H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Saturday, May 14, 2011

0

Reaksi 2011 : Pendaftaran Dibuka

  • Saturday, May 14, 2011
  • BroHamzah
  • Share



  • TANJUNG MALIM, 5 Mei – Kelab Siswa HALUAN Malaysia (HALUANSiswa) akan menganjurkan program Rekreasi HALUANSiswa Nasional (REAKSI 2011) pada 20 hingga 22 Mei 2011 bertempat di Teratak River View, Tanjung Malim, Perak. Program yang terbuka kepada semua mahasiswa (Lelaki) yang berada di Insitut Pengajian Tinggi (IPT) ini merupakan aktiviti outdoor tahunan HALUANSiswa.

    Pengarah Program REAKSI 2011 , Sdr Abu Ubaidah Shahrudin dipetik sebagai berkata, “REAKSI 2011 bertujuan memperkasa dan memperkukuhkan Ukhuwwah di kalangan mahasiswa di samping melatih mahasiswa dengan latihan kepimpinan mahasiswa Islam supaya lahir mahasiswa yang kreatif, inovatif dan dinamik. Peserta akan tidur di dalam khemah yang disediakan oleh pihak urusetia. Di antara aktiviti yang disajikan ialah pengisian rohani, perkhemahan, jungle tracking, night walk, latihan berkumpulan dan banyak lagi."

    Pastinya REAKSI pada kali ini lebih menarik kerana direncanakan akan diadakan di Teratak River View yang terletak jauh dari kesibukkan kota. Pemandangan yang indah, udara yang segar & air sungai yang jernih mengalir pasti menceriakan lagi peserta-peserta yang hadir.

    Mahasiswa yang berminat bolehlah mendaftar secara online di website rasmi HALUANSiswa (http://haluansiswa.haluan.org.my). Pendaftaran & lain-lain maklumat akan dipaparkan dari masa ke semasa. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Abu Ubaidah di talian 013-6244940 atau Sdr Muhsin Suhor di talian 013-3536713. Yuran program ialah RM40.00 seorang.

    HALUANSiswa adalah salah satu kelab di bawah HALUAN Malaysia. (http://www.haluan.org.my/)

    0 Responses to “Reaksi 2011 : Pendaftaran Dibuka”

    Post a Comment

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com