H A L U A N S i s w a | Bersahsiah, Dekat Bererti

Tuesday, March 8, 2011

0

Kepada pembaca yang dihormati.untuk paparan yang lebih besar dan jelas, sila layari link yang tertera dibawah:-




Read more...

Wednesday, March 2, 2011

0

"Biarkanlah ayah kalian!!"

  • Wednesday, March 2, 2011
  • cahaya_mutiara

  • Assalamualaikum wbt.. semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah.. didoakan kalian berada dalam keadaan sihat walafiat rohani dan jasmaninya untuk terus mengorak langkah mencipta sejarah dalam menyinari warna-warna tarbiah di bumi bertuah ini.. hari ini,pejam celik pejam celik,dah mencecah tanggal 27 rabiul awal,tidak kurang 3 hari lagi kita akan melangkah keluar dari bulan kelahiran dan kewafatan kekasih Allah yang terulung yang merupakan seorang rasul,pemimpin,suami,ayah,menantu dan banyak lagi peranan Baginda Muhammad SAW.. Rasul Tarbiah, Rasul dakwah ini kerjayanya lebih sibuk berganda-ganda dari seorang doktor,namun Rasullullah adalah uswatun hasanah(ikutan yang baik) dalam setiap peranannya..masyaAllah, amat hebatnya baginda. ada post kali ini.. ingin saya nukilkan satu sirah berkenaan seseorang yang bergelar ayah di zaman Rasulullah SAW.

    Seorang sahabat nabi yang tidak kurang hebatnya iaitu 'Amr bin Jamuh. Walaupun beliau dianugerahkan cacat anggota, beliau merupakan pemimpin Bani Salamah di Yatsrib di zaman jahiliah. Orangnya sangat pemurah dan memiliki sifat perikemanusiaan yang tinggi malah mempunyai akhlaq yang baik. Beliau bersemangat tinggi dalam mempertahankan Islam sehingga telah ditakdirkan gugur syahid dalam perang Uhud. Sebelum beliau memeluk islam, di rumahnya terdapat sebuah patung yang bernama 'Manat' menjadi pujaan dan sembahannya. Patung itu diperbuat dari kayu yang sangat indah dan mahal harganya, beliau sanggup mengeluarkan belanja yang mahal untuk menjaga patungnya. Setiap hari beliau akan membersihkan dan menyapu wangi-wangian pada patungnya.

    Ketika cahaya Islam berkembang di Yatsrib, isteri dan 3 anaknya lebih dulu memeluk Islam sedangkan ketika itu 'Amr masih tetap dalam keadaan kafir walaupun umurnya lebih dari 60 tahun. Tapi akhirnya 'Amr b Jamuh telah mendapat sinar hidayah dari Allah dan dia dapat merasakan betapa manisnya iman. Seluruh hidupnya, hartanya, anak-anaknya diserahkan untuk Islam..Alhamdulillah.
    Ketika nabi menyeru umat Islam untuk berjihad menhadapi orang kafir Quraisy dalam perang Uhud, beliau telah merelakan anak-anaknya pergi berjihad dalam peperangan tersebut.Melihat akan anak-anaknya yang begitu bersemangat menginginkan mati syahid dan memperolehi redha Allah, ini telah membakar semangat 'Amr bin Jamuh untuk bersama anak-anaknya dibawah pimpinan Rasullullah SAW.

    Pada mulanya anak-anak 'Amr bin Jamuh melarang beliau ikut serta dalam peperangan itu sebab Allah telah memberi kelonggaran baginya dari berjihad kerana beliau sudah uzur dan cacat tapi beliau tetap bertekad dan bersemangat untuk pergi berperang, lalu beliau pergi berjumpa Rasulullah mengadukan hal larangan anak-anaknya itu. "Wahai Rasulullah! Anak-anakku melarangku berbuat baik.Mereka keberatan melepaskanku turut berperang kerana aku sudah tua dan pincang.Demi Allah! Walaupun aku sudah tua dan pincang, aku penunggang kuda yang tangkas". Kemudian Rasulullah berkata kepada anak-anak 'Amr ""Biarkanlah ayah kalian!! Mudah mudah Allah memberinya rezeki syurga""

    Semasa perang Uhud sedang belaku, tentera muslimin manjadi kucar kacir, ramai yang meninggalkan Rasulullah lalu 'Amr bin Jamuh bersama seorang anaknya Khallad yang berada barisan hadapan tentera berkuda, berusaha bermati-matian membentengi Rasulullah dari serangan musuh. Ketika itu beliau jatuh terbanting dari kudanya namun dengan sepenuh tenaga beliau bangun menyerang dalam keadaan terpincang-pincang sambil berteriak "Saya tertarik kesyurga !!Saya tertarik kesyurga !!Saya tertarik kesyurga !!

    Akhirnya kedua-duanya tewas dimedan tempur sebagai syuhada'.Benarlah sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah, 'Amr telah mendapat syahid seperti yang diimpikan.
    Setelah selesai berperang, Rasulullah melihat sahabat-sahabat yang gugur syahid lalu berkata "Kuburkan mereka dengan pakaian mereka yang berlumuran darah.Saya menjadi saksi bagi mereka bahawa mereka syahid kerana Allah.Tidak seorang pun muslim yang terluka dalam perang fisabilillah melainkan darahnya mengalir dihari Kiamat menjadi za'faran dan baunya seperti kasturi.Kuburkan 'Amr bin Jamuh bersama Khallad anaknya dalam satu liang kerana keduanya saling mencintai dan berada dalam satu barisan dunia"

    Saya amat tertarik dengan sikap 'Amr b Jamuh, walaupun seorang yang pincang,tua, kurang upaya tapi bukan alasan untuk ikut serta membantu menegakkan Islam dan bagaimana hubungan kasih sayang dan kekeluargaan atas dasar iman antara 'Amr dan anak-anaknya tidak terputus sehingga membawa mereka kesyurga...

    wallahu'alam
    ~moga bermanfaat.
    Read more...

    Mars HALUAN


    MusicPlaylistRingtones
    Create a playlist at MixPod.com