H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Tuesday, October 26, 2010

0

Sinopsis Konvensyen Pembangunan Ummah 2010

  • Tuesday, October 26, 2010
  • aburidhwan
  • Share
  • Putrajaya – 22-24 Oktober 2010 telah berlangsung Konvensyen Pembangunan Ummah di auditorium Masjid Putra. Konvensyen kali ini bertajuk ‘Bersama Menangani Permasalahan Ummah’ dan telah dihadiri lebih daripada 250 orang daripada pelbagai lapangan. Wakil daripada HALUANSiswa Kelantan juga tidak ketinggalan hadir di konvensyen tersebut. Kertas kerja konvensyen yang julung kali diadakan ini telah disampaikan oleh para pakar daripada pelbagai bidang seperti :

    1. Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, YABhg. Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid

    2. Professor Pendidikan Institusi Pendidikan UIAM YBhg Prof Dato’ Dr Sidek Baba

    3. Penasihat Global Civilizations Study Centre UK YBhg Dr Kamal Tawfik ElHelbawy

    4. Pengerusi QSR Brands Bhd YBhg Tan Sri Dato’ Muhammad Ali Hashim

    5. Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM) YBhg Datuk Nik Mustapha Hj Nik Hassan

    6. Pensyarah Institut Sains dan Teknlogi Nasional (ISTN) Jakarta, Indonesia YBhg Prof Dr Ir Agus Priyono

    7. Presiden HALUAN Malaysia YBhg Dr Abdullah Sudin Abdul Rahman

    8. Wakil TERAS , Ybhg Tn Hj Muhammad Azmi Bin Abdul Hamid

    9. Wakil WADAH, YBhg Prof Dato’ Dr Mohd Yusof Hj Othman

    Konvensyen selama 3 hari ini telah menyediakan ruang bukaan minda yang pelbagai kepada para peserta. Tokoh-tokoh yang telah berkongsi minda dan pengalaman mereka ternyata arif tentang bual bicara mereka dan telah terbukti daripada pengalaman mereka.

    Begitu banyak ilmu serta panduan yang boleh diaplikasikan pasca konvensyen namun memerlukan langkah dan tindakan yang bersepadu serta menyeluruh. Apabila ditanya kepada Presiden HALUAN Malaysia, Dr Abdullah Sudin di dalam temuramah khas dengan mediaHALUAN Rawang berhubung apakah langkah seterusnya selepas konvensyen ini? Maka beliau memetik sebagai berkata; “ Banyak langkah yang perlu disusun oleh HALUAN Malaysia dan konvensyen ini akan menjadi titik tolak kepada saranan-saranan yang nantinya akan dipanjangkan kepada badan-badan yang bertanggungjawab dan kita akan mengambil serius inisiatif ini.”

    Sessi forum menyajikan celoteh bersahaja Cikgu Azmi dengan tandadagangnya yang tidak asing kepada semua serta huraian penuh gaya daripada Prof Dato Mohd Yusof disulami dengan usikan santai moderator Dr Azizan telah menjadikan forum itu seakan terlalu singkat. Seakan ada terjahan yang membetulkan duduk posisi yang mendengar apabila Cikgu Azmi berbicara bahawa NGO yang ingin ke hadapan perlu menyiapkan banyak aspek sehingga mampu berdiri sama tinggi dengan apa yang dibawa oleh barat. Diketika nanti apabila orang luar datang dan ingin belajar daripada kita, itulah saatnya memberi tanda bahawa kewujudan kita sebenarnya ada impak.

    Konvensyen yang julung kali ini juga telah dibawa secara langsung oleh mediaHALUANrawang dan ditonton oleh lebih 2500 pelayar internet di seluruh dunia. mediaHALUANrawang telah diamanahkan untuk membuat dokumentasi rakaman di sepanjang konvensyen.

    Para pemuda atau sesiapa sahaja perlu mengambil inisiatif, mengatur serta memberi sumbangan walau apa saja agar mereka kreatif dan genius di setiap ketika. Mengambil kata-kata yang dilontarkan oleh Prof Dato Dr Sidek Baba akan mengetuk keazaman kita dalam pembangunan ummah. Begitu juga dengan Tan Sri Dato Muhammad Ali Hashim yang menyentuh sisi ekonomi serta transformasi minda dalam dunia perniagaan masakini. Dr Kamal Tawfik ElHelbawy yang merupakan seorang sarjana daripada United Kingdom, telah berkongsi rasa dan pengalaman berhubung dunia Islam dan barat yang menjurus kepada bagaimana peradaban hari ini serta pemikiran kemanusiaan dapat dicorak kembali kepada peradaban Islam yang dibawa Rasulullah.

    Penutup konvensyen telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah JAKIM iaitu Dato Wan Mohamad bin Sheikh Abdul Aziz. Sebutir permata kata yang dapat dikutip daripada beliau ialah, ‘Kitalah yang perlu mengisi seluruh kehidupan kita dengan Islam bukannya ternanti-nanti apa yang Islam boleh tawarkan kepada kita,’ Konvensyen selama 3 hari ini sesungguhnya memberi input yang amat berharga kepada para peserta. Manfaat daripada konvensyen ini perlu dizahirkan sebagai praktik di setiap peringkat di dalam masyarakat. Beramal dengan ilmu yang diperolehi memang menuntut kesabaran dan hikmah yang tidak putus.

    0 Responses to “Sinopsis Konvensyen Pembangunan Ummah 2010”

    Post a Comment

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com

    Subscribe