H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Friday, February 18, 2011

1

HALUANSiswa KELANTAN SEMAKIN PRO-AKTIF

  • Friday, February 18, 2011
  • rakaiz
  • Share

  • KOTA BHARU,18 Feb – Kelab Siswa Haluan semakin hari makin bergerak kehadapan dalam melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat. Oleh itu, Kelab Siswa Haluan Kelantan telah merapatkan lagi barisan-barisan penggerak dengan menyusun beberapa strategi dalam rangka menyediakan wadah untuk bergerak bersama para mahasiswa di sini.

    Disini, wakil-wakil mahasiswa dari beberapa universiti dan kolej seluruh Kelantan telah berkumpul bagi mengemaskini gerak kerja supaya lebih tersusun pada masa akan datang. Suatu gelombang baru akan bergerak secara lebih konsisten dalam usaha memberi sinar kebaikan khususnya terhadap seluruh mahasiswa di Kelantan ini.

    Ustaz ‘Ali Irfan Jamaluddin telah diangkat sebagai penasihat Kelab Siswa Haluan Kelantan, manakala pengerusinya yang baru ialah saudara Syed Hasan Al-Haddad. Saudara Ahmad Faris Zakaria pula dilantik sebagai Naib Pengerusi 1 yang baru manakala Naib Pengerusi 2 pula adalah saudari Amirah Hasanah Bt Rusli.

    Dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang, barisan-barisan ini akan mengukuhkan pergerakan Kelab Siswa Haluan Kelantan ini dalam usaha mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.

    Menurut pengerusi Kelab Siswa Haluan Kelantan, Syed Hassan Al-Haddad, sesuatu kerja kebajikan itu perlu dirangka dengan tersusun dalam usaha menangani cabaran-cabaran globalisasi pada hari ini kerana kejahatan yang tersusun itu akan dapat mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun. Oleh itu, kami telah mengemaskan strategi-strategi dalam usaha memupuk kefahaman yang sebenar, khususnya terhadap mahasiswa di sini.

    Harapannya, Kelab Siswa Haluan Kelantan semakin pro-aktif dan menjadi wadah utama dalam gerak kerja mahasiswa di sini untuk memenuhi tuntutan kebajikan terhadap masyarakat. Program-program yang telah dilaksanakan akan ditingkat lagi mutunya dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.

    Disediakan Oleh:

    Salman Bin Azmin

    setiausaha 2 Kelab Siswa Haluan Kelantan.

    1 Responses to “HALUANSiswa KELANTAN SEMAKIN PRO-AKTIF”

    Anonymous said...
    February 18, 2011 at 4:47 PM

    akhi Hassan dh jadi presiden HS Kelantan pula..
    alhamdulillah...
    tpi harap masih mampu membantu kami di wailayah tengah yer....hehe


    Post a Comment

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com