H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Monday, April 26, 2010

0

Perhimpunan Perdana Palestin l 8 Mei

  • Monday, April 26, 2010
  • BroHamzah


  • Ayuh! Sambutlah Seruan, Menerobos Tembok Kematian




    Perhimpunan Perdana PALESTIN
    Tarikh; 8 Mei 2010
    Lokasi: Stadium Melawati, Shah Alam
    Masa: 7.00mlm hingga 11.30mlm



    Aktiviti Menarik l

    - Persembahan Nasyid & Sketsa
    - Tayangan Video Air Mata Palestin
    - Ucapan Wakil-wakil NGO
    - Ucapan Wakil dari Palestin
    - Penyampaian Sumbangan

    Tetamu Jemputan l


    - Skeikh Hussein KH Awawidah, Penasihat kanan Rabithah Ulama Palestin
    - Kumpulan Nasyid & Artis-artis Tanah Air


    Bawa bersama sepanduk & banner sebagai tanda sokongan anda
    Kutipan dana akan turut diadakan
    Bawa bersama sejadah untuk solat berjemaah di Stadium

    Anjuran l


    * Coalition of Graduates of Higher Institutions of Malaysia (HALUAN)
    * Malaysian Muslim Youth Movement (ABIM)
    * Jemaah Islah Malaysia (JIM)
    * Palestinian Center of Excellence (PACE)
    * Aqsa Syarif
    * Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Dewan Pemuda)
    * Pertubuhan Mawaddah Malaysia
    * Viva Palestina Malaysia (VPM)
    * Nasyeed.com
    * Mu'adz.com

    Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami

    Office & Correspondence Address:
    Lifeline 4 Gaza
    c/o Biro HALUAN Palestin
    16-1 Jalan Dinar A U3/A, Seksyen U3, Taman Subang Perdana
    40150 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

    http://www.lifeline 4gaza.org

    603 7846 4146
    info@lifeline4gaza. org
    Read more...

    Monday, April 5, 2010

    0

    Konsert Shoutul Harokah ~ Nantikan!!

  • Monday, April 5, 2010
  • BroHamzah

  • Read more...

    Sunday, April 4, 2010

    0

    Lifeline 4 Gaza di Kuantan Pahang dilancarkan!

  • Sunday, April 4, 2010
  • BroHamzah

  • Pengerusi Haluan Palestin Malaysia, Tn Hj. Norazman b Samsudin

    LIFELINE 4 GAZA` PERINGKAT DAERAH KUANTAN, PAHANG DI LANCARKAN

    HALUAN Pahang melalui Badan Gabungan NGO Islam Pahang ( BARAKAH ) telah berjaya mengadakan program Roadshow `Lifeline 4 Gaza` , Talian Hayat Untuk Gaza pada 2-3 April 2010 bertempat di Masjid Syaidina Umar Al Khattab, Perkampungan Cenderawasih, Kuantan.

    Dengan mengutarakan tema ` Menerobos Tembok Kematian` , program ini berjaya menarik perhatian, kehadiran dan sumbangan derma yang menggalakkan dari masyarakat tempatan. HALUAN Pahang sebagai penyelaras program ini turut mendapat kerjasama erat dari ahli gabungan NGO Islam Pahang termasuklah JIM, ISMA, ABIM, Yayasan Amal, Nadwah Islamiah dan lain-lain.

    Antara tujuan utama program ini adalah untuk mempromosikan projek `lifeline 4 Gaza` di peringkat daerah Kuantan khasnya dan Negeri Pahang amnya. Promosi projek bagi menarik simpati masyarakat untuk mendapatkan sumbangan derma mengisi tabung dana membantu rakyat Palestin yang kini sedang menderita akibat keganasan dan kepongan rejim Yahudi laknatullah melalui tembok besar yang dibina sebagai penjara besar kematian.

    Program bermula dengan pembacaan khutbah Jumaat mengenai Palestin oleh Tn Hj Norazman. Di sebelah malamnya diadakan ceramah dan tayangan khas pengalaman Pengerusi HALUAN Palestin Malaysia, Tn Hj Norazman b Samsudin menyertai projek Viva Palestin 3 yang penuh dengan peristiwa tragis di samping berkongsi infomasi mengenai situasi sebenar di Gaza kini. Ceramah beliau telah berjaya membuat hadirin teruja dengan hujah dan lontaran pengalaman tarbawi yang realistik dan meyakinkan.




    HALUANITA dan puteri HALUAN turu membantu


    Sebagai menambahkan keberkesanan program ini, urusetia telah menjemput Pegawai Agama Daerah Kuantan untuk menyampaikan ucapan aluan. Sebagai simbolik kepada pelancaran program ini, Pengerusi Haluan Palestin Malaysia, Tn Hj. Norazman b Samsudin telah menyerahkan `tabung derma` kosong kepada wakil Pegawai Agama Islam mewakili masyarakat daerah Kuantan untuk dipenuhkan dengan sumbangan wang derma untuk disalurkan kepada penduduk Islam di Gaza Palestin.

    Malam kedua ceramah disampaikan oleh Ustaz Hasanudin b Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif dari Johor yang membawa tajuk perancangan jahat yahudi untuk memusnahkan Islam dan umat Islam di seluruh dunia. Acara lain termasuklah pameran Palestin, jualan amal, ceramah untuk muslimat, peraduan mewarna dan melukis kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, motivasi pelajar, qiamullail dan kuliah subuh.

    Sambutan masyarakat kepada program ini menggalakkan namun masih kurang memberangsangkan. Ini mungkin kerana program diadakan di masjid dimana hanya mereka yang biasa ke masjid sahaja yang memanfaatkan sambutan ini. Masyarakat sekitar masih kurang mengambil perhatian kepada program ini walaupun promosi dan hebahan telah dibuat dengan sewajarnya.

    Alhamdulillah, sepanjang 2 hari program ini dijalankan, sumbangan derma yang diterima dari masyarakat bagi mengisi tabung dana `lifeline 4 Gaza ini amat menggalakkan. Sejumlah RM 13,000 berjaya dikumpulkan termasuklah melalui kutipan pada solat jumaat. Jumlah ini diluar dari jangkaan dimana awalnya sasaran Urusetia dianggarkan sebanyak RM 7-10K sahaja. Ada dikalangan pengunjung muslimat yang sudi menderma sebentuk cincin emas dan sepasang anting-anting emas bagi membuktikan betapa kasih dan sayangnya kepada saudara mereka di Gaza.

    HALUAN Pahang yang menjadi penyelaras program ini bersyukur kerana ianya dapat dijalankan dengan lancar berkat kerjasama semua NGO dalam gabungan Barakah. Program ini telah berjaya menarik kembali perhatian masyarakat kepada isu Palestin ini yang terhenti selepas serangan besaran rejim Israel ke atas Gaza pada penghujung tahun 2008.

    InsyaAllah , HALUAN Pahang bersama Barakah akan berusaha melanjutkan lagi program roadshow `lifeline 4 Gaza ini diseluruh daerah di Negeri Pahang ini. Justeru itu komitmen dan kerjasama semua pihak amat diharapkan khususnya daripada pihak berkuasa yang berkenaan.

    HALUAN Pahang serta Barakah juga ingin merakam dan menyampaikan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada Pengerusi dan semua AJK, Pegawai Masjid Syaidina Umar Al Khattab, Cenderawasih yang telah memberi bantuan dan kerjasama padu bagi menjayakan program ini. Juga kepada pihak media / akhbar yang memberi liputan program ini serta kepada semua pihak dan individu yang telah memberi sumbangan derma bagi mengisi dana untuk Palestin ini. Dengan komitmen ini , InsyaAllah akan mampu memanjangkan lagi `talian hayat untuk Gaza ` ini sebagai benteng pertahanan terakhir Palestin dan simbol kekuatan Islam bagi membebaskan Masjidil Aqsa serta menghalau Yahudi laknatullah dari bumi yang bertuah ini.

    Read more...

    Saturday, April 3, 2010

    0

    KHIDMAH @ Rantau Panjang

  • Saturday, April 3, 2010
  • BroHamzah

  • Program KHIDMAH @ Rantau Panjang

    Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang, Persatuan Kebajikan Alumni Timur Tengah YPTIK KIAS ( ATTYKK) dengan Kerjasama HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi akan mengadakan Program Khidmat Masyarakat @ KHIDMAH . Pelbagai aktiviti yang menarik disediakan.Berikut adalah butiran program ;



    Tarikh : 9-10 April 2010
    Tempat : Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra Rantau Panjang


    Upacara Majlis Penutup akan disempurnakan oleh Dato Haji Ahmad Bin Yaakob

    ( Timb. Menteri Besar Kelantan)


    Untuk ahli HALUANSiswa yang berminat membantu bolehlah hubungi En Razali Maarof 019 3338484 terutamanya untuk Kem Anak Soleh ( KASEH) yang akan diadakan pada hari Sabtu 10 April 2010.

    Untuk Tentatif boleh rujuk flyer di atas.
    Read more...

    Wednesday, March 31, 2010

    1

    Meriahnya Hari Rehlah HALUAN Kelantan

  • Wednesday, March 31, 2010
  • BroHamzah
  • Takzirah Rehlah oleh Ustaz Muhd Noor Bin Awang Kecik


    HALUANSiswa Memeriahkan Hari Rehlah Tarbawiyah HALUAN Kelantan

    KELANTAN, 31 MAC 2010 – HALUANSiswa Kelantan telah dijemput oleh HALUAN Kelantan untuk memeriahkan Hari Rehlah Tarbawiyah anjuran Koperasi Pendidikan Al-Hilal (KAFFAH), HALUAN Kelantan dan Kolej Teknologi Darul Naim. Hari Rehlah ini telah diadakan di Resort Sri Pantai, Melawi Bachok Kelantan yang bermula pada jam 9 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.




    Pelajar KTD yang ceria dan bersemangat


    Dengan kehadiran lebih 150 orang ahli KAFFAH, HALUAN dan pelajar KTD,dimulakan dengan Tazkirah Rehlah yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Noor Awang Kechik. Dalam penyampaiannya, beliau menjelaskan bahawa antara tujuan diadakan rehlah ini adalah untuk melahirkan suasana Islam dalam rehlah, meningkatkan ukhuwah islamiyah di kalangan peserta dan meningkatkan kesedaran akan kepentingan rehlah sebagai jalan tarbiyah.

    Selain itu, Ustaz juga mengingatkan bahawa segala aktiviti di dalam rehlah ini adalah ibadah dan ia haruslah dilakukan dengan sehabis baik bagi mendapat keredhaan Allah SWT.



    Aktiviti Terompah Gergasi





    HALUANITA dan remaja dalam aktiviti "Tolak Tali"





    Selain itu, rehlah ini juga diserikan dengan aktiviti sukaneka yang melibatkan semua peserta rehlah sama ada golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak lelaki serta wanita. Antara aktiviti yang dijalankan ialah, tolak tali, larian berganti dalam guni, terompah gergasi, bola sepak tiga kaki dan sebagainya. Bagi setiap kategori ianya akan dipecahkan kepada 4 kumpulan. Untuk aktiviti sukaneka ini, ia diketuai oleh Saudara Ruqaimi Rabbani salah seorang ahli HALUAN dan juga staff KTD dan dibantu oleh pelajar-pelajar KTD yang lain.


    Aktiviti Pantai


    Seterusnya aktiviti diteruskan dengan jamuan makanan tengahari dan solat Zohor secara berjemaah pada jam 1.30 petang. Hari Rehlah Tarbawiyyah ini diakhiri dengan ucapan Kalimah Akhirah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Nasir Saad,Pengerusi KAFFAH dan juga YDP HALUAN Kelantan. Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa segala aktiviti yang dilakukan perlu kepada penyediaan jiwa dan hati. Proses ini penting agar ia meninggalkan kesan kepada jiwa dan hati setiap peserta yang mengikuti program ini.




    Tarik kuat-kuat

    Kemudian, program diteruskan dengan aktiviti penyampaian hadiah kepada para peserta bagi aktiviti sukanekan dan juga cabutan bertuah. Akhirnya, program diakhiri dengan sesi nasyid yang disampaikan oleh pelajar KTD dengan menyampaikan 2 buah lagu iaitu Gelombang Keadilan dan Palestina Tercinta sebagai ingatan kepada saudara muslim yang berada di bumi bergolak Palestin.
    Semoga Rehlah ini mendapat keredhaan Allah SWT.InsyaAllah

    Read more...

    Sunday, March 28, 2010

    0

    HALUANSiswa Bersama Menjayakannya

  • Sunday, March 28, 2010
  • BroHamzah


  • HALUANSiswa Kelantan diberi tanggungjawab untuk membantu HALUANPalestin dan juga HALUAN Kelantan untuk menjayakan satu Majlis Charity Lunch Save Palestine. Alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar. Syukur. Terima kasih kepada semua kerana bertungkus lumus menjayakannya.

    Kota Bharu , 27 Mac– Dengan bertemakan Menerobosi Tembok Kematian, HALUANPalestin dengan kerja sama Kolej Teknologi Darul Naim, HALUAN Kelantan dan Sekretariat Misi Cakna Palestin telah mengadakan Majlis Charity Lunch Save Palestin yang diadakan di Hotel New Pasific. Majlis ini telah dihadiri oleh tetamu terhormat Timbalan Menteri Kelantan, Yg Berhormat Dato’ Haji Ahmad Haji Yaakob yang juga merangkap Penasihat Sekretariat Misi Cakna Palestin.

    Tetamu Kehormat


    Majlis diteruskan dengan Ucapan Timbalan Menteri Kelantan, Yg Berhormat Dato’ Haji Ahmad Haji Yaakob yang juga merangkap Penasihat Sekretariat Misi Cakna Palestin. Beliau memberi sedikit gambaran sejarah Palestin dari dahulu dan menjelaskan kenapa kita perlu mempertahankan bumi Palestin. Tegasnya lagi, isu ini harus diperjuangkan oleh semua pihak terutama umat Islam.

    Suasana Majlis


    Menurut Pengarah Program, En Zaini Ghazali majlis ini diadakan adalah bertujuan untuk mengutip derma dan sumbangan orang ramai bagi menjayakan misi Lifeline4gaza dengan matlamat untuk membantu mangsa-mangsa kekejaman Israel di Palestin. Turut hadir dalam majlis ini adalah Presiden Haluan Malaysia, Y Berbahagia, Dr Hj Abdullah Sudin Ab Rahman yang juga merupakan Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darul Naim. Dalam ucapan beliau, beliau menyatakan bahawa Isu Palestin ini seharusnya dilihat sebagai isu yang besar dan menjadi agenda utama umat Islam untuk membantu rakyat Palestin dalam apa jua bantuan. Dan inisiatif yang dilakukan oleh Haluan ini adalah sebagai salah satu jalan untuk membantu dan menyumbang kepada rakyat Palestin.

    Shoutul Harokah diiringi syabab-syabab HALUANSiswa yang bersemangat

    Majlis ini juga diserikan dengan persembahan Nasyid yang diundang khas dari Indonesia iaitu Kumpulan Nasyid Shoutul Harakah. Dendangan nasyid yang dibawa bertemakan perjuangan Palestin dan membangkitkan kesedaran berkaitan isu Palestin. Turut sama dalam majlis ini ialah Tuan Haji Noorazman Bin Mohd Shamsudin yang berkongsi pengalaman beliau ketika menyertai rombongan viva Palestin baru-baru ini.
    Kehadiran lebih daripada 400 orang tetamu dari pelbagai negeri, agensi koprat dan juga badan-badan kerajaan yang ada memperlihatkan sikap kepekaan mereka untuk sama-sama membantu meringankan beban rakyat Palestin. Semoga Allah SWT merahmati mereka atas segala usaha ini.





    Read more...

    Tuesday, March 23, 2010

    0

    Tahniah Buat Pasangan HALUANSiswa

  • Tuesday, March 23, 2010
  • BroHamzah
  • Aisyah Suhaimi dengan Pasangannya Abu Fida Idris


    Nurul Iman Bt Idris bersama pasangannya Umar Afifi Bin Zainudin
    HALUANSiswa Kelantan ingin mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU buat 2 pasangan ahli HALUANSiswa yang telah mendirikan rumah tangga pada hujung minggu lepas. Semoga rumahtangga yang dibina ini diberkati dan dirahmati oleh ALLAH SWT.
    Read more...
    1

    HALUANSiswa Bersama KeARAH @ ALERT 1

  • BroHamzah


  • Seramai 143 pimpinan remaja berserta lebih 60 fasilitator HALUANsiswa dari seluruh negara telah berkampung selama tiga hari dua malam di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat untuk menghadiri ProACTIVE Leaders Retreat (ALERT) 2010 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS 5) di sini.


    Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", program yang kali kelima diadakan ini menampilkan beberapa tokoh, antara lainnya Tuan Haji Mohd. Abdoh Zainal Abidin yang membentangkan kertas kerja "Youth in Islamic Renaissance", al-Fadhil Ustaz Haji Abdul Hadi Osman, "Islam and Da'wah" dan Tuan Haji Abdul Nasir Salleh, "Collective Da'wah".



    Turut bersama dengan program tahunan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional ini ialah beberapa tokoh belia iaitu saudara Mohd. Fadhli Mohd. Diah (Setiausaha KeARAH Nasional), al-Fadhil Ustaz Ahmad Muhtad Yusoff (Timbalan YDP II HALUAN Kedah) dan Ustaz 'Ali 'Irfan Jamalludin (Ahli Majlis Tertinggi HALUANsiswa) sebagai panel forum yang mendiskusikan usul "Dakwah atau Dakwa?" bersama moderator, Ustaz Afdholul Rahman Che Ani. Turut turun hadir untuk berkongsi dalam PeWARIS kali ini ialah Cikgu Azmi Bahari, Ustaz Fazlon dan Cikgu Md Adi.

    Kemuncak ALERT2010 ialah Ucaptama Khas oleh Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN yang membentangkan kertas kerja bertajuk "Youth in Islamic Renaissance" pada Sabtu malam. Beliau kemudiannya menyempurnakan Simbolik Perlancaran Portal Rasmi KeARAH Nasional. Beliau sempat menyatakan rasa gembira beliau berhadapan dengan peserta ALERT2010 selaku pemimpin remaja di negeri masing-masing dan melafazkan harapan tinggi beliau kepada mereka untuk terus berakhlak, mendidik dan berbakti kepada masyarakat.






    Terdahulu, peserta dihidangkan dengan pelbagai aktiviti yang mencabar antara lainnya XPDC Utopia yang menyaksikan bandar Kangar dibanjiri dengan gelombang hitam, kuning dan putih setelah para peserta menyerbu jalan, lorong dan kedai untuk masuk berhadapan dengan masyarakat secara lebih dekat dengan jalan-jalan mencari mentee. Selain XPDC Utopia, peserta juga menjalani modul CounterStrike, Think Tank, Synergy dan Break the Ice.
    Read more...
    0

    Charity Lunch Save Palestine

  • BroHamzah

  • 27 MAC 2010
    SABTU
    11.30-2.30 PETANG
    Ballroom, HOTEL NEW PACIFIC
    Jalan Pengkalan Chepa, Kota Bharu
    Read more...

    Sunday, March 21, 2010

    0

    Rasulullah SAW sebagai Qudwah Amaliyah Kita

  • Sunday, March 21, 2010
  • BroHamzah
  • Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Sudah menjadi kewajiban setiap orang untuk mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam melebihi daripada cintanya kepada semua makhluk. Buah cinta itu sangatlah agung dan besar yang akan dapat dipetik di dunia dan akhirat, tetapi dalam kenyataan hidup hari ini banyak kita temui kekeliruan dalam memahami cinta kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dengan pemahaman yang sangat sempit. Maka penjelasan hakikat cinta kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam secara jelas dan benar merupakan cara terbaik untuk meluruskan kekeliruan sebagian orang muslim dalam membuktikan kecintaannya kepada baginda.

    Firman Allah Subhanahuwata’ala:

    Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuaatir kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah (Subhanahuwata’ala) dan Rasul- Nya dan (daripada) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah (Subhanahuwata’ala) mendatangkan keputusannya. Dan Allah (Subhanahuwata’ala) tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

    (At Taubah 24).


    Di antara tanda-tanda mencintai Nabi Sallallahu’alaihiwasallam adalah sepertimana yang dinyatakan Al Qadhi 'Iyadh:


    Termasuk tanda mencintai Nabi Sallallahu’alaihiwasallam adalah membela sunnahnya dan menegakkan syariatnya serta ingin bertemu dengannya. Maka untuk mewujudkannya ia akan mengerahkan jiwa dan harta kekayaannya.
    (Syarah Sahih Muslim – oleh Nawawi)

    Justeru itu, dalam realiti Islam yang dagang pada hari ini, fokus kita adalah menghidupkan sunnah Nabi SAW yang terbesar iaitu sunnah dakwah dan sunnah tarbiah.


    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Baru-baru ini kita dapati ramai sahabat/ah yang melangsungkan walimah urus. Tahun ini sahaja insha Allah akan ada ramai lagi yang akan membentuk baitul Muslim. Ada juga yang dalam proses persediaan dan sebagainya. Apakah yang kita inginkan atau harapkan daripada pembentukan baitul muslim?

    Kita inginkan lahirnya zuriat yang soleh. Lahirnya generasi yang mewarisi pusaka Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Firman Allah Subhanahuwata’ala yang bermaksud:


    “Dan orang-orang yang berkata: Ya Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami an keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”.

    (Al Furqan : 74)


    Kita ingin melihat rumahtangga muslim di mana berlaku di dalamnya perlaksanaan ajaran Islam dan hukum-hukum Allah. Suami muslim bertanggungjawab terhadap keluarga, membuat persediaan-persediaan, memelihara adab-adab Islam dan memberikan kefahaman Islam kepada orang-orang di bawah jagaannya. Kita ingin melihat isteri yang soleh menjadikan rumahtangga seperti taman yang memberikan ketenangan kepada suami dan menjadi pembantu suami yang ta’at kepada Allah. Kita ingin melihat ibu-ibu muslimah lagi solehah menjaga anak-anak atas landasan syara’ kerana ibulah sekolah yang pertama bagi anak-anak. Musuh-musuh Islam telah melakukan berbagai-bagai cara dan program untuk merosakkan wanita-wanita Islam. Bila wanita-wanita Islam rosak, tidak lahirkan ibu-ibu yang solehah dan seterusnya tidak lahirlah zuri’at yang soleh, dan seterusnya lagi tidak lahirlah generasi yang soleh. Hakikat ini telah pun berlaku dalam masyarakat kita.

    Kita ingin melihat anak-anak Muslim dan putera-puteri Muslim yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah Subhanahuwata’ala Menjaga hak-ahak ibu bapa. Bergaul dengan rakan-rakan mereka dengan adab-adab Islam.Kita ingin melihat rumahtangga muslim yang menjadi contoh yang baik dengan sifat-sifat Islam dan jauh daripada sifat-sifat jahiliyah. Namun segala-galanya bermula daripada aspek pemilihan yang berasaskan asas-asas yang telah diberikan oleh Nabi SAW.

    Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memberikan isyarat:

    “Perempuan-perempuan itu dikahwini kerana empat perkara - kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana dinnya. Tetapi hendaklah kamu utamakan dinnya.”

    Hendaklah saudara-saudara mengutamakan yang mempunyai din. Ulama’ telah menjelaskan bahawa sesiapa yang tidak mengambil berat tentang din maka akan rugilah di dunia dan akhirat. Dinlah yang akan menyelamatkan manusia. Bukanlah bermakna Islam mengenepikan langsung kecantikan, keturunan dan harta, tetapi semua ini janganlah dijadikan matlamat utama dalam pemilihan. Din adalah matlamat dan pemilihan utama. Yang mempunyai din dan akhlak itu dikira cantik pada nilai Islam. Inilah Jamal Haqiqi, bukan Jamal Haiwani.

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Akhir-akhir ini media sosial atau web 2.0 telah mendapat tempat yang meluas di kalangan remaja dan mahasiswa. Di Malaysia sahaja, ada 6.2 juta orang adalah warga facebook.Kadar pertumbuhannya tumbuh dengan cukup pantas. Ramai ahli HS yang mempunyai blog dan FB sendiri. Untuk usaha ini memberi impak, bahan-bahan yang nak disampaikan perlu ada perancangan dan sinergi di bawah HS bloggers united. Dengan itu baharulah akan ada kesannya kepada sasaran dakwah kita.Menyedari peri pentingnya media sosial ini, kita semua perlu mengambil media sosial ini untuk digunakan bagi menyebarluaskan fikrah Islamiyah seluas-luasnya. Gunakannya sebaik mungkin dengan menjaga asas-asas syara'. Misalnya di alam maya ini kita akan kurang sensitif dari segi perhubungan antara lelaki dan perempuan.

    Sabda Rasul SAW:

    'Jika kamu tidak malu, maka lakukanlah sekehendakmu'

    HR Bukhari

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,

    Dalam kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik lepasan SPM 2009. Kejayaan antum adalah kejayaan kita juga, kegembiraan antum adalah kegembiraan kita juga. Kesedihan antum adalah kesedihan kita juga.

    Rasulullah SAW bersabda:

    "Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya ."

    Hadith riwayat Muslim.


    Dari maklumat yang saya dapati, ada seorang pelajar yang keputusan SPMnya 7A1 telah mengesahkan untuk menyambungkan pengajiannya di KTD. Tahniah diucapkan. Beliau akan sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. Ini satu perkembangan yang positif. Input yang baik akan menghasilkan output yang baik. Insha Allah, kita harapkan akan lebih ramai lagi input-input yang baik akan menyambung pengajian di sana.

    Sebagai ulangan, berikut adalah bidang-bidang yang amat diperlukan oleh ummah dewasa ini:-

    -Guru dan ustaz/ustazah di sekolah-sekolah angkat Haluan

    -Pensyarah KTD

    -Tokoh-tokoh deeniah dan professional

    -Khatib dan imam

    -Penceramah agama

    -Motivator dan kaunselor

    -Wartawan dan kolumnis akhbar

    -Jurulatih kecergasan

    -Penulis dan penterjemah

    -Bloggers

    -Juruhebah dan penceramah radio dan TV

    -Usahawan
    -Peguam
    -Pensyarah bidang undang-undang, perubatan, sains sosial(sains politik, mass comm, kaunseling)
    -Jururawat

    Semua bidang ini amat berguna di dalam usaha kita melaksanakan kerja mendidik dan berbakti kepada masyarakat kita.

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,


    Sepanjang bulan lalu dan bulan ini, kita dapati ahli-ahli HS terlibat dengan pelbagai aktiviti dalaman mahupun bersama masyarakat seperti berqiyam di Masjid Putra Jaya, melakukan khidmat kesihatan dan motivasi di Sabah, menganjurkan program Palestin, menjadi fasilitator program Jati Diri, worksyop Minda Medik, Pewaris dan pelbagai lagi.

    Semuanya adalah adalah medan kita meningkat diri dan berkhidmat kepada masyarakat dalam bentuk yang praktikal. HS perlu disibukkan dengan aktiviti-aktiviti yang tarbawi sebegini. Jika kita tidak sibukkan diri kita dengan kerja-kerja Islam, maka kita akan disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia.

    `Antara tanda yang Allah SWT melupakan kita ialah ia membiarkan kita disibukkan dalam hal-hal yang tidak bermanfaat(menjurus kepada ubudiyah)'

    Al Hadith

    Untuk bulan ini dan bulan yang mendatang kita akan lebih giat lagi melaksanakan usaha-usaha yang murni ini. Antaranya projek Seminar Baitul Muslim, Brotherhood Futsal Challenge, Lifeline 4 Gaza, Himega dan Reaksi. Pandai-pandailah kita tawazun dalam akademik kita, program tarbiah kita dan program dakwah ke masyarakat.

    Sahabat dan akhowat HALUANSiswa sekalian,


    Akhir kalam, dengan tarbiah imaniah yang mantap, penyusunan yang rapi dan kerja yang berterusan ini akan memacu kita menggapai redha Ilahi. Teruskan usaha ini tanpa mengenal rasa jemu. Amat berbaloi jika keletihan kita bermesyuarat, berprogram dan melakukan khidmat kepada masyarakat dalam rangka ubudiyah kepada Allah SWT. Selesai satu program, disusuli dengan program yang lain pula. Namun yang pentingnya program/projekyang dilaksanakan itu `fun', mendidik jiwa dan ada impak kepada masyarakat. insha Allah.

    Dalam surat Al-Insyirah Allah berfirman: Faidza Faraghta Fanshab (“Maka apabila kamu telah selesai dari satu urusan maka kerjakanlah dengan sungguh-sungguh urusan yang lain”. (Al Insyirah: 7).

    menegaskan agar perintah Allah kepada nabi saw dalam melakukan aktivitas dan kerja tidak mengenal kata henti dan istirahat artinya bahwa setelah menunaikan tugas dan aktiviti maka cari aktiviti dan kerja lainnya..!! karena pada hakikat amal tak kan pernah selesai dalam kehidupan di dunia ini.. Selama hayat masih dikandung badan, sellagi mata masih berkelip; maka jangan pernah berhenti dalam beramal, berbuat, bekerja dan beraktiviti terutama untuk meraih dan menggapai pahala dan ridha Allah SWT.

    Al Faqir Ilallah,


    Sdr Solehuddin Shuib

    Pengerusi HALUANSiswa Nasional

    Shah Alam, Selangor

    11 Mac, 2010

    25 Rabiul Awwal, 1431H
    Read more...

    Saturday, March 20, 2010

    0

    KONSERT "LIFELINE 4 GAZA"| Break The Siege

  • Saturday, March 20, 2010
  • aburidhwan



  • KONSERT "LIFELINE 4 GAZA" | Break The Siege

    DAPATKAN TIKET DARI WAKIL-WAKIL JUALAN DI LOKASI ANDA

    TARIKH:
    26 Mac 2010



    LOKASI:
    DEWAN SERBAGUNA MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA


    MASA:
    7.00mlm hingga 11.30mlm


    SPEACIAL APPEARANCE:
    Shoutul Harokah http://www.shoutulharokah.com
    MUADZ http://www.facebook.com/profile.php?id=1046803257


    INTRODUCING:
    Kumpulan Daie


    HARGA TIKET:
    Dewasa & Kanak-Kanak - RM10.00
    VIP - RM30.00
    (Derma kepada Palestin)


    ANJURAN:
    LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org
    HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my
    HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my
    Jamaah Islah Malaysia (JIM) http://www.jim.org.my
    KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my
    Pertubuhan Mawaddah Malaysia http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com
    Palestine Centre for Excellence (PACE) http://www.pacemalaysia.net
    Majlis Perundingan Pertubuhan-pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
    Viva Palestina Malaysia http://www.facebook.com/pages/Viva-Palestina-Malaysia/193531139517
    Persatuan Aqsa Syarif
    & Gabungan NGO-NGO di Malaysia


    TENTATIF
    7.30PM: Solat Maghrib Berjemaah di Masjid Wilayah & Solat Hajat
    8.30PM: Solat Isya Berjemaah di Masjid Wilayah
    9.00PM: Konsert Nasyid
    11.45PM: Tamat


    JUALAN TIKET
    Hanya 2000 tiket sahaja disediakan. Dapatkan tiket SEGERA melalui wakil kami di mengikut lokasi berikut

    Shah Alam@Klang@UiTM Shah Alam
    Adam Kadir | 013 404 4787
    M.Zakiran | 019 939 0304

    Petaling Jaya@UM
    Anaqi Ahmad Salleh | 013 590 0750
    Nu’man | 013 434 0685

    Subang
    Mus’ab | 012 954 7861

    Kuala Lumpur@UTM KL
    Fauzan | 019 566 0576
    Abu Dzar | 013 356 8932

    Gombak@UiAM
    Syed Zulfaqar | 013 384 5475
    Muhammad Siddiqi | 013 296 8637

    Kajang@Bangi@Sepang@UKM@UPM
    Zamri | 013 779 5217
    Abu Ubaidah | 013 628 4940

    Negeri Sembilan
    Hudzaifah | 019 987 4594
    Hussein ’Azeemi | 019 610 6916

    Melaka
    Khalid Al-Walid | 019 734 1984
    Read more...
    0

    Baitul Muslim ; Satu Perkongsian

  • BroHamzah

  • Pembentukan Baitud Dakwah : Peringkat Kedua Dalam Merealisasi Rukun Amal
    Seminar Baitul Muslim Kebangsaan 2010
    Kolej Zaaba, UKM (20 Mac 2010)

    Oleh : Tuan Haji Rosdi Bin Baharom ( Abu Munzir)
    Catatan oleh : BroHamzah ( Yang turut hadir dalam Seminar Baitul Muslim)


    Marilah kita memanjatkan kesyukuran ke atas kepada Allah SWT di atas nikmat kehidupan yang diberikan oleh Allah SWT. Pernah suatu masa dahulu ana merasai satu perasaan kebimbangan yang bersangatan untuk tidur di waktu malam. Bimbang sekiranya jika tidur itu, keesokannya ana tidak akan bangun lagi. Takut sekiranya, ana tidak akan bangun buat selama-lama daripada tidur yang sementara.


    Sebelum mulakan majlis ini, ana ingin melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana mempertemukan dengan generasi harapan Islam. Antumlah generasi yang akan mewarisi kegemilangan Islam. Mudahan majlis pada pagi ini akan merahmati kita semua dalam amal islami ini.


    Kenapa kita bincangkan tajuk ini secara serius?

    Pembentukan Baitul Muslim, adalah benteng untuk mendapat keredhaan Allah SWT.Istilah baitul muslim atau baitud dakwah itu tidak menjadi masalah. Mungkin juga kita boleh namakan juga baitud jihad. Ia merupakan kubu’ bagi menghadapi suasana pada masa kini. Ia merupakan peringkat kedua dalam rukun amal selepas pembentukan individu muslim. Ana mulakan penyampaian pada pagi ini dengan satu pesan sebagai MINDSETTING kita semua.


    Satu pesanan


    Kemampuan sesuatu umat atau bangsa hanya mampu memelihara kelangsungan bangsa bergantung kepada sejauh mana sesuatu bangsa itu mampu membangunkan satu generasi yang mampu melaksanakan tuntutan agama. Justeru, penyediaan generasi mendatang perlu dibangunkan dengan penuh kerapian dan kesungguhan. Pembinaan ini mestilah berdasarkan pembinaan aqidah yang mantap dan dinamik.


    Pertarungan yang kita tidak sanggup ditewaskan


    Musuh Islam memahami hakikat pentingnya pembentukan generasi mendatang dan musuh Islam juga memahami pembentukan ini berasakan aqidah salimah. Mereka tahu, kita memerlukan generasi pewaris dalam meneruskan perjuangan mempertahankan aqidah ini. Musuh Islam juga merancang dan membelanjakan apa juga untuk memisahkan generasi mendatang dari aqidah ini. Kita tidak boleh tewas dalam proses pembentukan generasi ini.


    Maka pertarungan yang hebat ini adalah antara kita yang bersungguh-sungguh menyediakan generasi baru, yang dibekali dengan sebanyak mungkin sifat-sifat yang kuat, dengan musuh yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melenyapkan aqidah ini dari generasi mendatang ini.


    Krisis pembentukan generasi pewaris


    Apabila berlakunya kecacatan dalam proses pembentukan generasi pewaris maka kesannya akan memberi sesuatu impak yang besar kepada generasi pewaris ummah Islam. Satu hakikat yang sukar ditolak dalam pertembungan kita dengan Jahiliyah ialah ia merupakan pertembungan sosial dalam kehidupan seharian. Inilah gelanggang bertembungan yang sangat dahsyat yang berlaku pada era ini. Gelanggang pertembungan antara Islam dan Jahiliyah.

    Wasilah Asasiyah


    Satu wasilah asasi untuk masuk ke gelanggang ini ialah dengan berbentengkan sebuah keluarga muslim dengan anggapan bahawa ia mewakili sebuah masyarakat yang sebenarnya. Bagi seorang dai’ , wasilah ini bertujuan melahirkan satu kelompok dakwah. Keluarga adalah tempat pengasuhan dan tiang seri yang mendokong masyarakat Islam. Tempat pemeliharaan anak-anak yang sedang tumbuh membesar, yang mampu mengembangkan fizikal, daya pertimbangan dan jiwa mereka.


    Namun, realitinya anak-anak kita dibesarkan oleh tangan-tangan orang lain. Maka seharusnya kita sedar, proses pembentukan keluarga muslim adalah tanggungjawab kita. Ana teringat satu kata-kata yang disampaikan oleh seorang pendakwah United Kingdom (UK), Hisham Al-Awadi.


    Kata Hisham Al-Awadi :


    “ We get married to increase our iman. Please do not sin!!.”


    Kita berumah tangga untuk membina/ meningkatkan iman. Jadi, tolonglah jangan lakukan DOSA. Dosa ini adalah satu bebanan dan akan mencacatkan pembinaan rumah tangga yang kita bina.Oleh itu,jangan bina rumah tangga atas dosa. Syaitan akan bertungkus lumus untuk gagalkan kita dan galakan kita berbuat dosa dalam membina baitul dakwah.


    Rukun AMAL menurut Al-Banna


    “ Yang dikatakan dengan AMAL adalah buah ILMU, PEMAHAMAN dan IKHLAS.” Sedangkan urutan amal yang dituntut dari seorang anggota jamaah yang munazim serta memiliki jiddiyah adalah :

    Pertama, pentingnya pembentukan individu yang kuat.
    Kedua, ialah pembentukan keluarga muslim yang terancang. Dan pada hari ini, fokus kita ialah pembentukan dan pembinaan baitul muslim.

    Tegakan Baitud Dakwah


    Kewajipan kita adalah perbaiki diri sendiri dan menyeru orang lain ke jalan Allah merupakan kewajipan asasi. Di samping dua kewajipan tersebut terdapat kewajipan lain yang tidak kurang pentingnya iaitu MENEGAKKAN BAITUN DAKWAH.

    Kita sangat memerlukan Baitud Dakwah teladan sebagai tiang yang kuat dalam pembangunan masyarakat Islam. Ia adalah tapak subur bagi tunas-tunas baru. Ia bertanggungjawab mencetek generasi anak yang akan menjadi pewaris masa depan untuk survival ummah Islam.


    Pemilihan calon pasangan


    Maka, untuk membangunkan yang dilandasi TAQWA, seorang muslim wajib memilih pasangan yang baik keislamannya, dan memahami tugas risalah hidupnya. Kita perlu fahami bahawa suami, Isteri dan anak-anak sebagai sumber pahala.


    Memilih pasangan yang akan menjadi SAHABAT DAKWAH yang baik, yang selalu mengingatkannya bila lupa, memberi dorongan berdakwah dan menghalanginya. Perjalanan ini jauh, selalu ditusuk duri, tergelincir dalam lumpuh, dan banyak ranjaunya. Maka, kita benar-benar berhajatkan kepada pasangan yang soleh, solehah dan musleh. Mustafa Masyhur ada berpesan :


    “ Seorang puteri Muslim sejati tidak patut menerima seorang pemuda yang akan menjadi pasangan hidupnya kecuali ia adalah seorang muslim sejati yang mendukung dakwah islamiyah.”


    Individu yang ingin kita pilih adalah individu yang mana ruh dakwah menyala dalam hatinya. Jiwa nya besar dengan cita-cita dakwah.Dan calon impian kita adalah calon yang Allah SWT melihatnya dengan penuh rahmat.


    Rumah tangga yang ingin dibangunkan itu sepatutnya menjadi pusat pancaran cahaya. Pusat dakwah islamiyah. Pada dirinya adalah TARBIYAH. Ciri-ciri keimanan yang Allah kehendaki dan sentiasa berhubungan dengan Allah SWT. Niat utama baitul muslim ialah meningkatkan iman kepada Allah SWT. Ia akan menjadi teman dakwah dan jihad.

    Berusahalah membangunkan baitu dakwah agar terwujud rumah tangga itu sebagai projector yang memancarkan cahaya dan petunjuk kepada orang-orang yang bingung dan sesat di sekitarnya. Inilah adalah salah satu jalan dan dasar yang penting dalam tarbiyah Islamiyah.

    Penutup


    Ayuh wahai pemuda pemudi yang menjadi harapan ummah. Di tangan antum, tersimpannya suatu harapan dan cita-cita kami generasi lama. Ayuh kita teruskan fasa pembinaan amal ini ke peringkat amal seterusnya iaitu rukun pembentukan baitul muslim dengan dorongan keimanan dan berpaksikan aqidah Islamiyah.
    Read more...

    Sunday, March 14, 2010

    1

    Musibah Melanda Sahabat HALUANSiswa

  • Sunday, March 14, 2010
  • BroHamzah
  • Suhaib Shafiee (berbaju putih) dan bersama sahabatnya Saiful Rahman

    14 Mac 2010,sekitar jam 9.30 pagi kami HALUANSiswa Kelantan menerima satu berita yang mengejutkan. Salah seorang ahli HALUANSiswa Kelantan Saudara Suhaib Shafiee telah mengalami kemalangan di sebuah negeri di Utara iaitu Perlis. Ketika itu beliau sedang berada dalam sebuah Kem Remaja peringkat Kebangsaan anjuran HALUAN Malaysia denga kerjasama Kelab Rakan HALUAN dan HALUANSiswa.


    Menurut berita yang diperolehi, kini beliau dalam keadaan koma dan mengalami kecederaan di sebelah mata kiri beliau. Akibat daripada kemalangan tersebut, mata kiri beliau dikatakan pecah dan tidak berfungsi. Kami menyeru kepada semua ahli HALUANSiswa dan sesiapa sahaja yang mengenali beliau untuk mendoakan kesejahteraan ke atas beliau. Semoga Allah SWT tabahkan hati beliau, ibu bapa dan juga ahli keluarga beliau.



    Keadaan kereta yang dinaiki oleh beliau


    Kereta yang rosak teruk

    Untuk perincian bolehlah layari blog ini. Sekian.
    Read more...
    0

    Hidup sebagai binatang ternakan

  • BroHamzah

  • Realiti kita yang menyedihkan – Hidup sebagai binatang ternakan


    Situasi di mana muslim hidup kini adalah situasi yang mengikis iman dan menumpulkan keiltizaman kita kepada Allah SWT, janji-janji Allah dan ancaman Allah. Seolah-olah Allah sangat jauh dari kita hingga kewujudan Allah tidak dirasai lagi malah tidak diperlukan lagi.

    MasyaAllah, alangkah jauhnya kita dari hakikat keimanan yang sebenarnya.


    Sistem hidup ini hanya menyediakan kita untuk hidup sebagai ‘binatang ternak’ yang hanya hidup untuk makan, minum dan berkelamin.


    Lihat sahajalah iklan-iklan yang dipaparkan dalam muka televisyen kita atau majalah-majalah hiburan. Semuanya mengajak kita menikmati pelbagai makanan, pelbagai minuman dan mengajak kita untuk mencari pasangan dan melalui pelbagai tahap zina: zina mata, zina telinga, zina hati, zina anggota kita, sehingga ‘menyempurnakan’ tahapan zina.


    Alangkah mulianya manusia apabila dia diciptakan untuk berubudiyyah hanyasanya kepada Allah dan untuk mengimarah bumi sebagai khalifah tetapi dialah yang telah ‘menjatuhkan’ diri ke tahap yang serendah-rendahnya. Kita ‘berkubang’ yang sangat rendah dan hina, iaitu di dalam kehidupan makan, minum dan berkelamin sahaja.


    Sistem pendidikan yang dilalui kini menyediakan kita untuk menjadi manusia yang hanya mampu hidup di tahap ini. Walaupun sebahagian dari kita dikurniakan oleh Allah SWT hajat yang lebih tinggi untuk menapaki tahap kehidupan yang lebih tinggi, tetapi peratusannya masih sangat kecil.


    Bagi kita yang dikurniakan sedikit kesedaran dan kefahaman Islam yang membolehkan kita mampu melakukan sedikit amal Islami, tetapi oleh kerana sistem yang sedang berjalan hanya menyediakan kita untuk hidup di tahap ‘nafs kelembuan atau nafs binatang ternak’ maka diri kita terperangkap antara memburu kenikmatan ‘kelembuan’ atau hidup mulia mengejar syurga Allah.


    Justeru, marilah kita memuhasabah diri di tahap mana kita berada pada ketika ini dan marilah kita mengadap Allah SWT dengan hati yang sedih dan mengadu kepada-Nya agar ditingkatkan ‘himmah’ kita keluar dari nafs kelembuan ini dan meningkat ke tahap benar-benar menjadi hamba-Nya yang sedar, faham dan taat kepada segala ditaklifkan ke atas diri kita.

    Oleh : Tuan Haji Rosdi Bin Baharom


    IPT HALUAN Kelantan
    Layari Blog beliau di sini
    Read more...

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com