H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti
Monday, February 21, 2011
1
Siapa Usamah b Zaid kontemporari?
assalamua'laikum..segala puji dan puja hanya untuk Allah.. sesungguhnya nikmat apa yang kita peroleh dan diperoleh seseorang diantara makhlukMU adalah dariMU, yang Esa dan tidak bersekutu, maka bagiMU segala puji dan syukur..
pada post ini, hajat saya untuk kongsikan satu kisah sirah yang selalu dijadikan pedoman,dan pengajaran dan moga kita dapat mengimplementasikan sirah dalam kehidupan seharian kita..InsyaAllah..
USAMAH B ZAID, ayahnya ialah Zaid b Harithah, iaitu anak angkat Rasulullah SAW.Beliau sebaya dengan cucu Rasulullah SAW iaitu Hassan.Bezanya beliau dengan Hassan ialah Hassan berkulit putih sedangkan Usamah berkulit hitam dan hidung beliau tidak mancung seperti ibunya yang berketurunan Habsyi. Walaubagaimanapun Rasulullah tidak membezakan kedua-duanya.Rasulullah selalu meriba mereka,jika seorang berada di atas paha kanan, seorang lagi akan berada di paha kiri Rasulullah SAW. Semasa remaja, Usamah menampakkan akhlak yang baik, cergas, jujur dan benci pada hal-hal yang keji.
Semasa peperangan Uhud, Usamah dan beberapa sahabat yang muda ingin ikut berjihad bersama Rasulullah tetapi tidak dibenarkan oleh Rasulullah. Dalam keadaan yang teresak-esak mereka pulang ke rumah. Semasa peperangan Khandak pula, Usamah dan beberapa temannya datang menemui Rasulullah dengan berjalan secara tubuh ditegapkan agar Rasulullah mengizinkan mereka ikut berperang. Dengan perasaan yang hiba melihat telatah mereka, Rasulullah pun membenarkan.Ketika itu umurnya hanya 15tahun.
Dalam peperangan Hunain, Usamah ialah antara sahabat utama yang bersama Rasulullah yang bermati-matian bertahan untuk kemenangan pihak Islam. Pada peperangan Mut'ah, Usamah bergempur di bawah panji-panji ayahnya. Ketika itu beliau berusia belum genap 18 tahun.Dalam peperangan ini beliau melihat bapanya gugur syahid di depan matanya. Namun kejadian ini tidak melemahkannya walau sedikit pun. Beliau terus bertempur di bawah panglima Jaafar b Abi Talib pula. Apabila Jaafar gugur syahid, beliau terus lagi bertempur di bawah pimpinan Abdullah Ibni Rawahah. Abdullah Ibni Rawahah akhirnya syahid juga dan Usamah terus bertempur dengan berani di bawah pimpinan Khalid Ibni Walid hingga tentera Islam beroleh kejayaan menentang tentera Roman. Pada ketika usianya belum mencecah 20tahun, Usamah telah diberi kepercayaan oleh Rasulullah untuk memimpin pasukan muslimin pula.Pasukan pimpinannya telah barjaya memasuki Balqa' dan benteng Darum di Palestin.Kejayaan ini meruntuhkan kehebatan dan kewibawaan tentera Roman. Penaklukan tersebut melicinkan jalan untuk menguasai daerah-daerah Syam, Mesir, dan Afrika Utara yang masih dalam kegelapan.
MasyaAllah.. pada saya.. di sini Rasulullah SAW memberi contoh bahawa dalam masyarakat Islam, usia tidak menjadi kayu ukur atau 'benchmark' dalam memilih pemimpin.Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan boleh dipilih.
Justeru itu, marilah kita mencontohi Usamah b Zaid dengan melengkapkan diri dan meningkatkan kualiti diri masing-masing dalam usia yang masih muda ini. Moga kita dipelihara dari melakukan benda-benda yang tidak berfaedah serta berhibur hingga melalaikan. Sepertimana hadis Hasan diriwayatkan oleh Tirmizi dan lainnya:
"Dari Abu Hurairah r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah SAW, Daripada keelokan Islam seseorang ialah meninggalkan perkara yang tidak berguna kepadanya"
moga bermanfaat..
wallahua'lam..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Mars HALUAN
Create a playlist at MixPod.com
1 Responses to “Siapa Usamah b Zaid kontemporari?”
December 5, 2013 at 12:29 PM
Tuanx dan Puanx HALUAN sekalian ,
"SEMBAH SALAM" SB :)
KHABARnya , "Karnival Mahabbah IKIM . fm @ Masjid Usamah 2013" akan diadakan pada 31 Disember 2013 (Selasa) hingga 1 Januari 2014 (Rabu) di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Lalu, saya pun mencarilah akan MAKLUMAT , "siapa usamah?".
Dek PANDU ARAH olehLebai G00gle, maka sampailah saya ke sini .
Satu PEMBENTANGAN RiNGKAS Yang Amat Bermanfaat. Sebagai TANDA Terima Kasih, SAYA titipkan PANTUN INI buat sekalian KETUMBUKAN HALUAN:
Jangan cari PAKU,
PAKU ada DALAM Tiang;
Jangan Cari AKU,
AKU ada DALAM Terang .
:)
Terima Kasih sekali lagi. .
:)
:)
* SB = Majalah SENI BELADiRi . . :) ...
** FB : Mahadher Cucu Tok AWang . :)
. ~iIi~ .
.
Post a Comment