H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Friday, October 29, 2010

0

HALUANSiswa Kelantan Kordinasi POTENSI 2010 Untuk pelajar Miskin

  • Friday, October 29, 2010
  • aburidhwan
  • Share
  • Bachok, 22 Oktober - HALUAN Siswa Kelantan telah diamanahkan menjalankan Program Tuisyen Intensif (POTENSI) melibatkan pelajar di Taman Sejahtera Rakyat PPMS Pohon Nenasi Bachok Kelantan. Program ini merupakan kelas tuisyen kepada anak-anak Pohon Nenasi secara intensif selama 10 minggu yang akan berjalan setiap hujung minggu iaitu pada hari Jumaat dan Sabtu mulai Oktober 2010. Program ini dianjurkan oleh HALUAN Malaysia Cawangan Kelantan, dengan kerjasama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), dan di koordinasikan oleh HALUAN Siswa Kelantan.

    Menurut saudara Jumat B. Salleh, selaku Kordinator program dari HALUAN Siswa, antara objektif POTENSI adalah untuk memantapkan lagi ilmu pengetahuan di kalangan peserta, membantu para peserta agar bersedia untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun dan memantapkan lagi kesedaran dan kefahaman peserta akan matlamat hidup dan jatidiri sebagai seorang pelajar. Sekitar 50 pelajar akan terlibat dalam program tuisyen tersebut yang diadakan secara percuma.


    Majlis perasmian POTENSI telah diadakan pada 22 Oktober 2010 di Dewan Masyarakat Pohon Nenasi. Majlis telah disempurnakan oleh En. Wan Mohd Sukri Bin Wan Abdul Kadir, Ketua Stesen Risda Bachok, Kelantan. HALUAN Kelantan diwakili oleh Tn. Hj. Kamaruddin Bin Deraman, Naib YDP HALUAN Kelantan dan Prof. Dr. Nordin Simbak, AJK HALUAN Kelantan. Manakala En. Omar bin Marzuki, Pengerusi Penduduk PPMS Pohon Nenasi mewakili penduduk. Taman Sejahtera Rakyat PPMS Pohon Nenasi Bachok adalah merupakan kampung angkat HALUAN Kelantan. Pelbagai program pendidikan, kemasyarakatan dan keagamaan telah dijalankan di kampung tersebut yang melibatkan 50 buah keluarga miskin.

    Laporan disediakan oleh: Sdr. Muhammad Suhaib bin Muhd Yusoff, Setiusaha POTENSI, HALUAN Siswa Kelantan.

    0 Responses to “HALUANSiswa Kelantan Kordinasi POTENSI 2010 Untuk pelajar Miskin”

    Post a Comment

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com

    Subscribe