaysia denga kerjasama Kelab Rakan HALUAN dan HALUANSiswa.


    Menurut berita yang diperolehi, kini beliau dalam keadaan koma dan mengalami kecederaan di sebelah mata kiri beliau. Akibat daripada kemalangan tersebut, mata kiri beliau dikatakan pecah dan tidak berfungsi. Kami menyeru kepada semua ahli HALUANSiswa dan sesiapa sahaja yang mengenali beliau untuk mendoakan kesejahteraan ke atas beliau. Semoga Allah SWT tabahkan hati beliau, ibu bapa dan juga ahli keluarga beliau.



    Keadaan kereta yang dinaiki oleh beliau


    Kereta yang rosak teruk

    Untuk perincian bolehlah layari blog ini. Sekian.
    Read more...
    0

    Hidup sebagai binatang ternakan

  • BroHamzah

  • Realiti kita yang menyedihkan – Hidup sebagai binatang ternakan


    Situasi di mana muslim hidup kini adalah situasi yang mengikis iman dan menumpulkan keiltizaman kita kepada Allah SWT, janji-janji Allah dan ancaman Allah. Seolah-olah Allah sangat jauh dari kita hingga kewujudan Allah tidak dirasai lagi malah tidak diperlukan lagi.

    MasyaAllah, alangkah jauhnya kita dari hakikat keimanan yang sebenarnya.


    Sistem hidup ini hanya menyediakan kita untuk hidup sebagai ‘binatang ternak’ yang hanya hidup untuk makan, minum dan berkelamin.


    Lihat sahajalah iklan-iklan yang dipaparkan dalam muka televisyen kita atau majalah-majalah hiburan. Semuanya mengajak kita menikmati pelbagai makanan, pelbagai minuman dan mengajak kita untuk mencari pasangan dan melalui pelbagai tahap zina: zina mata, zina telinga, zina hati, zina anggota kita, sehingga ‘menyempurnakan’ tahapan zina.


    Alangkah mulianya manusia apabila dia diciptakan untuk berubudiyyah hanyasanya kepada Allah dan untuk mengimarah bumi sebagai khalifah tetapi dialah yang telah ‘menjatuhkan’ diri ke tahap yang serendah-rendahnya. Kita ‘berkubang’ yang sangat rendah dan hina, iaitu di dalam kehidupan makan, minum dan berkelamin sahaja.


    Sistem pendidikan yang dilalui kini menyediakan kita untuk menjadi manusia yang hanya mampu hidup di tahap ini. Walaupun sebahagian dari kita dikurniakan oleh Allah SWT hajat yang lebih tinggi untuk menapaki tahap kehidupan yang lebih tinggi, tetapi peratusannya masih sangat kecil.


    Bagi kita yang dikurniakan sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang membolehkan kita mampu melakukan sedikit amal Islami, tetapi oleh kerana sistem yang sedang berjalan hanya menyediakan kita untuk hidup di tahap ‘nafs kelembuan atau nafs binatang ternak’ maka diri kita terperangkap antara memburu kenikmatan ‘kelembuan’ atau hidup mulia mengejar syurga Allah.


    Justeru, marilah kita memuhasabah diri di tahap mana kita berada pada ketika ini dan marilah kita mengadap Allah SWT dengan hati yang sedih dan mengadu kepada-Nya agar ditingkatkan ‘himmah’ kita keluar dari nafs kelembuan ini dan meningkat ke tahap benar-benar menjadi hamba-Nya yang sedar, faham dan taat kepada segala ditaklifkan ke atas diri kita.

    Oleh : Tuan Haji Rosdi Bin Baharom


    IPT HALUAN Kelantan
    Layari Blog beliau di sini
    Read more...

    Monday, March 8, 2010

    1

    Kita Perlukan Suasana Luar Biasa

  • Monday, March 8, 2010
  • aburidhwan
  • Setiap kali berada di suasana kem, saya selalu ingatkan diri supaya perbetulkan niat dan sentiasa berusaha untuk tingkatkan diri. Sebenarnya, kem ini adalah salah satu tempat yang telah memproses dan mendidik saya sepanjang berada dalam proses pendidikan ini.


    Suasana kem atau latihan dalam bentuk rekreasi merupakan salah satu wasilah atau jalan untuk mendidik diri kita. Program yang berbentuk kem lebih bersifat menguji ketahanan fizikal, berbentuk lasak dan memerlukan kekuatan dalaman yang tinggi untuk menghadapi segala bentuk aktiviti yang disusun dan dirancang.

    “ Tidur tidak cukup.”
    “Tempat yang sempit dan terhad.”
    “Nyamuk dalam hutan yang menyakitkan.”
    “Menguji kesabaran.”
    “Perlu mendaki bukit bukau yang curam.”
    “Kesuntukan masa menjalankan tugasan.”
    “Perbincangan dan pembentang.”
    “Makanan yang sedikit dan kurang menyelerakan.”
    “Pengorbanan masa, tenaga dan masa tidur.”

    Ini gambar ringkas tentang kem atau aktiviti berbentuk rekreasi.

    Saya baru saja pulang dari kem Rekreasi Pelapis Fasilitator PESAT KTD bertempat di Kem Jeram Pasu, Kelantan. Kem itu bertempat di dalam Hutan dan yang pasti suasananya berbeza daripada suasana kita yang biasa. Tempat yang gelap, sumber elektrik yang terhad dan suasana yang mencabar dengan “gangguan” nyamuk yang sentiasa mencari mangsanya.

    Bagi saya, inilah tempat yang sangat sesuai untuk melahirkan pemimpin. Saya teringat kata-kata seorang Murabbi saya : “ Untuk melahirkan pemimpin yang luar biasa, ia memerlukan suasana yang luar biasa.” Suasana-suasana yang ada sekarang SUKAR untuk membentuk jiwa kepimpinan dan jiwa manusia yang sanggup berkorban.


    Biah dan suasana sangat penting dalam pembinaan dan pembangunan diri. 3 elemen penting dalam menjayakan proses pendidikan ialah Murrabi Mithali, Manhaj yang sahih dan Biah Solehah.

    Murabbi saya pernah menyebut :

    “Manusia memerlukan tekanan untuk membangunkan dirinya. Aku melihat pemuda-pemuda yang lahir dan membesar dalam kesenangan dan kemewahan terkurung mindanya dengan persekitaran yang biasa menyelubunginya. Fikirannya tidak boleh menjangkau lebih jauh dari dunianya yang sedia ada, menjadikan dia dengan dunianya sahaja. Mereka terbelenggu dalam dunia mereka sendiri sedang dunia sebenar terhampar luas.”

    Kita perlukan suasana yang luar biasa, untuk melahirkan individu dan insan yang luar biasa. Dan suasana yang susah, payah, dan diluar kebiasaan kita di kem adalah tempat yang sangat SESUAI dan TEPAT untuk membina generasi kepimpinan di masa hadapan. Latihlah untuk menghadapi kesusahan dan kesukaran, kerana di sinilah jiwa kita dibentuk untuk sentiasa tabah dan peka terhadap orang yang berada di sekeliling kita.

    Semakin kerap anda melibatkan diri dalam suasana sebegini, saya yakin anda akan merasai satu kenikmatan yang sukar digambarkan oleh kata-kata. Jika hajatkan natijah yang LUAR BIASA, kita perlukan usaha yang LUAR BIASA dan melalui suasana-suasana yang LUAR BIASA!

    Ustaz Ali Irfan Jamaludin (Ketua HALUANSiswa Kelantan)

    Read more...

    Wednesday, March 3, 2010

    1

    Seminar Baitul Muslim Peringkat Kebangsaan

  • Wednesday, March 3, 2010
  • aburidhwan
  • Hari : Sabtu, 20 Mac 2010
    Tempat: Kolej Zaaba, Universiti Kebangsaan Malaysia
    Yuran: RM20.00
    Anjuran: HALUANSISWA dengan kerjasama Biro Kebajikan HALUAN dan Akademi Penyelidikan HALUAN.

    Sasaran : Semua mahasiswa/mahasiswi IPT, dan Pemuda

    Sekiranya berminat menyertai, SILA EMAILKAN nama, no telefon & negeri ke email haluansiswa@gmail.com sebelum 15 Mac 2010


    Read more...

    Tuesday, March 2, 2010

    0

    Kelab Siswa HALUAN Berbakti di Kem Anak Soleh Masjid Mukim Pintu Geng K. Bharu

  • Tuesday, March 2, 2010
  • aburidhwan

  • Alhamdulillah seramai 53 pelajar berumur 10 – 14tahun telah mengikuti Kem Anak Soleh (KASEH) yang telah dianjurkan oleh Masjid Mukim Pintu Geng, Kota Bharu Kelantan dengan kerjasama Kelab Siswa HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darulnaim. Program yang telah diadakan pada 6 Feb yang lalu bermula jam 8.00pagi – 10.00 mlm. Seramai 10 orang fasilitator dari Kelab HALUAN Siswa Kelantan telah membantu menjayakan kem tersebut yang julung-julung kali diadakan.

    Sebelum itu pada 5 Feb, satu forum keibubapaan telah diadakan terlebih dahulu di masjid tersebut selepas solat maghrib. Antara ahli panel yang berkongsi pengalaman dan ilmu dalam forum tersebut ialah Ustaz Mahamad Senik, Ketua Penyelaras Program Pengajian Islam Kolej Teknologi Darulnaim dan Tn Hj Rosdi Baharom, Ketua Hal Ehwal Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim. Forum telah dipengerusikan oleh Sdr Mohd Razali Maarof, Ketua Biro Latihan HALUAN Pusat. Forum yang bertajuk ”Selamatkan Anak dan Keluarga Kita dari Api Neraka” telah mengupas cabaran dan pendekatan terbaik dalam membimbing ahli keluarga kita dalam mencapai keberkatan dan keredhaan Allah swt.


    Kem Anak Soleh (KASEH) adalah merupakan program remaja yang pertama diadakan di masjid tersebut. Menurut Pengarah Program KASEH, Ustaz Zulkifli Muhammad, antara objektif program ini diadakan adalah untuk mengajak anak-anak remaja sejak dini lagi menghayati akan kepentingan solat dan cara-cara menunaikan solat dengan betul. Selain itu program ini diharapkan dapat mendidik para peserta untuk menghargai dan mengasihi pengorbanan ibu dan bapa mereka yang telah membesarkan mereka dengan kasih sayang. Program ini juga diharapkan akan dapat mendidik para peserta untuk mengamalkan amalan yang baik dalam kehidupan seharian berpandukan syarak.

    Manakala menurut Kem Komanden Program, Sdr Jumat Saleh yang juga merangkap Pengerusi HALUANSiswa Pantai Timur, program sebegini telah memberi peluang kepada ahli Kelab HALUANSiswa dekat dengan para remaja, secara tidak langsung dapat mendidik dan berbakti kepada adik-adik pemimpin masa depan islam. Anttara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Ice Breaking, teori beserta praktikal wuduk dan solat, dan ceramah motivasi dan sayangi kedua ibu bapa. Ternyata para peserta begitu teruja dan seronok mengikuti aktiviti yang telah dijalankan.


    Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Setiausaha Masjid Mukim Pintu Geng, yang turut dihadiri Imam Masjid dan Ketua Kampung Pintu Geng. Setiausaha masjid menyampaikan rasa syukur dan terimakasih beliau dan pihak masjid di atas kesudian para mahasiswa dari Kelab Siswa HALUAN dan penceramah dari KTD datang memberi khidmat bakti di masjid mereka. Pihak masjid bercadang pada akan datang untuk mengadakan kem ini sekali lagi dengan jagkamasa yang lebih lama lagi setelah berjaya menarik minat ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kem yang pertama kali diadakan ini.

    Read more...
    0

    Bersatu Untuk Palestin

  • aburidhwan
  • Pergolakan, keganasan dan penindasan yang berlaku di bumi Palestin merupakan satu jenayah yang sangat dahsyat dalam sejarah peradaban manusia moden, malah penyembelihan dan pembunuhan yang dilakukan dengan penuh kekejaman terus menjadi-jadi, seolah-olah dunia merestui peristiwa ini berlaku di bumi Palestin.


    Dalam soal ini, HALUAN berpendirian tegas dan jelas bahawa isu Palestin ini perlu dilihat secara serius dan segala usaha ke arah pembebasan Bumi Palestin perlu disokong dan diperjuangkan oleh semua pihak.

    Kepekaan dan keprihatinan umat Islam terhadap isu Palestin merupakan sesuatu yang sangat penting dan ia perlu diselesaikan secara kerjasama semua pihak. Permasalahan Palestin adalah isu bersama ummat Islam dan ia bukanlah isu rakyat Palestin sahaja. Permasalahan yang kini melanda rakyat Palestin adalah permasalahan aqidah dan ia menjadi isu ummat Islam seluruh dunia.


    Sejarah Palestin

    Palestin merupakan suatu nama yang digunakan untuk wilayah barat daya negara Syam. Ia bersempadan dengan Laut Mediterranean dan terletak di benua Asia. Palestin dianggap titik pertemuan di antara Asia dan Afrika. Bahagian utara Palestin bersempadan dengan Lubnan, manakala Syria di timur laut, Jordan di timur dan Mesir di selatan.
    Bumi Palestin juga dianggap sebagai penempatan tertua di dunia. Bandar tertua di dunia ialah Jericho, yang dikatan terbina sejak 8000SM. Sehingga kini Palestin masih dianggap sebagai sebuah bandar yang dipenuhi dengan pelbagai tamadun manusia yang gemilang.

    Di dalam rentetan sejarah yang panjang, bumi berdarah Palestin ini menjadi pusat agama dan peradaban terbesar dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi. Ketiga-tiganya saling mempertahankan kewujudannya di atas tanah suci ini. Inilah tempat bertemunya bangsa-bangsa di satu titik konflik dalam jangka waktu yang sangat panjang. Tapi satu perkara yang pasti, Palestin bukanlah tanah kosong tanpa bangsa (the land without nation,) bukan pula milik Zionis Israel, sebuah bangsa yang tidak memiliki tanah (the nation without land.)

    Bagi umat Islam Palestin, ia adalah masalah utama kerana Palestin merupakan tanah waqaf umat Islam. Dan bagi umat Islam seluruh dunia, ia seharusnya tidak menganggap permasalahan ini hanya permasalahan rakyat Palestin atau bangsa Arab sahaja, tetapi ia adalah permasalahan ummat Islam seluruhnya.


    Mengapa Palestin Sangat Penting Untuk Umat Islam?

    Sebenarnya terdapat beberapa kepentingan Palestin kepada Umat Islam yang perlu diketahui dan difahami oleh kita semua sebagai. Antaranya:

    Pertama, terdapatnya Masjid Al-Aqsha yang menjadi Qiblat pertama umat Islam.
    Ini adalah penghormatan Islam pada Palestin yang memiliki sejarah panjang tempat para nabi dan tempat turunnya wahyu. Rasulullah SAW. dan para sahabatnya pernah solat menghadap ke arah Al-Masjid Al-Aqsha selama kira-kira 16 bulan. Kemudian Allah SWT, mengubah kiblat umat Islam ke Masjidil Haram. Dan perubahan itu diabadikan Al-Qur’an di dalam surah al-Baqarah ayat 142.

    “Maksudnya: Akan berkata orang-orang yang kurang akalnya: ”Apakah yang memalingkan mereka (umat Islam) dari kiblat mereka (Baitulmaqdis) yang dahulunya mereka telah berkiblat kepadanya. Katakanlah: ”Kepunyaan Allah timur dan barat, dia memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang lurus.”
    Perpindahan kiblat ini sendiri memiliki banyak hikmah yang dirasakan umat Islam sampai sekarang.

    Kedua, masjid kedua dibina selepas Masjid al-Haram di Makkah.
    Allah SWT memuliakan Palestin dengan Al-Masjid Al-Aqsa. Disamping kiblat pertama umat Islam, masjid ini juga merupakan masjid kedua yang terbina di atas mukabumi, dan tempat suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.
    Rasulullah SAW bersabda, “Kamu tidak boleh mempersiapkan untuk melakukan perjalanan ziarah, kecuali pada tiga masjid; Al-Masjid Al-Haram, Masjid Rasul saw. dan Al-Masjid Al-Aqsa.” (Muttafaqun ‘alaihi)

    Ketiga, masjid ketiga suci dan mulia selepas Masjid al-Haram dan Masjid an-Nabawi.
    Disamping tempat ini disucikan oleh Allah SWT, tempat ini juga tempat yang diberkati oleh Allah SWT. Keberkatan dari nilai-nilai spiritual kerana para nabi menyampaikan risalah di tempat ini, dan keberkatan material kerana kekayaan alam, kesuburan, dan letaknya yang sangat strategik serta alamnya yang indah.

    Rasululullah SAW melaui hadis-hadis baginda banyak menyatakan kelebihan Bumi Palestin, iaitu Baitul Maqdis dan juga Masjid Al-Aqsa.

    Dari Abu Darda’ menceritakan Rasulullah telah bersabda, “Solat di Masjid Haram seratus ribu kali solat, solat di Masjidku seribu kali solat dan solat di Baitul Maqdis lima ratus kali.”
    (Dikeluarkan Hafidz al Munzir, dari At Tabarani)

    Dari Abi Dzar al Ghifari, “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah. Wahai Rasulullah, masjid apa yang pertama diletak (dibangunkan) di bumi? Baginda bersabda: Masjidil Haram. Saya bertanya lagi, kemudian apa? Baginda bersabda : Masjid Aqsa. Saya bertanya. Berapa lama antara keduanya? Baginda bersabda Empat puluh tahun”
    (Al Syaikhain)

    Maksud sabda Rasulullah SAW,
    “Janganlah kamu bersusah payah bermusafir kecuali ke tiga buah masjid: Masjidil Haram dan Masjidku ini dan Masjid al Aqsa”
    (Al Syaikhain)

    Keempat, tempat berlakunya Mi’raj Nabi Muhammad SAW
    Di Masjid Al-Aqsa ini pula Rasulullah SAW melakukan isra’ dan di sini baginda memimpin solat bagi para nabi dan rasul. Ia menggambarkan suatu simbol bahwa Rasulullah SAW adalah pemimpin mereka. Kemudian dari Masjid Al-Aqsha, Rasulullah SAW. melanjutkan perjalanannya menuju Sidratil Muntaha untuk menerina kewajiban yang paling agung, iaitu solat lima waktu. Peristiwa Isra’ dan Mi’raj adalah peristiwa yang sangat penting dalam sejarah umat Islam.

    Kelima, ia merupakan bumi kelahiran para Nabi dan Rasul
    Palestin adalah tempat yang bermakna untuk umat Islam kerana di situlah pusat kenabian. Ramai nabi-nabi yang diturunkan dan dilahirkan di Bumi yang penuh barakah Palestin. Palestin adalah bumi para nabi di mana, dimana seramai 50 orang nabi dan rasul mengajarkan risalah tauhid kepada umatnya. Tidak ada sejengkal tanah di Palestin, kecuali di sana ada nabi yang menyembah kepada Allah dan menyampaikan ajarannya kepada umat. Dari mulai Nabi Ibrahim AS. dan keturunannya Nabi Ishak AS, Ya’qub AS, Yusuf AS dan saudara-saudaranya. Kemudian Nabi Daud AS dan Sulaiman AS. Seterusnya, Nabi Musa AS, Harun AS, Zakariya AS, Yahya AS, dan Isa AS.

    Daripada kenyataan dan fakta ini, boleh disimpulkan bahawa bumi Palestin adalah bumi yang mempunyai keistimewaan dan kepentingannya yang tersendiri kepada umat Islam. Ia umpama jantung kepada umat Islam di seluruh dunia. Justeru, tindakan dan tanggungjawab untuk mempertahankan bumi Palestin adalah tanggungjawab seluruh umat Islam dan langkah-langkah ke arah penyelesaian permasalahan ini haruslah dilaksanakan sesegera mungkin.


    Usaha Penyelesaian

    Justeru, satu tindakan secara bersepadu dan kolektif daripada umat Islam perlu dilakukan untuk menyelesaikan isu ini. Satu kaedah perlu dilakukan bagi membantu umat Islam di Palestin bukan sahaja untuk penyelesaian jangka pendek seperti bantuan kemanusiaan, bekalan ubat-ubatan dan pembangunan semula penempatan yang musnah, tetapi ia mesti menjangkaui kepada penyelesaian jangka panjang.

    Penyelesaian jangka panjang yang dimaksudkan di sini ialah pembinaan kekuatan umat Islam yang seharusnya menjadi nadi kekuatan dalam menghadapi segala kemelut dan ancaman daripada m

    usuh Islam. Umat Islam pada hari ini benar-benar memerlukan kekuatan kerana hanya dengan kekuatan, umah Islam dapat mengharungi segala dugaan dan ancaman-ancaman musuh Islam yang sentiasa merancang untuk melemahkan dan menghancurkan umat Islam.
    Kekuatan Utama

    Seharusnya difahami dan dihayati, bahawa kekuatan yang paling utama bagi umat Islam ialah kekuatan aqidah dan keimanan kepada Allah SWT. Kekuatan inilah yang menjadi faktor utama kepada pembinaan kekuatan dalam diri umat Islam.

    Jika kita melihat kembali kepada sirah para sahabat RA, iaitu generasi awal yang dididik oleh Baginda Rasulullah SAW mereka telah diberi didikan dan asuhan penerapan keyakinan dan pemantapan aqidah secara intensif oleh baginda Rasulullah SAW. Perkara ini bukanlah sesuatu yang dibuat secara kebetulan, tetapi ianya dirancang dan dilaksanakan oleh baginda Rasulullah SAW kepada para sahabat sehinggalah mereka lahir menjadi satu generasi yang hebat dalam sejarah p

    eradaban manusia.

    Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup duniawi dan ukhrawi bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai jalan dan alat kelengkapan yang mencukupi. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Bertitik-tolak kepada kekuatan inilah, setiap usaha mereka mendapat bantuan Allah SWT dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang di dalam kehidupan mereka.

    Selain d

    aripada itu, antara kekuatan lain yang seharusnya ditekankan oleh umat Islam dalam membangunkan umah ini ialah kekuatan keilmuan dan intelektual. Sejak daripada awal lagi, Islam menyuruh umatnya menguasai ilmu berdasarkan wahyu pertama yang Allah SWT turunkan ke atas Nabi Muhammad SAW :

    “ Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah mencipta manusia daripada segumpul darah.”
    ( Surah al-Alaq ayat 1-2)

    Ilmu adalah kekuatan dan dengannya manusia mampu membina tamadun yang gilang-gemilang. Penguasaan ilmu menjadi prasyarat yang penting untuk membangunkan sesuatu bangsa dan membina sebuah ketamadunan yang maju dan diredhai oleh Allah SWT. Hal ini juga ditekankan oleh Bag

    inda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis baginda yang bermaksud :
    “ Menuntut ilmu adalah suatu perkara yang diwajibkan ke atas setiap muslim.” ( Riwayat Ibnu Majah)

    Setiap bangsa berpotensi untuk menjadi suatu bangsa yang maju dan cemerlang. Dan potensi ini hanya terserlah dengan ilmu dan kefahaman yang baik. Semua ini boleh dilaksanakan dengan baik sekiranya proses pendidikan itu menjadi teras kepada pembangunan sesebuah negara, bangsa mahupun agama. Secara umumnya ilmu boleh dibahagikan kepada dua iaitu ilmu syara dan ilmu semasa. Penguasaan ilmu samada ilmu syara dan ilmu semasa adalah menjadi tanggungjawab seluruh umat Islam.

    Ilmu yang dimiliki perlu diamalkan sehingga melahirkan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang

    . Kepakaran sebeginilah yang diperlukan oleh umat Islam dalam berhadapan dengan dunia globalisasi tanpa sempadan ini.

    Aspek lain yang perlu dilihat secara serius juga adalah aspek kekuatan ketenteraan. Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi yang perlu ketika menghadapi musuh dan persiapan ini termasuk dalam tuntutan ilmu semasa yang disebutkan sebelum ini. Firman Allah SWT yang bermaksud :
    “ Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja kekuatan yang kamu sanggup dan daripada kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh.”
    ( Surah al-

    Anfal ayat 60)

    Dalam proses mempersiapkan diri terutamanya dalam bidang ketenteraan ini, umat Islam diizinkan menimba ilmu dan kemahiran daripada golongan yang bukan Islam, tidak kira sama ada dari timur atau barat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar-dasar Islam.

    Nabi Muhammad SAW bersabda : “ Hikmah ( Kebijaksanaan) adalah suatu barangan yang hilang daripada orang yang bijaksana. Di mana sahaja dia menemuinya, dialah yang lebih berhak memilikinya.”
    ( Riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

    Dalam Usul 20, Imam Hasan Al-Banna berkata: “Islam membebaskan akal, mendorong supaya me

    nganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling. Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu-alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmat (atau ilmu pengetahuan) adalah sesuatu yang hilang daripada tangan orang mukmin. Di mana sahaja beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak memilikinya.”

    Dan satu perkara yang juga perlu dilihat sebagai agenda kekuatan umat Islam adalah kekuatan perpaduan. Perpaduan adalah rahmat, perpecahan adalah bala. Dalam Sejarah, Nabi Muhammad telah menunjukan contoh kepentingan perpaduan apabilan mempersaudarakan sahabat Muhajirin dan Ansar. Perpaduan inilah melahirkan kekuatan sinergi yang luar biasa sehingga berjaya menggegarkan empayar Rom dan Parsi.

    Firma

    n Allah SWT di dalam surah Ali Imran ayat 102 sehingga 103 yang bermaksud :

    “ Wahai mereka yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. Berpegang teguhlah kamu pada tali Allah dan janganlah kamu bercerai-berai.”

    Perpaduan menjadi lebih penting semasa umat sedang berdepan dengan musuh. Berhubung dengan ini, dalam Surah al-Anfal ayat 45 sehingga 46, Allah SWT berfirman yang bermaksud :

    “ Wahai mereka yang beriman apabila kamu bertembung dengan pasukan musuh berteguh hatilah ka

    mu dan sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya semoga kamu berjaya. Dan taatlah Allah dan RasulNya dan kanganlah kamu berbantah-bantah kerana ia menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatan dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah bersama dengan mereka yang sabar.”


    Penutup

    Dalam konteks permasalahan Palestin ini, marilah berganding bahu untuk membebaskan bumi Palestin. HALUAN Malaysia berpandangan bahawa seluruh umat Islam sama ada individu mahupun kumpulan-kumpulan, persatuan-persatuan mahupun badan-badan bukan kerajaan (NGO

    ) perlu bersatu-padu, bekerjasama dan bantu-membantu dalam menggembleng tenaga untuk menyelesaikan isu ini. Perhimpunan Perdana Palestin yang diadakan baru-baru ini yang melibatkan pelbagai NGO memperlihatkan hubungan kerjasama yang erat dan ini memberi suatu gambaran yang positif kepada agenda perpaduan ummah. Marilah sama-sama kita bersatu padu untuk membina kekuatan ke arah masa depan Islam yang gemilang.


    Dr Abdullah Sudin Bin Abd Rahman
    Presiden HALUAN Malaysia

    Read more...

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com

    Subscribe