H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti
Wednesday, July 13, 2011
10 Tips Persiapan Bertemu Ramadhan

Saturday, May 14, 2011
Reaksi 2011 : Pendaftaran Dibuka

Tuesday, April 12, 2011
Tuesday, March 8, 2011

Wednesday, March 2, 2011
"Biarkanlah ayah kalian!!"

Monday, February 21, 2011
Siapa Usamah b Zaid kontemporari?
Friday, February 18, 2011
HALUANSiswa KELANTAN SEMAKIN PRO-AKTIF

KOTA BHARU,18 Feb – Kelab Siswa Haluan semakin hari makin bergerak kehadapan dalam melaksanakan tugas mendidik dan berbakti kepada masyarakat. Oleh itu, Kelab Siswa Haluan Kelantan telah merapatkan lagi barisan-barisan penggerak dengan menyusun beberapa strategi dalam rangka menyediakan wadah untuk bergerak bersama para mahasiswa di sini.
Disini, wakil-wakil mahasiswa dari beberapa universiti dan kolej seluruh Kelantan telah berkumpul bagi mengemaskini gerak kerja supaya lebih tersusun pada masa akan datang. Suatu gelombang baru akan bergerak secara lebih konsisten dalam usaha memberi sinar kebaikan khususnya terhadap seluruh mahasiswa di Kelantan ini.
Ustaz ‘Ali Irfan Jamaluddin telah diangkat sebagai penasihat Kelab Siswa Haluan Kelantan, manakala pengerusinya yang baru ialah saudara Syed Hasan Al-Haddad. Saudara Ahmad Faris Zakaria pula dilantik sebagai Naib Pengerusi 1 yang baru manakala Naib Pengerusi 2 pula adalah saudari Amirah Hasanah Bt Rusli.
Dalam menghadapi cabaran-cabaran mendatang, barisan-barisan ini akan mengukuhkan pergerakan Kelab Siswa Haluan Kelantan ini dalam usaha mencapai objektif dan sasaran yang telah ditetapkan.
Menurut pengerusi Kelab Siswa Haluan Kelantan, Syed Hassan Al-Haddad, sesuatu kerja kebajikan itu perlu dirangka dengan tersusun dalam usaha menangani cabaran-cabaran globalisasi pada hari ini kerana kejahatan yang tersusun itu akan dapat mengalahkan kebaikan yang tidak tersusun. Oleh itu, kami telah mengemaskan strategi-strategi dalam usaha memupuk kefahaman yang sebenar, khususnya terhadap mahasiswa di sini.
Harapannya, Kelab Siswa Haluan Kelantan semakin pro-aktif dan menjadi wadah utama dalam gerak kerja mahasiswa di sini untuk memenuhi tuntutan kebajikan terhadap masyarakat. Program-program yang telah dilaksanakan akan ditingkat lagi mutunya dan penambahbaikan akan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa.
Disediakan Oleh:
Salman Bin Azmin
setiausaha 2 Kelab Siswa Haluan Kelantan.
Tuesday, February 1, 2011
Bersih dan Jernihkan Hati!

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh
Salam penuh penghormatan dan kemuliaan untuk kalian sidang pembaca yang budiman lagi dikasihi. Semoga Allah SWT merahmati perjalanan kehidupan kita semua.
Berpagian dengan keimanan
Syukur Alhamdulillah, ketika bangun dari tidur pagi ini saya benar-benar bertenaga dan begitu bersemangat. Bangun dengan hati yang senang, tenang dan girang. MasyaAllah. Seolah-olah ada suatu aura yang mengalir dalam jiwa dan hati saya. Begitu bermotivasi!
Saya sentiasa teringat nasihat seorang ulama :
“ Seorang mukmin yang bangun ketika azan Subuh berkumandang, ia adalah mukmin yang lalai dan lemah. Mukmin ia harus bangun dan persiapkan diri sebelum azan Subuh.”
Apa maknanya?
Inilah standard kehidupan mukmin. Ia berpagi-pagian dengan membersihkan diri dan hati dihadapan Allah SWT. MasyaAllah, apabila saya meneliti semula Sirah Rasulullah SAW – sememangnya- baginda Rasulullah SAW adalah seorang hamba Allah SWT yang sentiasa bangun awal di subuh hari dan memperuntukan waktu itu untuk bermunajat, berdoa dan menyendiri dengan Allah SWT.
Inilah muqadimmah kepada awal himmah. Untuk sentiasa bersemangat dengan keimanan, jiwa yang bernyala-nyala dengan tekad serta keazamanan yang tinggi – kita harus mulakannya dengan HATI yang sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Himmah, ia bertapak dihati
Seorang adik peserta kursus kendalian saya bertanya tentang himmah.
“ Abang, saya ini tidak punyai keyakinan dan tiada semangat untuk meneruskan kehidupan ini,” Soalnya lemah.
Saya menatap wajahnya. Kelihatan kelesuan, hilang daya diri dan benar-benar rendah keyakinan dirinya. Namun, terdapat sinar pengharapan yang menggunung di riak wajahnya itu. Saya memandangnya dengan penuh minat. Sambil tersenyum.
“ Adik, untuk memulakan kehidupan yang bersemangat dan penuh keyakinan – adik perlu tahu kata kuncinya,” Jawab saya mudah.
“ Apa dia, abang?,” Tanya dengan wajah yang berminat. Alhamdulillah.
“ Bersih dan jernihkan hati!,” Kata saya sambil menyentuh dada saya.
Kelihatan dahinya berkerut. Apa kaitannya?
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, himmah adalah pekerjaan hati. Bermula di sinilah, kita akan mengerakan segala kemahuan, keinginan, kehendak dan cita-cita diri untuk melakukan sesuatu. HATI adalah kekuatan kehidupan. Tanpa hati, kita semua adalah MATI!
Kita tanyakan sanubari dan hati kita masing-masing? Bagaimanakah keadaan hati kita semua? Bayangkan diminda kita keadaan hati kita ini.
Sesi refleksi di Kursus JDK Zon Timur
Ingin saya berkongsi dengan anda, suatu sesi refleksi yang saya lakukan semasa mengendalikan sebuah kursus di ILIM, Besut. Refleksi ini adalah mengenai hati.
Malam itu, ia adalah malam yang tenang dan damai. Namun, hati saya sedikit terganggu dan tidak tenang. Entah mengapa ia berlaku sebegitu. Sebelum memulakan sesi ini, saya solat sunat 2 rakaat memohon bantuan dan pertolongan Allah SWT agar jiwa saya tenang dan tenteram.
Alhamdulillah, saya dapat rasakan hembusan ketenangan daripada Allah SWT. Terasa kekuatan untuk mengendalikan kursus ini. Malam itu, saya berdiri dihadapan para peserta. Saya memandang tepat ke wajah dan mata-mata mereka. Saya melihat jauh di sudut pandangan mereka dengan pandangan keimanan dan kasih sayang.
“ Adik-adik, pada malam ini marilah kita sama-sama melihat salah satu nikmat dan anugerah pemberian Allah SWT kepada kita.” Saya mulakan sesi pada malam itu.
“ Marilah kita bayangkan keadaan hati kita. Hati yang asalnya bersih dan fitrah dengan putih ini harus disemak dan dinilai,”
“ Kata Maimum bin mahran – seorang ulama yang soleh- jika kita melakukan suatu dosa maka akan terbentuk satu bintik hitam di hati kita. Jika kita bertaubat, maka akan terhapuslah bintik hitam itu. Namun, jika sebaliknya maka hati kita akan bertambah bintik-bintik hitamnya sehinggalah hati itu benar-benar menghitam. Dan sehingga ia menjadi kaku, keras dan terus mati.”
Ketika itu, saya melihat dan membayangkan diri saya. Hati saya. Membayangkan dosa saya. Maksiat saya terhadap Allah SWT. Saya tersekat tanpa bicara.
Saat itu, saya melihat mata adik-adik berkaca-kaca. Ada yang tertunduk hiba melihat hati mereka. Suasana sepi tanpa bicara.
MasyaAllah, begitu lembut dan tulusnya hati mereka. – Malam itu, kami hiba mengenangkan hati sendiri. Hati yang akan menjadi modal utama untuk dipersembahkan dihadapan Allah SWT. Hati yang akan berbicara dihadapan Allah SWT tentang soal amal dan niat yang terjadi disepanjang sejarah kehidupan di dunia.
Malam melihat diri dan sanubari
“ Marilah kita tanya diri dengan jujur, ikhlas dan penuh ketulusan. Ia adalah hati yang kita miliki sementara untuk dijadikan peneman kehidupan. Bayangkan hati inilah yang kita bawa pulang dihadapan Allah SWT kelak. Apakah kita sanggup untuk menghadapinya?,”
Hati – inilah rahsia kekuatan dan kelemahan manusia. Kerana hati, manusia mampu melakukan perkara-perkara serta pekerjaan yang luar biasa tanpa batas. Dan kerana hati jua, manusia jatuh ke lembah kehinaan dan kenestapaan.
Perkongsian saya dalam post kali ini, agar kita memahami akar kepada kebangkitan semangat dan ruh himmah dalam diri kita. Ia harus kembali kepada basic dan asas. Ia adalah soal hati. Hati adalah tempat bertapaknya keimanan yang menjadi tunjang kepada ruh himmah.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“ Pada hari akhirat kelak, anak-anak tidak dapat memberikan apa-apa pertolongan, kecuali mereka yang datang dengan hati yang suci bersih.” [1]
Penutup – Komentar seorang hamba
1)- Teringat pesanan seorang Murabbi saya : “ Antara amalan yang paling baik untuk membersihkan diri ialah bangun awal dipagi hari melakukan solat sunat Tahajud di saat insan lain diulit mimpi indah.”
2)- Hati yang kita hajati ialah hati yang putih, bersih, jernih, sensitif, lembut dan peka. Bermula dari hati sebeginilah, akan terbangunnya keimanan yang akan memacu kebangkitan ruh himmah.
3)- Motivasi tarbawi seorang mukmin ialah Al-Quran, Zikrullah, Solat-solat sunnat dan amalan-amalan sunnah Rasulullah SAW. Jadi, usah tunggu lagi – ayuh kita bangkitkan rasa untuk memperhambakan diri hanyasanya kepada Allah SWT.
[1] Surah as-Syu’ara 26 : 88-89
Oleh: Ustaz Ali Irfan Jamaluddin (Pengerusi HALUANSiswa Kelantan)
Thursday, December 16, 2010
Muhasabah Diri
Assalamualaikum,Pertama sekali saya ingin mengajak hati saya dan hati anda untuk sama-sama kita beristighfar kepada Rabb Yang Maha Mulia..Maha Pemurah kerana masih lagi memberikan kita peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah ini...masih lagi mengurniakan kita kehidupan yang bahagia di samping keluarga,bergembira di samping sahabat handai.
Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW kerana dgn titisan darah dan peluh bagindalah kita dapat hidup dalam keimanan kepada Allah SWT.Tanpa pengorbanan baginda kita tidak akan mengecapi 2 nikmat yang terbesar sekali iaitu nikmat iman dan nikmat Islam.
Saya sering memujuk hati saya untuk selalu berfikir...bahawa selagi kita bernafas pada keesokan harinya..itu tandanya kita masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk bertaubat kepadaNya.Tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.Apabila kita bangun sahaja,terus kita ingatkan bahawa kita punya masa lagi untuk berseronok...masih ada peluang lagi untuk kita terus melakukan dosa kepada Pencipta kita.Setiap hari kita bangun kita masih lagi lalai untuk menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T..Semakin lama kita diberi peluang semakin lama kita mencambahkan benih-benih dosa kita sendiri.
Ya!inilah realitinya kita...apabila kita berhadapan dengan sahabat, adik-adik atau "junior" kita..apabila sahabat kita memberi kemaafan kepada sahabat yang lain kita menempelak dia..kita katakan "alaahh engkau nie...makin bertambahlah lemak budak tu...dia buat banyak salah kat engkau tapi engkau senang je nak maafkan dia"..atau pun mungkin kata-kata ini lahir dalam hati kita jika emak kita maafkan adik kita yang buat kesalahan.."alah ummi nie selalu jer bagi peluang kat adik..kalau macam nie tak berubahlah dia".Namun sedarkah kita bahawa kita juga mengalami situasi yang sama ketika berhadapan dengan dosa-dosa kita???walaupun dosa-dosa kita makin bertambah dari hari ke hari..tetapi Allah tetap memberikan kita peluang untuk bertaubat kepadaNya.Kita masih lagi di samping keluarga kita..masih lagi di samping ibu bapa kita yang sentisa mengambil tahu pasal kewangan kita,sahabat-sahabat yang masih lagi ber'sms" dengan kita..bertanyakan khabar,bertanyakan result kita..dan saya yakin sehingga hari ini kita masih lagi boleh tersenyum.
Mari kita fikir sejenak......
Tidakkah kita fikir bahawa apabila sahaja kita bangun kita tidak boleh membuka mata..dunia terasa seakan-akan tidak mahu lagi bertemu kita...sinar cahaya seakan-akan merajuk dengan kita yang tidak pernah mensyukuri manfaat yang diberikan olehnya.Ibu-bapa hanya mampu menangis kesedihan apabila menyedari keadaan kita..ahli keluarga tergamam kerana baru semalam sahaja kita bergurau bersama mereka.Sahabat-sahabat datang menziarahi kita..hanya mampu memegang tangan mengucup dahi dan pergi meninggalkan kita.Mereka hanya mampu menangis dan terus menangis.Tetapi adakah pada masa itu kita akan menjerit,menangis,melolong dan berbuat apa sahaja untuk menarik perhatian orang sekeliling kita untuk kembali mendapat kita.Kita mahu terus hidup bersama mereka...mahu meminta maaf kepada ibu bapa kerana sepanjang kita hidup tidak pernah kita memahami ibu bapa kita.Pada masa itu,menangislah air mata darah sekalipun kita tidak akan mengubah keadaan,menjeritlah sekuat hati kita pun ianya terus akan berjalan dan berjalan.
Wahai saudaraku,
Kita hanya ingin meminta kepada Allah untuk hidupkan kita kembali untuk kita sambahyang sunat 2 rakaat sahaja....hanya 2 rakaat tidak lebih.Tetapi Itu tidak mungkin terjadi kerana kita sudah tidak bernyawa lagi!!kita sudah tidak mampu lagi untuk mengangkat tangan kita yang selama ini kita berbangga dengannya.Kita tidak mampu lagi untuk menyikat rambut kita yang selama ini kita berbangga dengan ketampanan dan kecantikan kita.Kita tidak mampu lagi untuk mengangkat kaki kita yang selama ini kita berbangga dengan otot pejal kita bahkan kita tidak mampu lagi untuk bergerak bebas tubuh badan kita kerana kita sudah kaku.Pada saat itu hanya pada amalanlah kita bergantung sama ada kita bakal mendapat teman yang bercahaya mulia atau gelap hina di dalam kubur nanti.
Wahai saudaraku,
Selalu beringatlah dengan kata-kata ini "jika kita menangis banyak di dunia ini,kita akan tersenyum bahagia di akhirat sana,tetapi jika kita ketawa banyak di dunia ini maka kita akan menangis dengan penuh penyesalan di akhirat kelak"...insyaAllah saya menulis ini bukanlah bermakna saya yang sempurna..tetapi saya menulis ini adalah pertamanya untuk mengingatkan diri saya sekali.Kita dilahirkan tanpa seurat benang semua..tidak pernah ada bayi yang lahirnya dia terus lengkap berpakaian.Jadi kita semua serupa...tidak berhak untuk menentukan keimanan siapa yang lebih tinggi.Allah SWT sahaja yang layak untuk menilai kita.Harapan saya semoga kita semua beroleh manfaat dari kalam ini.
InsyaAllah,sekian wassalam..
Oleh: Salman Al Farisi (HALUANSiswa Kelantan)
Asas Hijrah Mentauhidkan Allah Secara Total

1431H melabuhkan tirai, 1432H mendepani kehidupan kita. Pelbagai ragam dan pengalaman kehidupan telah kita rakamkan. Semoga 1431H yang kita lalui memberikan kebaikan kepada kehidupan kita, dan alangkah malang kiranya ianya berlalu dengan kerugian. Firman Allah SWT.:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya sentiasa bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), Dan sesungguhnya rugilah orang yang menjadikan dirinya (yang sedia bersih) dengan kekotoran (dosa dan maksiat).” (As-Syam:8-9)
Memperingati Hijrah Rasul pasti tidak lengkap tanpa kita menelusuri pengorbanan Rasulullah SAW dan para sahabat RA dalam meneruskan misi rahmatan lil ‘alamin saat mereka melewati marhalah awal dakwah. Saban tahun tatkala kita melewati tahun hijrah, serah dan kisah mereka akan kita ulang dan hidangkan buat umat Islam hari ini. Apakah hidangan yang indah dan mulia ini mampu membangkitkan selera iman kita atau hati kita masih hambar dan tidak berselera untuk menjadikan ibrah hijrah mereka sebabagi momentum perubahan dalam kehidupan kita?
Asas Hijrah Mentauhidkan Allah
Hijrah Rasulullah SAW sarat dengan pelajaran buat kita semua. Allah SWT mengutuskan Rasulullah SAW adalah untuk menyerukan tauhid untuk menghidupkan kembali agama nabi Ibrahim AS. Baginda diperintahkan menyerukan seluruh umat manusia agar membebaskan diri dari segala bentuk penyembahan terhadap selain Allah SWT baik berupa manusia, benda, makhluk, ideologi mahupun berhala. Justeru mereka tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatu apa pun. Mereka tidak bertuhankan satu sama lain kecuali Allah SWT. inilah dakwah Rasulullah SAW dan inilah juga dakwah kita saat ini. Hijrah kita seharusnya semakin menepati kepada tugas asasi kita iaitu mendakwahi diri kita, ahli keluarga kita dan seluruh manusia kepada Allah SWT.
Hijrah Rasulullah SAW sebelumnya bermula dengan siksaan dan penderitaan. Rasulullah SAW dan para sahabat RA yang bersama dengan baginda pada saat sebelum hijrah disiksa dan ditindas selama 13 tahun. Namun selama itu juga Rasulullah SAW tetap tidak menghentikan dakwahnya. Baginda masih terus berdakwah, baik secara sembunyi-sembunyi mahupun terang-terangan, baik ketika siang mahupun malam, terhadap penduduk Mekah dan kabilah-kabilah yang datang ke sana di musim haji.
Persoalannya sudahkah kita memulai dakwah? Apakah kita termasuk dalam sunnah terbesar yang Rasulullah SAW tunjukan kepada kita, menjadi aktivis dakwah! Inilah kerja payah yang telah Rasulullah SAW jalankan saat sebelum hijrah, saat daulah Islam tidak berbina lagi. Hijrah kita akan lebih bermakna tatkala kita mendaftarkan diri sebagai aktivis dakwah, kerana inilah sebenarnya tugas asasi kita.
Mencontohi Golongan Ansar
Kejayaan hijrah Rasulullah SAW sebenarnya bermula sebelum baginda memulakan hijrahnya lagi. Saat baginda berhadapan dengan kesukaran dan tekanan, akhirnya Allah swt membuka jalan kemenangan buat Rasulullah SAW. Tahun demi tahun berlalu dan musim berganti, dakwah Rasulullah SAW semakin mengukuh di bumi. Allah SWT telah menyiapkan sekelompok pendukung baginda dari Yathrib yang kemudiannya dikenali dengan Madinah. Allah SWT telah melapangkan hati mereka untuk menerima Islam. Kelompok kecil ini kemudiannya menjadi barisan hadapan kaum muslimin di Yathrib. Mereka pulang mebawa cahaya baru, berita gembira dan peringatan. Mereka melebarkan sayap dakwah yang suci ini. Akhirnya pada musin haji yang berikutnya jumlah mereka yang datang ke Mekah semakin bertambah, iaitu 73 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka berjanji setia kepada Rasulullah SAW untuk melindungi Rasulullah SAW sebagaimana mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka bertanya:
“Wahai Rasulullah, apa yang kami dapat apabila membaiatmu?”
Baginda menjawab: “Syurga”.
Mereka berkata: “Kami terima. Kami tidak akan menimbang-nimbang lagi. Kami sepakat.” Merekapun berbaiat untuk melindungi Allah dan Rasulnya.
Subhanallah, generasi Ansar dari Yathrib mengajar kita untuk bersama-sama mempertahankan dakwah Rasulullah SAW. Orentasi mereka adalah janji Allah dan janji Rasul iaitu meraih syurga yang hakiki. Mereka tidak berlengah dan tidak memberi asalasan untuk bersama menyertai perjuangan Rasulullah SAW.
Bagaimana dengan kita? Sudah berapa kali kita meraikan Ma’al Hijrah dan apakah komitmen kita terhadap dakwah dan Islam ini semakin kukuh atau sebaliknya? Kita boleh meletakkan apa sahaja slogan hijrah kita saban tahun, tetapi akar umbinya hijrah kita mestilah bersandarkan tauhid kepada Allah, mewarisi tugas dakwah sebagai tugas asasi kita dan mendaftatkan diri sebagai generasi ansar dalam mempertahankan Allah dan Rasul.
Selamat Berhijrah!
Sudah Bersiap Untuk Kematian?
Satu hari Fudhail bin Iyaadh duduk bersama seorang lelaki tua dan Fudhail bertanya kepadanya:“Berapakah umur anda?"
Orang tua itu menjawab: “60 tahun.”
Fudhail berkata: “Tidakkah anda sedar bahawa anda telah mengembara selama 60 tahun menuju Allah SWT dan sudah hampir tiba ke penghujung perjalanan”
Lelaki tua itu termenung dan kelu. Kemudian dia berbisik kepada Fudhail: “Inna lillahi wa Inna Ilaihi Rojiun” (Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali).
Fudhail bertanya: “Adakah anda faham apa yang anda ucapkan. Anda berkata bahawa anda adalah hamba Allah dan anda akan kembali kepada-Nya. Barangsiapa yang memahami hakikat bahawa dia adalah hamba Allah dan dia akan kembali kepada-Nya, wajib sedar bahawa dia akan ditahan pada Hari Keadilan. Barangsiapa yang sedar bahawa dia akan ditahan dan disoal, dia wajib sedar bahawa dia akan diminta pertanggungjawabkan apa yang telah dia lakukan. Barangsiapa yang sedar bahawa dia diminta pertanggungjawabkan segala yang dilakukan semasa dia hidup, dia akan membuat persiapan mulai sekarang.”
Lelaki tua itu bertanya: “Apa yang patut saya lakukan?”
“Mudah saja”: Kata Fudhail, “Buatlah amal soleh dalam sisa-sisa usia yang masih ada. Allah SWT akan mengampuni anda. Jika tidak, anda akan dipertanggungjawabkan apa yang telah anda lakukan dan apa yang akan anda lakukan”
Anak-anak yang dikasihi. Dialog ringkas yang tarbawi ini memberikan kita pedoman mengenai satu hakikat bahawa kita diciptakan oleh Allah SWT untuk kematian. Sejak hari kelahiran kita lagi kita adalah dalam perjalanan untuk bertemu dengan Allah SWT melalui pintu kematian.
Marilah kita melalui permusafiran kita menuju Allah SWT dengan menyemak diri kita dan mulakan proses melakukan sebanyak mungkin amal soleh dan terus menerus bertaubat dan meninggalkan terus aktiviti-aktiviti dosa dan yang menyebabkan kemurkaaan Allah SWT.
Oleh: Hj Rosdi Baharom - Penasihat HALUANSiswa Kelantan
Sunday, December 12, 2010
Of Talking and Acting
One of the most influential words that once shook my heart up until now is a hadeeth by the Prophet saw; any one of you sees anything that is disapproved (of by Allah), let him
change it with his hand. If he is not able to do so, then let him
change it with his tongue. And if he is not able to do so, then let him
change it with his heart, though that is the weakest (kind of) faith."
powerful this hadeeth was, it made me tremble of fear. Fearful of my
undone duties. Fearful of my long neglected faith. I realized then, I
was simply satisfied of having the weakest kind of faith. I felt enough
by just loathing and leaving a disapproving stare.
hadeeth opened my eyes wide. Really wide. I've been idling for too
long, feeling enough of something that thin. Something which I am so
sure will take me nowhere. Yet I just let it be.
then I made the decision. I HAVE TO SPEAK UP. I have to carry this duty
with me. I have to see the efforts of enjoining ma'ruf and prohibiting
munkar as a profession.
had the opportunity to mix and mingle with all kinds of people, of
different gender, age group, job and status, even nationalities.
it is our unparallel words and acts that make people blinded of your
light, forgive us ya Allah. If it is our unparallel words and acts that
makes people sick of listening to your words, forgive us ya Allah!
we treated the people around us as brothers? Or do we just show our
loves on those close to us..those who share the same fikrah?
Allah, help me in fulfilling my words. I have spoken too much, yet
acted too little. Help me be prepared, O God, for I know every word I
say, is my accountability.
Retreat HALUANSiswa 2011 | Merencana Halatuju HALUANSiswa
BANGI, 5 Disember - HALUANSiswa Nasional telah menganjurkan Retreat HALUANSiswa 2011 yang berlangsung pada 5 hingga 7 Disember 2010 lepas di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini telah dihadiri oleh 50 peserta yang terdiri daripada kepimpinan HALUANSiswa dari seluruh wilayah semenanjung Malaysia. Objektif program ini adalah untuk menilai perjalanan aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun 2010, sekaligus merancang target dan halatuju HALUANSiswa bagi tahun 2011.
Retreat dimulakan dengan ucaptama daripada Prof. Madya Dr. Nik Mutasim Nik Ab. Rahman selaku Penasihat kepada HALUANSiswa dan diteruskan dengan taklimat program dan penempatan oleh setiausaha HALUANSiswa, Sdr. Muzakkir Che Ani. Dalam ucaptamanya, Prof Madya Dr Nik Mu’tasim menjelaskan kepada peserta realiti semasa yang melanda kebanyakan kampus di dunia dan peluang-peluang yang perlu direbut oleh semua ahli HALUANSiswa untuk mewujudkan masyarakat kampus yang islamik dan harmoni. Pada sebelah malamnya pula, peserta diminta membincang serta membentangkan permasalahan yang wujud di kampus masing-masing. Masalah berkisar mengenai 5 permasalahan yang telah disenaraikan oleh Majlis Tertinggi, iaitu, aspek unit kecil HALUANSiswa, dakwah fardhiyah, akhlak, ilmu dan ibadah.
| | |
Hari berikutnya program dimulakan dengan pengisian yang disampaikan oleh Ust Ali Irfan Jamalludin, kakitangan Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) yang juga antara pengasas awal HALUANSiswa. Dalam slotnya yang bertajuk Dakwah & Pemuda, Ustaz Ali berjaya memangkitkan semangat jiwa pemuda para peserta agar lebih gigih berusaha menjalankan amal-amal kebajikan di kampus. Program ini diteruskan dengan bengkel pemantauan masalah organisasi dan unit HALUANSiswa di IPT masing-masing. Pada sebelah malamnya pula, diadakan Majlis Penyerahan Jawatan Presiden SiswaHALUAN kepada presiden yang baru, Sdr Muhammad Siddiqi Jamalludin. Disamping itu, mereka turut merasmikan Vest HALUANSiswa yang baru.
Pada hari terakhir, Presiden SiswaHALUAN yang baru memulakan tugasnya dengan mengelola modul berikutnya iaitu pengenalpastian resolusi efektif. Para peserta diminta menyenaraikan 3 resolusi pokok yang boleh diambil untuk mengatasi masalah-masalah yang telah dibincangkan pada hari sebelumnya mengikut setiap kumpulan wilayah. Resolusi yang diberi nama RESOLUSI HIJRAH 1432 itu telah dibacakan oleh Presiden SiswaHALUAN pada penghujung program.
| | |
Majlis penutup pula telah disampaikan oleh Sdr. Razali Maarof dengan tajuknya Membangun Proses Pendidikan Yang Bersepadu. Program di UKM ini diakhiri dengan pengumuman penyandang baru untuk jawatan HALUANSiswa Nasional. Retreat HALUANSiswa ini membawa seribu pengertian berharga untuk kepimpinan HALUANSiswa IPT seluruh Malaysia.
Semoga dengan program ini, kepimpinan HALUANSiswa disemua peringkat akan terus komited dalam mewarnai dakwah dan tarbiyah di kampus.
Writen By: S.Islam
RESOLUSI HIJRAH 1432
- 1.0 MUQADDIMAH:
- 2.0 ASAS TINDAKAN:
- 3.0 RESOLUSI-RESOLUSI:
- 3.1 Memperkasakan ‘core business’ dalam gerakan HALUANSiswa
- 3.1.1 Aspek individu, organisasi dan sistem. Pemantauan dan penilaian secara objektif dan subjektif tahapan ibadah, akhlak dan dakwah setiap ahli-ahli HALUANSiswa.
3.1.2 Aspek perlaksanaan semua modul HALUANSiswa akan dipantau secara menyeluruh dari segi pelaksanaan dan keberkesanan.
- 3.2 Memperkasa HALUANSiswa kearah organisasi yang berteraskan dakwah dan tarbiyah
- 3.2.1 Penyusunan peringkat nasional, zon dan IPT.
3.2.2 Mewujudkan pangkalan data yang efisien untuk mengumpulkan butiran keahlian HALUANSiswa di semua peringkat.
3.2.3 Melahirkan seramai mungkin barisan pelapis kepimpinan bagi membantu perjalanan HALUAN Pusat pada masa hadapan.
3.2.4 Mewujudkan budaya kerja profesional dalam pelaksanaan projek HALUANSiswa di semua peringkat. - 4.0 PENUTUP
Retreat HALUANSiswa yang berlangsung pada 5 -7 Disember 2010 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi dengan kehadiran seramai 60 anggota kepimpinan HALUANSiswa dari seluruh Semenanjung Malaysia. Hasil perbincangan dan pembentangan serius mengenai cabaran dan hala tuju HALUANSiswa, kami mencapai kata sepakat dengan keiltizaman penuh untuk mengemukakan asas tindakan serta resolusi-resolusi seperti berikut:
Bahawa kami anggota kepimpinan HALUANSiswa meyakini bahawa masa hadapan sesuatu umat itu terletak di atas bahu para pemudanya sepertimana yang tercatat dalam perjalanan sejarah Islam. Menyedari hal yang demikian, HALUANSiswa Nasional merasakan betapa perlunya mahasiswa dipersiapkan dengan Sistem Pendidikan Islam yang bersepadu dalam rangka untuk bersama-sama memikul beban Dakwah Islamiyah.
Perlu kita sedari bahawa proses Tarbiyah dan Dakwah ini perlulah dirancang dengan teliti dan rapi kerana kebenaran (al-Haq) yang tidak tersusun dan terancang akan di tewaskan oleh kekufuran (al Batil) yang terancang.
Kami akan memberikan sepenuh komitmen dan tenaga kami untuk menjayakan resolusi ini bagi tahun 2011. Kami berdoa kepada ALLAH agar mengurniakan kami Hidayah dan InayahNya, mengikat hati kami para pendokong Deen-Nya dan menolong perjuangan ini dimana pun kami berada. Ameen Ya Rabbal ‘alamin.
Resolusi HIJRAH 1432 ini dibacakan oleh
Muhammad Siddiqi Bin Jamalludin Presiden,
SiswaHALUAN Nasional
Di: Retreat HALUANSiswa 2011
Pada: 7 Disember 2010, 1 Muharram 1432H
Friday, December 10, 2010
Perutusan Presiden HALUAN Bersempena Sambutan Maal Hijrah 1432
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Sidang hadirin dan pembaca sekalian, semoga kita semua berada di bawah payungan rahmat dan keimanan yang membulat kepada Allah SWT.
Mengimbau kembali lipatan sejarah 1432 tahun yang lalu, Allah SWT telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah yang besar dan teragung yang pernah berlaku dalam sejarah Islam. Pada tanggal 1 Muharram setiap tahun, umat Islam seluruh dunia akan memperingati dan meraikan peristiwa hijrah sebagai tanda permulaan tahun Islam.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur, dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan untuk berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani." (An-Nisa (4):100)
Namun seramai mana umat Islam generasi kini dan akan datang dapat mengambil iktibar berdasarkan peristiwa hijrah tersebut sebagai panduan meniti cabaran dunia yang semakin global dari segi kemanusiaan, peradaban, akhlak, kegawatan ekonomi mahupun pergolakan dunia yang semakin menuju kehancuran akibat pergolakan yang berlaku.
Jika kita amati pengertian hijrah, ia berasal dari bahasa Arab hajara yang secara umumnya bermaksud pindah, keluar, migrasi atau meninggalkan satu daerah ke satu daerah yang lain atau berubah dari satu keadaan ke satu keadaan yang lain. Dari sudut istilah pula, hijrah adalah meninggalkan sesuatu yang dilarang. Ini berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Habsyi, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Dawud)
Sidang pembaca yang dihormati,
Peristiwa hijrah ini memberikan suatu gambaran yang besar kepada gagasan perubahan dan transformasi yang dibawa oleh baginda Rasulullah SAW dalam meneraju perubahan ketamadunan yang lebih maju, sistematik dan diredhai oleh Allah SWT. Jika kita amati, peristiwa hijrah ini membawa kepada tiga perkara besar iaitu:
- Terbentuknya Perlembagaan Piagam Madinah yang menjadi dasar sistem peraturan yang diasaskan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam membina negara Islam yang pertama. Perlembagaan ini meliputi sistem kehidupan bermasyarakat yang bersistematik serta bertunjangkan ajaran Al-Quran. Malah ia bukan sahaja untuk orang-orang Muslim bahkan juga untuk orang-orang bukan Islam. Perlembagaan ini merupakan perjanjian yang dilakukan untuk tujuan keharmonian, keamanan dan kesejahteraan ummah ketika itu.
- Rasulullah SAW telah membina sebuah masjid yang menjadi pusat pemerintahan yang utama. Di masjid inilah Rasulullah SAW meletakan titik asas kepada pengurusan kehidupan bermasyarakat. Masjid menjadi pusat utama beribadah kepada Allah SWT, pusat keilmuan untuk seluruh kaum Muslimin, pusat pengurusan organisasi yang efektif, pusat khidmat masyarakat, institusi pendidikan dan sebagainya.
- Pembinaan pasar di Kota Madinah telah memberikan suatu gambaran bahawa Rasulullah SAW telah memulakan asas kegiatan ekonomi bagi memacu perubahan pentadbiran yang lebih maju kehadapan. Perancangan menyuburkan aktiviti-aktiviti ekonomi memperlihatkan halatuju pembentukan Negara Islam pertama yang berpusat di Kota Madinah sebagai suatu bentuk hijrah yang syumul dan menyeluruh menjangkaui semua aspek kehidupan.
Sidang pembaca yang budiman,
Ibrah dan Iktibar Hijrah
Peristiwa Hijrah yang sudah dilalui selama 1432 tahun seharusnya menyedarkan umat Islam agar menterjemahkan pengertian hijrah dalam kehidupan mereka supaya tahun baru sentiasa menjadi peritiwa penting.
Sewajarnya Tahun Baru Hijrah menjadi detik merenung kembali perjalanan yang dilalui sejak setahun yang lalu dan menilai kembali aspek yang perlu dipertingkatkan serta perkara yang harus ditinggalkan agar lahir umat Islam yang memiliki keperibadian cemerlang.
Sambutan tahun baru (Hijrah) digalakkan diisi dengan memohon ampunan kepada Allah SWT atas dosa lampau supaya Allah SWT membuka pintu taubatNya kepada hambaNya yang soleh. Ibadah juga perlu diperbanyakkan kerana insan unggul adalah insan yang mempunyai peribadi dan ibadah yang lebih baik berbanding masa lalu. Nilai ibadah perlu dipertingkatkan supaya rohani jasmani sentiasa hampir menginsafi diri. Ini sejajar dengan maksud hadis Rasulullah SAW:
“Tiap-tiap Bani Adam itu berbuat banyak kesalahan, tetapi sebaik-baik orang yang berbuat banyak kesalahan adalah orang yang bertaubat.” (Riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)
Dalam konteks semasa, kita perlu jelmakan pengertian hijrah ini dalam kehidupan kita. Konsep hijrah ini harus dioperasikan dan dibumikan dalam perjalanan di dunia ini, sehinggalah kita dijemput bertemu dengan Allah SWT. Sikap untuk sentiasa berubah ke arah yang lebih baik harus dijadikan agenda penting dalam hidup umat Islam. InsyaAllah.
Penutup
Perubahan menuntut kepada pengorbanan yang cekal dan dipenuhi dengan pelbagai bentuk ujian serta cabaran. Marilah sama-sama kita hayati peristiwa hijrah ini dalam bentuk penghayatan melalui pergorbanan kita menegakkan din Allah SWT di muka bumi ini.
Saya yakin, bertitik tolak daripada kefahaman yang jelas, kesedaran yang sentiasa membara di dalam jiwa, keyakinan yang mantap tanpa sebarang keraguan dan pengorbanan yang tidak berbelah bagi, kita mampu menjelmakan perubahan yang sebenarnya terhadap diri kita, keluarga dan ummah seluruhnya. InsyaAllah.
Berhijrah untuk mengapai keredaan Allah,
Sekian,
Dr Abdullah Sudin Ab RahmanPresiden HALUAN Malaysia
1 Muharram 1432 H
Mars HALUAN
Create a playlist at MixPod.com





