H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Friday, October 8, 2010

0

Rahsia Kejayaan Bermula Dengan Niat Yang Benar

  • Friday, October 8, 2010
  • aburidhwan
  • Anda rasa seperti hilang motivasi belajar? Sedangkan peperiksaan semakin hampir! Apa yang harus dilakukan bila motivasi kita hilang? Apakah mungkin ada formula untuk mengembalikan motivasi yang surut dan hilang?

    Pertama kali kita harus bertanya pada diri sendiri, apa sebenarnya masalahnya. Turunnya
    motivasi tidak selalu kerana kita malas walaupun sebenarnya punca utama kita hilang motivasi sebabmkita malas. Sebenarnya banyak hambatan yang akan mengganggu motivasi kita, misalnya kebiasaan menunda, keyakinan diri yang rendah, kebiasaan belajar yang tidak teratur, rasa tegang/cemas, pengaruh kawan sebaya, tertarik dengan perkara yang lain seperti permainan video games dan lain-lain lagi.

    Penulis sendiri saat sedang belajar di sekolah dan kampus dulu turut pernah menghadapi situasi lemah motivasi belajar. Sedangkan penulis menyedari bahawa penulis datang dari keluarga yang miskin, tetapi ianya tidak mampu mengekalkan jangka hayat panjang motivasi penulis.

    Akhirnya penulis menemui formulanya. InsyaAllah, apabila kita menguasai formula tersebut, pasti ianya akan membangkitkan motivasi dalaman kita untuk belajar, pasti kita akan berjaya. Alhamdulillah, dengan izin Allah swt. penulis berjaya menamatkan pengajian diploma, ijazah dan sarjana dengan keputusan “1st class”.

    Ternyata setiap dari kita ada 2 sumber untuk membangkitkan motivasi belajar. Pertama disebut motivasi eksternal diertikan sebagai suatu pemancing motivasi yang datangnya dari luar, baik dalam bentuk insentif/hadiah (positif) mahupun fear/rasa takut (negatif). Kedua hal ini sangat penting peranannya untuk mendorong kita belajar mencapai target yang telah ditentukan. Berapa lamakah motivasi eksternal ini mampu menyala dan berkobar dalam diri kita? Perlu diketahui bahawa setiap pengaruh yang datangnya dari luar biasanya bersifat sementara. Sebagai contoh, insentif motivasi akan berakhir ketika kita berhasil mendapatkan hadiahnya. Pada saat itu kita akan menuntut hadiah yang lebih besar lagi agar dapat terus termotivasi. Demikian juga dengan fear motivation, apabila sesuatu yang kita takuti itu hilang, motivasi kita akan surut dengan sendirinya.

    Motivasi yang paling bertahan lama adalah motivasi yang datangnya dari dalam diri kita sendiri yang disebut sebagai inner motivation, motivasi dalaman. Ertinya, seseorang yang memiliki inner motivation memiliki alasan yang kuat mengapa dia ingin melakukan sesuatu itu. Motivasi dalaman merupakan dorongan kuat yang berasal dari dalam diri kita untuk melakukan suatu tindakan. Bukan berdasarkan insentif yang menarik dan menggiurkan atau sesuatu yang menakutkan dan mencengkam. Motivasi dari luar hanya mampu memberikan motivasi sesaat. Jika tidak dipupuk, diulang terus-menerus, dan mencari hubungan motivasi tersebut dengan keinginan terdalam, niscaya motivasi itu akan redup dengan sendirinya.

    Bagaimana kita harus membina motivasi dalaman kita?

    Formula asasnya ialah mendasyatkan niat kita. Niat adalah kunci motivasi dalaman yang paling asas. Biasanya kita meletakan niat kita belajar pada kadar biasa, untuk berjaya, untuk menjadi pandai, untuk masuk universiti, untuk mencari pekerjaan dan sebagainya.
    Seorang ulama, Abdullah Mubarak ada berkata:

    “ Berapa banyak amal yang remeh menjadi besar dek kerana niat. Dan berapa banyak amal yang besar menjadi remeh dek kerana niat.”

    Maka apakah yang dikatakan mendasyatkan niat kita agar ianya bergegar di langit? Rumuslah dalam Al Quran dan hadith Rasulullah saw:

    “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

    Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.

    Pengajaran dari 2 dalil di atas dalam konteks kita sebagai penuntut ilmu, mudah, belajarlah kerana Allah, meyakini bahawa belajar adalah tuntutan Allah dan Rasulullah saw. Belajar kerana Allah akan menjadikan seluruh usaha pembelajaran kita menjadi ibadah dan memperoleh pahala berganda, pusatkan segala usaha belajar kita semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t.
    Dengan niat belajar yang betul, usaha dan amal menjadi kuat, komitmen menjadi kukuh, motivasi menjadi dasyat, badan yang lemah menjadi kuat. Itulah impak niat kepada jiwa kita. Firman Allah swt:

    “Jika kamu telah bulat tekadmu, maka bertawakallah kepada Allah.” (‘Ali Imran:159)

    Apabila seseorang itu berniat, bermakna ia telah memberikan arahan kepada minda dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. Sejak kecil, kita solat dan berpuasa,kita memulakannya dengan niat. Kita berwuduk juga dimulakan dengan niat. Tetapi adakah kita sedar akan kelebihan niat itu. Islam mengajar kita supaya tidak melupakan niat dalam apa jua pekerjaan kita, tetapi tidak ramai yang ingin mengkaji kelebihan niat.
    Kuasa niat merupakan kuasa yang mampu merubah corak kognatif(pemikiran), emosi, dan psiko motor(Tingkah laku) seseorang. Misalnya pengalaman penulis sendiri, pertama, penulis memperharui niat penulis, belajar kerana Allah, maka setiap aktiviti pembelajaran penulis perlu diselaraskan dengan kehendak Allah dan tuntutan Rasulullah saw. seperti tidak mengotorkan hati dengan maksiat, tidak buang masa, tidak merosakan pemikiran dengan bahan bacaan yang melalaikan dan sebagainya. Ini akan membentuk tingkah laku , akhlak, peribadi dan pemikiran yang positif.

    Kedua, penulis menanamkan niat menamatkan pembelajaran penulis dengan keputusan “1st class”. Maka ianya mendorong penulis untuk memperbaiki pengurusan diri, pengurusan masa, strategi belajar dan lain-lain perkara yang boleh membantu meningkatkan prestasi belajar penulis.
    Hasil kedua-dua usaha mendasyatkan tujuan dan niat kita belajar, insyaAllah, motivasi dalaman kita akan sentiasa terbina, aktif dan dinamik.

    Jika anda mengalami penurunan motivasi, kembalilah meluruskan niat anda untuk apa anda belajar. Jika Allah yang menjadi tujuan, kenapa harus dikalahkan oleh rintangan-rintangan yang kecil di hadapan kita? Jika belajar merupakan ibadah, semakin kerja keras kita, insya Allah semakin besar pahala yang akan diberikan oleh Allah. Jika segenap masa kita belajar merupakan bekal untuk beribadah, maka semakin banyak bekal akan kita himpunkan di akhirat kelak. Rugilah kalau kita biarkan diri kita terus dibelenggu dengan lemah motivasi diri.

    Akhirnya, Memiliki niat yang dasyat ini akan membangkitkan kesedaran bahawa di atas bahu kita ada masuliyyah (tanggungjawab); sebagai anak, pelajar, muslim dan hamba kepada Allah swt. Pelajar yang tiada niat belajar yang luarbiasa ini tidak terikat dengan sebarang tanggungjawab, Maka dia tidak serius dengan pelajarannya. Dia hanya usaha cukup makan sahaja. Mengapa? Kerana dia tidak ada apa-apa kepentingan. Berbanding pelajar yang niatnya belajar hanyalah untuk Allah, dia akan belajar dengan kuat, motivasinya terbangun kerana Islam memerlukan cerdik pandai untuk mempertahankan risalah Islam yang suci bersih ini. Dia yakin Allah akan membantu dirinya untuk berjaya kerana dia belajar kerana Allah. Kalau dia lemah dan menurun motivasi makan dia bersegera merintih kepada Allah kerana dia yakin hanya Allah swt sahaja yang mampu membantu dirinya.

    Kata Dr. Aidh Al Qarni dalam buku beliau “Rahsia Kejayaan Orang_Orang Besar”, orang besar yang berjaya pasti ada pada niatnya, kebanyakan mereka berjaya kerana niatnya hanya sanya kerana Allah, tiada niat yang lainnya. Malahan mereka berjaya kerana niat baik mereka bukan sekadar untuk dirinya sahaja, sebaliknya mereka bertindak, belajar, berkerja dan sebagainya diniatkan untuk kebaikan orang lain.

    Semoga kita dapat mendasyatkan prestasi dan motivasi belajar kita dengan Formula meluruskan niat belajar kerana Allah swt semata. Selamat Berjaya!

    Oleh: Abu Ridhwan
    Read more...
    0

    Hebahan: Konvensyen Pembangunan Ummah Di Putrajaya

  • aburidhwan
  • Read more...

    Thursday, August 26, 2010

    0

    Model Pemuda Hebat Di Sisi Allah dan Rasul

  • Thursday, August 26, 2010
  • aburidhwan
  • Pemuda harus melakar sejarah hidupnya menjadi insan terhebat di sisi Allah swt. Saat ini ramai anak muda berlumba-lumba mahukan diri mereka disebut-sebut sebagai hebat oleh manusia sekelilingnya. Antaranya mahu digelar hebat kerana pandai berlumba motor, hebat kerana pandai menyanyi, hebat kerana lawaknya disukai ramai, hebat kerana kecerdikan keputusan peperiksaannya, hebat kerana ramai wanita jatuh hati padanya, hebat kerana memiliki jawatan tinggi seusia mudanya, hebat kerana memiliki kenderaan mahal, hebat kerana pakaiannya berjenama, hebat sana dan hebat sini… Kadang-kadang tidak hebatpun tapi berlagak seolah-olah dirinya hebat.

    Pemuda Islam harus mencontohi pemuda hebat di zaman Rasulullah saw. Dengan adanya contoh kalangan pemuda yang wajar dicontohi, insyaAllah pemuda Islam tidak akan meraba-raba mencari model pemuda yang hebat.

    Tatkala menyingkap sirah sahabat Rasulullah saw. khususnya generasi pemuda, pasti ia akan membangkitkan selera iman pemuda muslim hari ini. Mengapa? Kerana mereka membina diri mereka menjadi hebat! Hebat di sisi Allah dan Rasulnya.

    Saat Perang Khandak bakal tercetus, beredar khabar bahawa sesiapa sahaja lelaki berusia 15 tahun ke atas berhak ikut berjihad. Mendengar khabar tersebut, seorang pemuda berseri-seri wajahnya. Usianya saat itu memasuki 15 tahun. Dia segera mendaftarkan diri. Itulah idamannya selama ini, berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. Dialah, Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar.

    Hebat bukan! Ibnu Umar menhajar kita saat mudanya dia bergabung bersama kafilah dakwah Rasulullah saw. Beliau teruja dan berlumba-lumba menempatkan dirinya berada dalam saf perjuangan dakwah Rasulullah saw. Inilah sikap pemuda yang hebat, berlumba menyertakan diri dalam saf dakwah kerana dakwah adalah “kerja besar” buat orang beriman. Pemuda yang beriman pasti tidak akan melepaskan masa dan umurnya berlalu tanpa “kerja besar”, menempatkan dirinya dalam saf dakwah. Kita bagaimana?

    Kepemudaan Ibnu Umar sekali lagi mangajar kita bagaimana beliau menghimpun kekuatan untuk menjadi pemuda hebat di sisi Allah dan Rasulnya. Ibnu Umar menghayutkan dirinya dengan tarbiyah ruhiyah, beliau berjaga dua pertiga malam. Beliau berkawan dengan malam. Ibnu Umar amat dikenali sebagai pemuda yang menitikberatkan aspek tarbiyah ruhiyahnya, maka beliau berkawan dengan malam untuk beribadah, dan berkawan dengan dinihari untuk menangis memohon ampunan-Nya. Beliau dikenali sebagai sahabat Rasulullah saw yang taat menghidupkan solat malamnya. Riwayat telah menceritakan bahawa di masa hayat Rasulullah saw, Ibnu Umar mendapat kurnia dari Allah. Setelah selesai solat bersama Rasulullah, beliau pulang dan bermimpi. "Seolah-olah di tanganku ada selembar kain. Tempat mana saja yang kuingini di syurga, kain itu akan menerbangkanku ke sana. Dua malaikat telah membawaku ke neraka, memperlihatkan semua bahagian yang ada di neraka. Keduanya menjawab apa saja yang kutanyakan mengenai keadaan neraka," begitulah diungkapkan Ibnu Umar kepada kakaknya yang juga isteri Rasul, Hafshah, keesokan harinya.

    Hafshah langsung bertanyakan mimpi adiknya kepada Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda:
    "ni’marrajulu 'abdullah, lau kaana yushallii minallaili fayuksiru", akan menjadi lelaki paling utamalah Abdullah itu, andainya ia sering solat malam dan banyak melakukannya.

    Semenjak itulah, sampai akhir hayatnya, Ibnu Umar tidak pernah meninggalkan qiyamullail, baik ketika bermukim atau bermusafir. Beliau amat tekun menegakkan solat, membaca Al-Quran dan banyak berzikir menyebut asma Allah. Beliau amat menyerupai ayahnya, Umar ibn Khatthab, yang selalu mencucurkan airmata tatkala mendengar ayat-ayat peringatan dari Al-Quran.

    'Ubaid ibn 'Umair menjadi saksi, "Suatu ketika kubacakan ayat ini kepada Abdullah ibnu Umar." 'Ubaid membacakan ayat Al Quran, surah an-Nisaa’ :41-42 yang ertinya:

    Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami datangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat, dan Kami mendatangkan kamu
    (Muhamad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Di hari itu orang-orang kafir dan yang mendurhakai Rasul berharap kiranya mereka ditelan bumi, dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun."

    Maka Ibnu Umar menangis hingga janggutnya dibasahi oleh air matanya.

    Pada kesempatan lain, Ibnu Umar sedang duduk di antara sahabatnya, lalu membaca surah Al Muthaffifin ayat1-6 yang maknanya:
    Maka celakalah orang-orang yang berlaku curang dalam takaran. Yakni orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain meminta dipenuhi, tetapi mengurangkannya bila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain. Tidakkah mereka merasa bahawa mereka akan dibangkitkan nanti menghadapi suatu hari yang dahsyat, iaitu ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?.

    Lantas Ibnu Umar mengulang bahagian akhir ayat ke enam,



    "ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam."

    Lantas air matanya bercucuran, sampai akhirnya beliau jatuh kerana merasa duka, takut dan cemas yang mendalam menyebabkan beliau banyak menangis.

    Inilah pemuda hebat wahai pemuda zaman moden. Mereka amat menitikberatkan tarbiyah diri mereka. Mereka mentarbiyah diri mereka dengan al Quran dan Solat malam. Inilah bekalan jiwa mereka yang telah mencetuskan momentum hebat lantas berprestasi luarbiasa di medan dakwah. Inilah formulanya buat pemuda yang merasa lelah dan longlai saat memajukan dakwahnya. Tiada pemisahan antara dakwah dan tarbiah. Al Quran dan solat malam adalah rahsia kehebatan pemuda di zaman Rasulullah saw. Al Quran dan solat malam mencetuskan suatu energi luarbiasa kepada diri mereka untuk istiqamah dan tetap dalam perjuangan.

    Ketahuilah bahawa Abdullah ibnu Umar adalah salah seorang sahabat Nabi yang berhati lembut dan begitu mendalam cintanya kepada Rasulullah. Saat Rasulullah saw telah wafat, apabila beliau mendengar nama Rasulullah disebut di hadapannya, beliau akan menangis. Ketika beliau melewati di sebuah tempat yang pernah disinggahi Rasulullah, baik di Mekah mahupun di Madinah, beliau akan memejamkan matanya, lantas butiran air bening meluncur dari sudut matanya.

    Sebagai sahabat Rasul, ahli ibadah dan pejuang dakwah bersama baginda saw. beliau menjadi insan yang tidak punya minat lagi kepada dunia.Dunia baginya di dalam genggaman, malahan duani tidak mampu menipu daya momentum penghambaannya kepada Allah swt. Sikap luarbiasa beliau terhadap kecintaannya kepada akhirat sudah nampak sejak beliau remaja lagi, ketika pertama kali ghairahnya bangkit untuk ikut berjihad bersama Rasulullah saw.

    Inilah contoh kepemudaan yang hebat, Rasulullah saw sentiasa di hati. Akhirat menjadi obsesi. Rahsia telah terbongkar, inilah ciri pemuda yang hebat di sisi Ilahi. Ayuh kita contohi, kita tiada masa lagi kerana dunia sedang menanti pemuda yang hebat memimpin dunia ini.
    Read more...

    Wednesday, August 18, 2010

    0

    Ramadhan - Disebalik yang tersirat

  • Wednesday, August 18, 2010
  • BroHamzah
  • Ramadhan ia harus dihidupkan dengan keimanan dan pengharapan kepada Allah SWT melalui amalan soleh


    Ramadhan – Disebalik yang tersirat

    Alhamdulillah, kita diberi peluang untuk terus menghirup udara Ramadhan yang segar dan menghidupkan ini. Semoga sahabat-sahabat HSiswa, para pembaca dan muslimin dan muslimat di seluruh dunia terus mengaktifkan diri masing-masing dengan memperbanyakan amalan ibadah di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. InsyaAllah

    Menyebut tentang Ramadhan, sudah tentu terbayang difikiran kita mengenai pelbagai kenikmatan dan keistimewaan yang dijanjikan oleh Allah SWT di dalamnya.

    Sedikit perkongsian yang ingin saya kongsikan berkaitan Ramadhan dalam ruang yang ada ini.InsyaAllah

    Para ulamak, ada yang memberikan satu kesimpulan yang mudah berdasarkan 5 huruf arab daripada perkataan Ramadhan. Ra – Mim – Dhod – Alif – Nun

    Tersirat daripada perkataan huruf RA-MA-D-A-N

    Ra – adalah Rahmah

    Bulan Ramadhan adalah bulan rahmah. Didalamnya dilimpahi dengan pelbagai kerahmatan dan kenikmatan yang tidak terhitung untuk hamba-hamba Allah SWT dan seluruh manusia.

    Mim – adalah Maghfirah ( Keampunan)

    Bulan Ramadhan adalah bulan keampunan. Allah SWT membuka ruang dan pintu keampunan seluas-luasnya bagi hambaNya yang memohon keampunan serta menginsafi diri di setiap detik di dalam bulan Ramadhan.

    Dari Abu Hurairah telah bersabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

    “ Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan berdasarkan iman dan penuh kesedaran mengharapkan Allah maka diampuni dosa-dosa yang terdahulu sebagaimana hari dilahirkan oleh ibunya.”

    ( HR Ibnu Khuzaimah)

    Dhod – adalah Dhoman ( Jaminan)

    Bulan Ramadhan adalah bulan yang diberikan jaminan oleh Allah SWT sebagai bulan yang akan memberikan seribu kebaikan dan ganjaran Syurga bagi sesiapa yang menggunakan kesempatan ini dengan sebaiknya. Jaminan ini adalah jaminan yang tiada tandingannya berbanding bulan-bulan yang lain.

    Alif – adalah Amana

    Bulan Ramadhan adalah bulan keamanan, ketenangan dan kebahagiaan. Hati dan jiwa kita benar-benar tenang dengan kehadiran dan perasaan nyaman serta tenteram selalu menyelubungi sanubari kita sepanjang berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Inilah kehebatan dan keunikan Ramadhan

    Nun – adalah Nur

    Bulan Ramadhan adalah bulan yang sentiasa dilimpahi dengan cahaya hidayah dan keimanan daripada Allah SWT. Bagi yang mencintai dan merindui kehadiran bulan yang penuh kerahmatan ini, akan menyedarikan bahawa sinar Ramadhan adalah sinar yang terang benerang memberi pengharapan dan kekuatan kepada jiwa untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi melahirkan seorang mukmin muslim yang bertaqwa dalam erti kata yang sebenarnya.

    Firman Allah SWT yang bermaksud :

    “ Pada bulan Ramadhan diturunkan kitab suci Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu, dan garis pemisah antara hak dan yang batil.”

    ( Al- Baqarah (2) : 185)

    Ramadhan Al-Mubarak

    MasyaAllah, itulah kehebatan yang terdapat pada Ramadhan. Ia adalah bulan yang dipenuhi dengan pelbagai tawaran, keistimewaan, ganjaran, kenikmatan, kebaikan, kebenaran, keampunan, kerahmatan, kesolehahan, kebersihan, kejernihan, dan penyucian jiwa untuk bergerak melangkah menjadi seorang manusia yang beriman serta bertaqwa kepada Allah SWT.

    Jika bulan Ramadhan datang, Rasulullah SAW biasanya menyambut dengan ucapan :

    “ Selamat Datang Wahai orang yang menyucikan.”

    Para sahabat bertanya :

    “ Siapakah orang yang menyucikan itu wahai Rasulullah ?”

    Baginda menjawab :

    “ Orang yang menyucikan itu ialah bulan Ramadhan. Ia menyucikan kita daripada segala dosa dan maksiat!.”

    Melihat diri, dan usaha kita setakat ini

    Hari ini sudah memasuki 7 Ramadhan.

    Bagaimana dengan segala usaha amalan soleh kita.

    Al-Quran bagaimana? Baca atau terlupa

    Solat Sunat rawatib yang sangat digalakan

    Solat sunat Terawih yang sangat-sangat dituntut

    Zikir kita dalam setiap detik yang terluang

    Sedeqah kita berupa wang dan senyuman serta segala bentuk bantuan kebaikan

    Doa kita, macamana? Diperbanyakan atau masih ditakuk lama

    Perbanyakan amalan kebaikan

    Dan kurangkan amalan yang sia-sia

    Allah SWT masih memberikan kesempatan yang sangat berharga, agar kita terus mengunakan kesempatan ini dengan sebaiknya ( semaksimanya)

    InsyaAllah, ayuh terus maju!

    Oleh : Saudara ‘Ali ‘Irfan Bin Jamalludin

    Ketua HALUANSiswa Kelantan

    Sumber
    Read more...

    Thursday, July 29, 2010

    0

    Proses Pentarbiahan Madrasah Ramadhan (Bahagian 1)

  • Thursday, July 29, 2010
  • aburidhwan
  • Muqaddimah
    Tujuan Allah SWT menciptakan manusia ialah untuk berubudiyah kepada Allah SWT berdasarkan kepada firman Allah SWT di dalam Surah Adz Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:


    “ Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia, hanyasanya untuk berubudiyah kepadaku.” ( Adz Dzariyat 51 : 56)



    Puasa ialah salah satu bentuk ubudiyah yang difardukan khusus di dalam bulan Ramadhan bagi melahirkan mukmin bertaqwa dalam erti kata yang sebenarnya.

    Ia adalah ibadah yang dituntut bagi melahirkan bentuk ubudiyah yang lebih besar dan menyeluruh meliputi ibadah-ibadah yang lain seperti solat, mengeluarkan, mengerjakan haji dan lain-lain. Dan kehadiran bulan Ramadhan adalah salah satu bentuk proses untuk menghasilkan taqwa yang diredhai oleh Allah SWT.



    Ramadhan Bulan Kecintaan dan Kerinduaan

    Pernah digambar di dalam sirah para sahabat Rasulullah SAW bahawa mereka adalah satu kelompok manusia yang sangat merindui dan mencintai kehadiran bulan Ramadhan al-Mubarak. Rasulullah SAW dan para sahabat sentiasa memanjatkan doa kepada Allah SWT dengan harapan agar dapat menjejaki kaki dan merasai penghayatan ibadah di bulan yang barakah ini.


    Satu harapan daripada doa yang sentiasa diulang-ulang agar mereka dapat menghirupkan lagi udara ibadah di dalam Bulan Ramadhan. Kenapa para sahabat begitu teruja dengan kehadiran Ramadhan?


    Sudah tentu, padanya terdapat banyak kelebihan dan keistimewaan yang sangat banyak dan berharga. Jelas kepada kita, Ramadhan adalah bulan yang sangat indah dan cukup istimewa dihati orang-orang yang beriman. Inilah bulan pendidikan dan bulan peningkatan Iman.


    Firman Allah SWT :


    “ Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan yang batil)..” ( Al- Baqarah 2 : 185)


    Di dalam fokus kali ini, kita akan melihat beberapa perkara yang akan menjadi tumpuan di dalam membicarakan soal Ramadhan. Perkara yang akan dilihat ini boleh dilihat dari sudut input, proses dan outcome dalam menghadapi Ramadhan. Input boleh kita gambarkan sebagai titik tolak dan persiapan yang akan menjadi pemacu kepada proses Ibadah yang akan dilaksanakan di dalam Bulan Ramadhan. Proses pula ialah aspek perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang akan mendidik jiwa dan hati untuk mencapai target serta menghasilkan outcome yang dihajati setelah melalui bulan Ramadhan. Manakala, outcome pula ialah hasilan daripada proses yang telah dijalani sepanjang bulan Ramadhan iaitu menjadi mukmin yang bertaqwa.

    alt



    Input Menghadapi Ramadhan

    Di dalam melaksanakan sesuatu perkara, menyediakan persediaan jiwa dan persiapan hati merupakan sesuatu yang sangat penting. Seharusnya, Ramadhan itu dilalui dengan niat yang bersih dan menetapkan satu “mindsetting” yang betul agar titik tolak Ramadhan itu betul, sahih dan mengikut acuan syara’.

    Para ulama menyifatkan Ramadhan sebagai satu madrasah ( institusi pendidikan seperti kolej atau sekolah). Sebagai sebuah sekolah sudah tentulah ia mempunyai matlamat, sistem kurikulum yang tersendiri.

    Peranan utama Ramadhan ialah melahirkan para graduan yang bertakwa apabila individu itu benar-benar melalui sistem dan kurikulum selama berada di madrasah ini.



    Seharusnya, di dalam menghadapi bulan Ramadhan seseorang itu harus melakukan persiapan dan penyediaan yang meliputi daripada pelbagai aspek dan memahami hakikat sebenar kehadiran Ramadhan sebagai institusi pentarbiyah jiwa dan mendidik muslim mukmin untuk mencapai taqwa. Jika kita lihat kepada sirah generasi para sahabat Baginda Rasulullah SAW, hati dan jiwa mereka sentiasa segar mengingati bulan Ramadhan. Sepanjang enam bulan pertama sebelum tibanya bulan Ramadhan para sahabat akan bersungguh-sungguh berdoa agar diberi peluang untuk berada di bulan Ramadhan.



    Antara input yang perlu ada dalam diri seorang individu dalam melaksanakan persiapan Ramadhan ialah memahami sistem Islam itu dan menghayati tuntutan ibadah puasa serta ibadah lain yang akan dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan. Sekiranya ini berlaku, ia umpama mindsetting kepada individu tersebut bahawa kehadiran bulan Ramadhan adalah seperti kursus intensif di dalam proses penyucian jiwa bagi melahirkan jiwa-jiwa yang bersih dan jernih. Jiwa sebeginilah yang dihajatkan bagi memperolehi darjat yang tinggi di sisi Allah SWT.



    Persekitaran yang baik dan amalan-amalan kebaikan yang dilaksanakan seharian di dalam kehidupan juga boleh menjadi salah satu bentuk persiapan bagi menghadapi ibadah di bulan Ramadhan. Ia akan memudahkan dari segi aspek perlaksanaan amalan soleh di dalam bulan Ramadhan kerana suasana-suasana yang baik dan soleh ini mampu memberi rangsangan dan dorongan kepada seseorang untuk memiliki perasaan dan keghairahan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.



    Selain daripada itu, persiapan yang menyeluruh meliputi aspek fakulti keinsanan iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek harus berjalan dengan seimbang dan bersepadu. Ia menjelaskan kepada kita bahawa, persiapan menghadapi bulan yang penuh rahmat dan barakah ini wajar dipersiapkan dengan persiapan yang holistik, menyeluruh dan seimbang. Sehubungan dengan itu, medan yang terbaik untuk melakukan persiapan ini harus bermula seawal bulan Rejab dan teruskan di bulan Syaaban agar seseorang itu melangkah ke bulan Ramadhan dengan persediaan yang rapi meliputi segala aspek.



    Input inilah yang harus menjadi agenda utama di dalam persiapan diri seseorang yang inginkan Ramadhan sebagai medan ibadah yang terbaik di dalam kehidupannya. Persiapan menyuburkan persekitaran dengan amalan yang soleh, persediaan yang meliputi aspek fakulti keinsanan dan perlaksanaan amal perlu diseimbangkan agar Ramadhan yang dilalui itu menghasilkan bunga-bunga ketaqwaan yang akan menghiasi taman-taman kehidupan seseorang mukmin itu sendiri.



    Proses pentarbiyahan Ramadhan

    Setibanya di bulan Ramadhan, bagi individu-individu yang telah melakukan persiapan dan persediaan yang rapi maka mereka akan melalui proses ibadah di bulan Ramadhan dengan penuh perasaan kecintaan, kerinduan serta dibakar dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara . Bulan yang penuh barakah dan rahmat ini, akan dihayati dan disyukuri kehadirannya dan secara tidak langsung akan dipenuhi dengan segala bentuk ibadah kepada Allah SWT dengan niat yang bersih serta sentiasa melaksanakannya dengan sempurna agar ia benar-benar dikira sebagai amalan yang terbaik untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.



    Ibadat puasa itu sendiri merupakan sumber motivasi dalam membina potensi, semangat dan kekuatan muslim. Sekiranya ia dilakukan dengan penuh kesedaran dan dilaksanakan dengan perlaksanaan yang terbaik maka jiwa manusia dapat dibebaskan daripada kongkongan nafsu yang bersifat keduniaan dan kebendaan. Proses ini seterusnya akan melahirkan individu yang jiwanya penuh merasai kehambaan kepada Allah SWT dan bukannya menjadi hamba kepada nafsu.

    Oleh: Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman (Presiden HALUAN Malaysia)


    Bersambung...

    Read more...

    Wednesday, July 28, 2010

    0

    Forum Marhabah Ya Ramadhan

  • Wednesday, July 28, 2010
  • BroHamzah
  • SEMUA DIJEMPUT HADIR
    FORUM MARHABAN YA RAMADHAN

    Tarikh : 6 Ogos 2010 ( 25 Syaaban 1431 H)
    Hari : Jumaat
    Masa : 8.00 Malam
    Tempat : Masjid Telipot, Kota Bharu

    Ahli Panel

    Dato' Dr Johari Mat ( Ketua Eksekutif KIAS)
    Dr Abdullah Sudin Abd Rahman ( Ketua Eksekutif KTD & Presiden HALUAN )

    Moderator

    Ust Mohd Noor Awang Kechik
    Read more...

    Sunday, July 25, 2010

    0

    Implikasi Keikhlasan Di Hari Hisab Kelak

  • Sunday, July 25, 2010
  • aburidhwan
  • Apabila penulis berada di rumah, penulis acapkali akan membuka kitab hadith 40 Imam Nawawi, dan sudah tentu hadith yang pertama akan penulis ulang-ulang membacanya, terutama apabila penulis baru selesai memberikan ceramah motivasi atau baru selesai menjayakan program dakwah dan tarbiyah. Mengapa? Kerana penulis teringat akan kisah 3 orang “besar” yang menjadi penghuni neraka Allah.

    Alkisah, tiga orang “besar” yang akhirnya diseret ke neraka kerana niat dalam hatinya tidak benar dan tidak ikhlas. Padahal mereka adalah tokoh – tokoh terkemuka yang sarat dengan prestasi gemilang di tengah kaumnya. Tetapi malang ada nilai fujur yang tertanam di lubuk hati mereka yang terpaling dalam. Mereka dicampakkan ke dalam neraka akibat terbongkarnya niat buruk tersebut di mahkamah keadilan Allah 'Azza Wa Jalla. Siapakah mereka? Sekali lagi, mereka adalah para pembaharu, pembangun dan pejuang bagi kaumnya. Mereka adalah seorang 'alim (berilmu), seorang dermawan (banyak berinfaq) dan yang lainnya adalah seorang mujahid (pejuang di medan perang).

    Untuk yang pertama, Allah mendatangi dan menanyainya : “Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?. Dia menjawab : “Aku menuntut ilmu di jalanMu, lalu kusebarkan ilmu itu kerana mencari keredhaanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Sebenarnya engkau mencari ilmu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang 'alim”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

    Untuk yang kedua, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku mencari harta yang halal, kemudian aku infaqkan harta itu di jalanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang dermawan”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

    Dan yang ketiga, dengan nasib yang sama, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku berperang di jalan Allah, hingga aku mati terbunuh”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau berperang supaya manusia menyebutmu sebagai seorang pemberani”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

    Demikianlah, kisah di atas yang disebutkan oleh Nabi kita Muhammad saw. dalam sebuah hadithnya kepada kita sebagai sebuah pelajaran sekaligus peringatan bagaimana membangun amal dari sebuah akar yang kukuh sehingga terbangun jiwa yang IKHLAS. Agar setiap amal kita memiliki nilai, makna dan artinya, kini dan selamanya, tentunya kelak di akhirat. Allah swt. berfirman, yang bermaksud :

    "Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (QS. Al-Bayyinah: 5).

    Ayuh kita sama-sama muhasabah niat dan amal kita agar kita tidak juga terperosok ke dalam neraka seperti 3 tokoh besar di atas. Na’uzubillah, Wallahua’lam.

    Sumber
    Read more...

    Saturday, June 26, 2010

    0

    Bercinta dengan Dakwah

  • Saturday, June 26, 2010
  • BroHamzah



  • Bercinta dengan Dakwah
    Oleh : BroHamzah
    http://brohamzah.blogspot.com
    brohamzh@yahoo.com

    Cinta adalah satu perasaan yang sangat sukar untuk diterjemahkan hakikatnya. Namun ia adalah suatu perasaan yang unik dan ia mampu menjadi seseorang itu daripada insan biasa kepada luar biasa.

    Cinta juga bererti kemahuan, keasyikan, tarikan, kerinduan, dan keresahan yang wujud hasil daripada keterikatan perasaan kepada seseorang atau sesuatu. Cinta adalah penggerak yang menjadikan kita manusia yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan. Tidak kurang juga, cinta ini boleh membinasakan dan merosakan malah boleh menjadikan seseorang itu manusia yang sebaliknya.

    Bicara perkongsian pada saat ini bukannya cinta biasa, tetapi apa yang ingin saya nyatakan ialah cinta terhadap jalan dakwah iaitu jalan menyeru kepada kebaikan dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ianya bukannya sebarangan cinta malah terikatan jiwa dan ruh terhadap cinta ini sangat istimewa dan lain daripada lain.

    Ada 2 (dua) pilihan ketika bertemu cinta, sama ada jatuh cinta atau membangunkan cinta. Jika saya, saya akan memilih yang kedua. Agar cinta saya nanti menjadi istana, tinggi mengapai syurga. Namun, jika cinta terhadap sesuatu yang istimewa maka saya ingin jatuh cinta dan juga membangunkan cinta terhadapnya sedalam-dalamnya. Cinta terhadap dakwah mulai berputik dengan jatuh cinta kepadanya dan disemarakan cinta ini agar terus mekar selamanya.

    Bercinta dengan Dakwah

    Jika dakwah adalah nafas-nafas yang terhembus setiap saat, maka jagalah agar ia tetap terhirup dan kita tetap hidup kerananya.

    Jika dakwah dan tarbiyah adalah pedang-pedang yang siap dihunuskan, maka jadilah dalang-dalang yang akan memainkannya di medan laga.

    Jika dakwah adalah jalan yang panjang, maka jangan berhenti sebelum kita temukan penghujungnya yang terang-benderang.
    Jika dakwah adalah bunga, maka serbukanlah rekahnya agar ia terus menebarkan wangian ke seluruh penjuru dunia.
    Jika dakwah itu adalah lambang kecintaan yang mendalam, maka benihkan dan semaikanlah perasaan itu agar ia menjadi sesuatu yang sentiasa dirindui dan disayangi sehingga ke akhirnya

    Lambang kecintaan

    Kecintaan kepada dakwah akan terus subur dan hidup apabila jiwa dan hati kita sentiasa dihubungkan kepada Allah SWT dan dekat denganNya. Inilah rahsia untuk kesentiasaan untuk menghirup udara dakwah sepanjang hayat. Ia terletak pada kesolehan hati dan kesempurnaan jiwa yang bersih dan jernih.

    Kecintaan kepada dakwah didasari dengan dasar yang sangat nyata, benar dan sahih. Dasar kecintaan ini adalah kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT tanpa ragu-ragu dan syak. Ia terus berkembang subur dengan perasaan takut dan kecintaan yang sepenuhnya kepada Allah SWT.

    Dan antara lambang kecintaan kepada dakwah ialah kesanggupan dan sifat mujahadah yang tinggi melawan nafsu nafsu dan memerangi gejala dosa dan mungkar secara konsisten. Ia berlaku secara penuh sedar, faham dan yakin.

    Seorang Salaful Soleh. Maimun Bin Mahran pernah berpesan :

    “ Apabila seseorang hamba Allah SWT melakukan dosa maka akan wujudlah di dalam hatinya satu titik hitam. Apabila dia meninggalkan dosa itu dan bertaubat bersinarlah semula hatinya. Apabila dia kembali melakukan dosa akan tumbuhlah semula titik hitam di hati itu sehingga hatinya berkarat.”

    Ungkapan Fudhail Bin ‘Iyadh

    “ Bila engkau sulit untuk bangun di malam hari dan sulit berpuasa sunnah di siang harinya, ketahuilah engkau tengah terbelenggu oleh dosa-dosamu.”

    Pesan seorang Ulama ;

    “ Barang siapa yang ingin jiwanya bersih, maka bersihkanlah amal-amalnya. Barangsiapa yang membersihkan jiwanya, maka ia pasti dibersihkan, barangsiapa yang mengotori jiwa, maka ia akan dicemari.”

    Tuan Haji Noorazman Shamsudin pernah menyebut dalam satu penyampaiannya ketika saya di IPT berkaitan Tarbiyah :

    “ Tarbiyah bukan untuk tarbiyah, tetapi tarbiyah adalah (melaksanakan) untuk dakwah dan jihad.”

    Muhammad Iqbal bermadah dengan bait-bait indah yang menyentuh rasa :

    Bersihkanlah dirimu, lahir dan batinmu!
    Hanya dengan kesucian ruh jua amanah dan risalah ini dapat engkau jalankan
    Risalah dan amanah ini adalah suci
    Dia tidak boleh dipegang oleh tangan yang kotor, jiwa yang berlumuran dosa dan noda
    Hanyalah dengan kesucian ruh engkau dapat memikul tugas dan beban yang berat ini.
    Sucikanlah dirimu, lahir dan bathin, baru engkau ajak manusia menempuh jalan kesucian
    Thahirum Muthahir, suci dan mensucikan, itulah peribadi mukmin yang sejati
    Tangan yang berlumuran darah maksiat tidak mungkin akan berbuat khairat kepada dunia dan manusia
    Jiwa yang kotor dan penuh dosa tidak mungkin akan memberikan isi dan erti kepada dunia dan manusia.

    Bekalan Kecintaan Terhadap Dakwah

    Inilah bekalan yang terbaik untuk dibawa pulang di saat hari pertemuan dengan Allah SWT. Tidak bekalan yang lebih baik, daripada bekalan dakwah yang isinya ialah taqwa. Tanpa kecintaan yang sebenarnya terhadap dakwah illallah ini, sudah tentu kita tidak akan mempunyai keghairah untuk sentiasa bersama dengannya. Bergerak dan hidup untuk dakwah yang suci dan menyucikan ini.

    Abdullah Nasih Ulwan dalam sebuah bukunya yang sangat baik untuk ditatapi iaitu Madrasah Para Duat dibawah tajuk “ Rohaniyah Dai” menekan tentang pentingnya bekalan taqwa kepada para dai. Katanya : “ Apabila engkau melangkahi jalan tersebut ( jalan dakwah), engkau akan merasai tiupan sepoi-sepoi bayu keimanan, membekali sengkau dengan bekalan ketakwaan, menyinari jiwamu dengan sinaran kerohanian dan jadilah engkau insan yang soleh, mukmin yang bertaqwa, muslim yang warak dan lelaki yang ikhlas.”

    Firman Allah SWT dalam Surah Al-Anfal yang bermaksud :

    “ Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”
    ( Al-Anfal : 29)

    Ya Allah, bimbingilah aku dan ampunilah segala dosaku
    Ya Allah, matikanlah aku pada jalan ini dengan penuh keredhaan dan rahmat Mu
    Ya Allah, berikanlah kekuatan kepada ummat ini seluruhnya untuk terus mengembangkan serta mendaulatkan syariatmu.
    Ya Allah, tanamkanlah rasa cinta yang mendalam dalam diriku untuk terus mencintai deen Mu dan dakwah ini.

    Read more...

    Sunday, June 20, 2010

    0

    Ketua Misi LL4G Bersama APIUM Nilam Puri

  • Sunday, June 20, 2010
  • BroHamzah
  • Ketua Misi LL4G, Tuan Hj Noorazman Bin Shamsudin

    Nilam Puri, 13 JUN 2010 - Satu perkongsian berkaitan Palestin telah diadakan di Dewan Johor APIUM Nilam Puri, Kelantan. Penyampaian tersebut disampaikan sendiri oleh ketua misi Life Line 4 Gaza , Tuan Haji Norazman bin Mohd. Shamsuddin. Bahang serangan ke atas konvoi Mavi Marmara masih terasa hinggakan Dewan Johor dipenuhi dengan mahasiswa dan mahasiswi yang mahu mendengar perkongsian daripada penceramah.

    Program tersebut dipengerusikan oleh Muhammad Syamil Ul Anwar bin Bashiron yang juga merupakan pelajar tahun ke dua Asasi Usuluddin di APIUM Nilam Puri tersebut. Beliau juga turut mengingatkan kepada para hadirin agar tidak melupakan saudara kita yang kini berada di Palestin walaupun Piala Dunia sedang berlangsung tatkala ini.


    Mahasiswa APIUM Nilam Puri, tekun mendengar ceramah

    Tuan Haji Norazman memulakan bicara dengan mengingatkan kembali rentetan perjuangan Palestin. Bermula dengan serangan-serangan intifadah yang pertama hinggalah membawa kepada kemenangan oleh pihak Gaza ke atas Israel. Beliau menceritakan pengalaman beliau memasuki Gaza pada bulan Januari bersama Viva Palestina sebelum berlakunya konvoi terbesar untuk membebaskan Palestin yang disertainya baru-baru ini..

    Beliau juga turut memberitahu kekuatan rahsia peserta konvoi dari Malaysia agar bersedia menghadapi dugaan yang akan berlaku keatas konvoi tersebut. Antaranya ialah mempunyai keyakinan yang mendalam terhadap Islam, mengingatkan pada akhirat dan hubungan dengan Allah. Antara pesanan lain yang menyentuh jiwa mahasiswa APIUM ialah agar hidup ini selalu melakukan taubat. Dan inilah sebenarnya kekuatan umat Islam yang harus dibangunkan untuk menyelamatkan dunia daripada cengkaman musuh.



    Sesi bergambar bersama penceramah



    Pihak penganjur mengucapkan jutaan penghargaan kepada Timbalan Pengarah APIUM Prof. Madya Dr. Muhiden bin Abdul Rahman kerana menyokongkan untuk megadakan perkongsian ceramah ini. Diharapkan dengan perkongsian dari beliau menjadi iktibar kepada mahasiswa APIUM bahawa perjuangan membebaskan bumi Al-Aqsa sudah sampai dan kita seharusnya menyahut perjuangan tersebut.

    Disediakan oleh, Shairazi Sharizan.
    Read more...

    Thursday, June 17, 2010

    0

    REAKSI 10 - Ayuh kita sertai!

  • Thursday, June 17, 2010
  • BroHamzah
  • REAKSI 1O - Nantikan !


    Bersempena dengan cuti semester Institusi Pengajian Tinggi yang kini sedang berlangsung, HALUANSiswa Nasional dengan kerjasama Akademi Penyelidikan HALUAN akan menganjurkan satu program berbentuk rekreasi tarbawi khusus untuk mahasiswa di universiti tempatan. Program ini dinamakan Rekreasi HALUANSiswa Nasional ( REAKSI 2010) yang akan diadakan pada 25-27 JUN 2010 yang bertempat di Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang. Yuran yang dikenakan hanya RM 50 sahaja.

    Menurut Setiausaha HALUANSiswa Nasional, Ustaz Muzakkir Che Ani, program ini merupakan program tahunan HALUANSiswa di peringkat kebangsaan dan ia lebih fokus kepada aktiviti luaran. Katanya, tema REAKSI 2010 ialah Menyemai Ukhuwah Menuju Mardatillah dengan meletakan beberapa objektif yang ingin dicapai, antara ialah

    · Membentuk dan mengukuhkan lagi ukhuwah islamiyah di kalangan mahasiswa
    · Menyemai sifat cinta dan kasih kepada perjuangan Islam
    · Memantapkan lagi jati diri mahasiswa supaya lebih berdikari dan berdisiplin
    · Melahirkan mahasiswa yang rabbani


    Beliau menyarankan kepada sesiapa yang berminat boleh menyertainya melalui pendaftaran online yang boleh dicapai melalui web HALUANSiswa Nasional. Untuk maklumat lanjut, sila klik LINK ini

    REAKSI 09 yang meninggalkan pelbagai kenangan kepada pihak urusetia & peserta.
    Read more...

    Monday, June 14, 2010

    0

    HALUANSiswa Bersama RoadShow LL4G

  • Monday, June 14, 2010
  • BroHamzah
  • Tuan Haji Noor Azman berkongsi pengalamannya

    HALUANSiswa Bersama RoadShow LL4G di USM, Kubang Kerian

    Kubang Kerian – 13 Jun, Beberapa orang wakil daripada HALUANSiswa Kelantan berkesempatan untuk menghadiri Perkongsian pengalaman bersama peserta konvoi Freedom Flotila Life Line 4 Gaza yang telah diserang oleh pihak Zionis Israel pada 31 Mei yang lalui. Sesi perkongsian ini bersama Ketua Misi LL4G Tuan Haji Noor Azman Shamsudin mewakili HALUANPalestin dan Haji Jamaliddin B Elias mewakili Yayasan Amal Malaysia.

    Sesi perkongsian ini telah diadakan di Dewan Kuliah 8, Universiti Sains Malaysia dan ia merupakan anjuran Pusat Islam USM Kubang Kerian bersama HALUANPalestin. Dewan Kuliah telah dipenuhi oleh pekerja-pekerja USM yang datang untuk mendengar secara langsung pengalaman yang telah dilalui oleh 2 penceramah ini dan mendapat gambar secara sebenar tentang penyerangan yang dilakukan oleh pihak Israel.


    Sesi bergambar dengan 2 penceramah Roadshow LL4G

    Dalam sesi yang memakan masa hampir 2 jam setengah itu, Tuan Haji Noor Azman telah menjelaskan sejarah permulaan konvoi ini boleh tercetus dan telah memberi penjelasan berkaitan objektif penyertaan pelbagai NGO dari seluruh dunia dalam penghantaran bantuan ke Gaza ini.
    Perkara yang menarik ialah beliau sempat menayangkan gambar-gambar serta video-video semasa serangan berlaku yang berjaya dibawa keluar dan belum ditayang oleh mana-mana media. Jelasnya, daripada video itu telah memberi satu gambaran bahawa bangsa Yahudi Israel ini adalah bangsa yang penakut dan sangat kejam orangnya.

    Haji Jamaliddin Elias, turut berkongsi perasaannya dan menceritakan bagaimana beliau ditembak oleh komanda Israel dengan peluru kapur. Beliau menegaskan bahawa, Israel ini harus ditentang habis-habisan dan isu permasalahan Palestin ini perlu diperjuangkan sehingga rakyat Palestin bebas dari cengkaman Israel.

    Terdapat beberapa persoalan diajukan oleh para pendengar dan telah dijawab secara jelas oleh kedua-dua penceramah. Antaranya berkaitan, memboikot barangan keluaran Israel. Tuan Haji Noor Azman menyarankan usaha memboikot ini sangat digalakan dan harus dilakukan secara bersepadu oleh semua.

    Sejurus kemudian, penyampaian cederhati telah diberikan kepada kedua-dua penceramah oleh wakil daripada Pusat Islam USM. Semoga perkongsian dan usaha yang dilakukan ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
    Read more...

    Sunday, June 13, 2010

    2

    24 Ahli Kelab Siswa HALUAN Mengendalikan Kem KAHFI 2010 Zon Pantai Timur

  • Sunday, June 13, 2010
  • aburidhwan
  • 13 Jun, Kuala Terengganu - Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Pantai Timur telah berjaya mengadakan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) bagi kali pertama yang telah diadakan dari 3 – 5 Jun 2010 sempena musim cuti persekolahan. Kem ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh barisan fasilitator KeARAH dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) zon Pantai Timur.

    alt

    Program ini berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah yang telah menjadi ahli KeARAH dalam rangka menyatukan para ahli dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kem yang bertemakan “Kearah Menongkah Cabaran”, telah berjaya membangkit semangat peserta di sepanjang program yang telah dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu.

    Alhamdulillah seramai 152 peserta yang terdiri daripada 70 peserta putera dan 82 peserta puteri telah berjaya menghadiri kem tersebut yang bermatlamat untuk membina dan memupuk ukhuwwah serta memperkenal dan membimbing peserta tentang cara dan kepentingan bekerja secara berorganisasi. Selain itu, diharapkan melalui kem ini akan dapat mewujudkan sifat kerjasama dikalangan peserta dan melahirkan peserta yang mempunyai jati diri dalam pelbagai aspek dan mampu menjadi pemimpin masa depan.

    alt

    Kem Komandan KAHFI kali ini adalah Saudara Ahmad Faris bin Zakaria dibantu oleh saudari Dhabitah Thaqifah bt Yaziz berserta kekuatan fasilitator seramai 10 siswa dan 14 siswi dari pelbagai IPT. Kem ini dipimpin oleh pengarah muda, saudara Mu’adz bin Mohd Fauzi dan saudari Mariah Fadhilah binti Hasnan sebagai timbalan pengarah. Secara keseluruhan, perjalanan kem ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan.

    Pelbagai slot menarik dihidangkan buat para peserta. Antaranya slot yang dinantikan oleh remaja KeARAH iaitu bersama Cikgu Razali Maarof, pakar motivasi dari HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim. Beliau mengupas tajuk Cabaran Remaja Masakini yang telah berjaya menghidupkan suasana teruja kepada para peserta tatkala mendengar kupasan bersemangat dari beliau.

    Sebagai persediaan dan langkah memantapkan tarbiah ahli KeARAH, tajuk Tarbiah Dzatiyah sekali lagi dibicarakan agar para peserta merasai kepentingan proses tarbiyah dalam membina peribadi remaja. Tajuk tersebut telah dikupas oleh Cikgu Kamaruddin Deraman, Timb YDP HALUAN Kelantan.

    Peserta turut melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti Explorace dan “aqidah night” bagi menguji ketahanan mental, jasmani dan rohani peserta. Sesuai dengan pepatah arab yang bermaksud otak yang cerdas berada pada badan yang cergas, ia amat bertepatan dengan objektif keempat kem iaitu membina kecergasan para peserta. Dengan berbekalkan ketaqwaan yang dipupuk di sekolah dan kem KAHFI ini, diharap para peserta dapat memanfaat cuti penggal persekolahan dengan aktiviti yang lebih baik.

    Semoga bekal yang kalian perolehi berjaya menewaskan nafsu yang sentiasa bergelojak dan iman kalian mengondol juara dalam pertarungan mujahadatul nafs ini. Implementasikan tarbiah Dzatiyah dalam diri kerana hanya itulah yang membawa diri kalian dalam menongkah mencabar dalam kehidupan ini. Jazakallahukhairan wa jaza’ diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KAHFI 2010 ini. Semoga amalan ini dijadikan pemberat mizan kita di akhirat kelak, InsyaAllah.

    Disediakan oleh Amirah Hasanah Rusli (HALUANSiswa Kelantan)

    Read more...
    0

    Kriteria Amal Terbaik

  • aburidhwan
  • Marilah kita sama-sama perteguhkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام dan patuh kepada titah perintah Allah, suruhan dan tegahanNya. Marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana memberi kesempatan lagi kepada kita untuk terus berada di dalam HidayahNya dan dapat meneruskan amalan dan عبودية kepada Allah s.w.t.

    Kita telahpun diperingatkan Allah s.w.t bahawa setiap masa dan setiap keadaan kita didalam ujian bagi mencapai darjat insan yang terbaik amalannya. Firman Allah s.w.t di dalam ayat 2 Surah al Mulk, bermaksud:

    “ Allah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalan. Dan dialah (Allah) Maha perkasa lagi Maha Pengampun. “


    أبو على الفضيل بن عياض telah ditanya tentang ayat أحسن عملا di dalam ayat tersebut. Maka beliau berkata “ أحسن العمل أخلصه وأصوبه “ - ‘ terbaik amalan itu adalah penuh keikhlasan dan betul amalan itu ‘

    Kemudian beliau ditanya lagi (ما أخلصه وما أصوبه ؟ ) ‘ apakah maksud penuh keikhlasan dan betul amalan itu ? ‘ Beliau menjawab :


    ان الله لا يقبل العمل ما لم يكن خالصا صوابا ، فاذا كان صوابا ولم يكن خالصا لم يقبل ، واذا كان خالصا ولم يكن صوابا لم يقبل ، واخلاصه أن يكون لله وصوابه أن يكون على السنة .



    ‘Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan yang tidak ada keikhlasan dan tidak betul. Sekiranya amalan itu betul tetapi perlaksanaan tidak ikhlas, maka tidak diterima. Demikian juga sekiranya perlaksanaannya ikhlas, tetapi amalan tidak betul, maka tidak juga diterima. Keikhlasan maksudnya dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t . Dan betul amalan maksudnya itu mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.‘

    Seseorang itu disukat dan dinilai ilmu, iman dan amalan yang lahir daripada keimanan tersebut. Dan amalan pula disukat dan dinilai sejauh mana mencapai darjat أحسن عملا.

    Terbaik amalan yakni penuh keikhlasan dan betul amalannya, yakni ikhlas semata-mata kerana Allah dan mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w.

    Di dalam al Quran al Karim terdapat banyak ayat yang menyeru dan mengajak kepada amalan di tahap ( الأحسن ) – terbaik. Antaranya firman Allah dalam ayat 55 Surah az Zumar, bermaksud:

    “ Hendaklah anda semua ikut sebaik-baik (panduan hidup) diturunkan kepada anda semua daripada Allah s.w.t “


    Dan firman Allah s.w.t lagi di dalam ayat 17 – 18 Surah az Zumar, bermaksud:

    “ Maka berilah berita gembira kepada hamba-hambaKu (hamba-hamba Allah) yang penuh perhatian mendengar perkataan-perkataan (perintah Allah) , lalu mereka mengikut sebaik-baiknya. Mereka itulah orang yang telah diberi Hidayah oleh Allah s.w.t. Dan mereka itulah orang-orang yang beraqal sempurna “

    Bahkan di dalam al Quran, Allah s.w.t memerintah supaya menolak السيئة (keburukan) dengan cara terbaik, di dalam ayat 34 Surah Fussilat, bermaksud:

    “Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. “

    Demikian juga Allah s.w.t melarang mendekati / menggunakan hartabenda anak-anak yatim melainkan dengan cara yang terbaik. Firman Allah s.w.t di dalam ayat 152 Surah al An’am, bermaksud:

    “Dan janganlah kamu hampiri (gunakan) hartabenda anak yatim melainkan dengan ara yang terbaik (untuk mengawal dan mengembangkannya) sehingga ia baligh (dewasa serta layak mengurus harta bendanya sendiri ) “

    Oleh itu setiap Mukmin sewajarnya rasa terpanggil untuk sentiasa melaksanakan semua amalan dan semua perkara dalam bentuk yang terbaik, bahkan Rasulullah s.a.w telah bersabda :


    عن شداد بن أوس ، ان رسول الله (ص) يقول : ان الله كتب الاحسان على كل شئ فاذا قتلتم فأحسنوا القتلة واذا ذبحتم فأحسنوا الذبحة وليحد أحدكم شفرته وليرح ذبيحته .


    Maksudnya : Daripada Syadad bin Aus bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Sesungguhnya Allah telah menentukan (memfardhukan) “الأحسان “ dalam semua perkara. Jika kamu membunuh maka bunuhlah dengan cara yang terbaik dan jika kamu menyembelih, maka sembelihlah dengan cara yang terbaik. Tajamkanlah pisau sembelihan dan berilah kerehatan kepada binatang yang disembelih itu “

    (Hadis riwayat Imam Muslim).


    Asal makna kalimah “ كتب “ mengandungi makna wajib dan fardhu kerana itu kebanyakan ulama’ menjelaskan bahawa “الأحسان “ terbaik di dalam amalan menurut kacamata Islam adalah sesuatu yang fardhu yang ditentukan oleh Allah s.w.t ke atas orang-orang yang beriman.

    Lebih jelas lagi tafsiran “الأحسان “ di dalam عبودية kepada Allah telah disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang panjang, hadis “ متفق عليه “ Daripada Abi Hurairah r.a menceritakan tentang Jibril a.s datang berjumpa Rasulullah s.a.w, bertanya tentang Islam, Iman dan ‘ihsan’. Apabila ditanya tentang احسان, maka Rasulullah s.a.w menjawab

    ‘ أن تعبد الله كأن نك تراه, فان لم تكن تراه فانه يراك ‘

    maksudnya “Hendaklah anda beribadah kepada Allah seolah-olah anda melihatNya, dan jika anda tidak melihatNya pun maka (yakinlah) Allah s.w.t melihat anda.”

    Semoga kita mampu melahirkan tindakan amal yang terbaik dan diterima oleh Allah s.w.t., insyaAllah.

    Petikan isi penting dari Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Hj Omar Hj Salleh
    Read more...

    Tuesday, June 8, 2010

    0

    HALUANSiswa Menyertai Himpunan Kutuk Israel

  • Tuesday, June 8, 2010
  • BroHamzah
  • Sokongan kepada Palestin


    KOTA BHARU, 4 Jun – Kira-Kira 80 orang ahli Kelab Siswa HALUAN cawangan Kelantan menyertai himpunan 3000 rakyat Kelantan menunaikan solat hajat anjuran Kerajaan Negeri Kelantan sebagai membantah keganasan tentera Israel terhadap umat Islam di Palestin dan serangan ganas mereka ke atas konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza tang turut disertai oleh aktivis dari Malaysia di pekarangan Dataran Stadium Sultan Muhammad ke –IV.

    Solat hajat itu diimamkan sendiri oleh Menteri Besar, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut serta ialah wakil Palestin, Abdul Hadi Junaid dan ahli-ahli Haluan Malaysia cawangan Kelantan. Solat hajat diadakan selepas majlis ceramah khas mengenai Palestin yang disampaikan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Syeikh Abdul Hadi Junaidi (wakil Palestin).

    Ucapan wakil Palestin, Abdul Hadi Junaidi




    Selain solat hajat pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh ahli Kelab Siswa HALUAN antaranya mengangkat sepanduk anti Israel dan melakukan aksi ‘freeze’ sebagai tanda simbolik mengutuk serangan ganas yahudi terhadap umat Islam di Palestin. Selepas selesai majlis solat hajat, wakil Palestin, Abdul Hadi Junaidi sempat memberikan kata-kata semangat kepada semua ahli-ahli Kelab Siswa HALUAN, antara intipati kandungan kata-kata beliau ialah

    ”Wahai pemuda Malaysia anda harus merasakan satu kepentingan untuk membebaskan bumi Palestin dengan anda melakukan semua suruhan yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan laranganNya, anda harus menjadikan Al-Quran & Sunnah sebagai satu pegangan dalam setiap aspek kehidupan”.

    (Laporan disediakan oleh Sdr. Faiz Zahari)
    Read more...

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com